Saya pun sebenarnya tidak berapa tahu sangat tentang sakit batu karang ini. Setahu saya pesakit akan merasa sakit ketika buang air kecil atau pun susah hendak buang air kecil. Jadi saya pun tanya encik google lah, nak tahu jugak apa penyebab kepada sakit batu karang ini =)
Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan akan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
- Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
- Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
- Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
- Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
- Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
- Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
- Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
- Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
Supplemen Shaklee yang disyorkan bagi pesakit Batu Karang
- B COMPLEX
Mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang dan menampung vitamin B6 yang berkuranga.
- VITAMIN C
menambah
keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang
berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
- ALFALFA
mengurangkan inflamasi & infeksi
- OSTEMATRIX
mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
Boleh juga ditambah:
- CAROTOMAX - menyembuhkan luka di urinari di batu karang
- OMEGA GUARD - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
- LECITHIN - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut
Pesakit yang pernah mengalami masalah batu ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
Credit:http//:penyakitbatukarang.blogspot.com
Cegah Sebelum Parah!
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥ Facebook : Amalina Ahmad
♥ SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥ Emel : mellyna35@yahoo.com
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment