Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibulah biasanya yang lebih risau dan akan menolong anak seboleh yang mungkin supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ingat lagi sewaktu kecil, ibu turut sama menemani adik lelaki saya mengulangkaji pelajaran jika adik mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Perasan tak kebanyakkan anak-anak hanya rapat dengan ayah hanya sewaktu mereka masih kecil shaja. Makin besar dan dewasa, masih kurang kemesraan antara ayah dengan anak, kenapa ye? Mungkin bagi anak perempuan, sesetengah masalah rasanya lebih senang bercerita dengan ibu.
Namun ini tidak bererti yang ayah hanya 'lepas tangan' kepada ibu sahaja. Sebenarnya peranan ayah juga sangat penting dalam mendampingi anak belajar. Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.
Mengapa ayah penting kepada anak? Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental kepada anak agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.
Baca juga:
Set Anak Pintar Shaklee
Kelebihan dan Khasiat Omega Guard Shaklee
Pentingnya DHA Untuk Minda Kanak-kanak
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥ Facebook : Amalina Ahmad
♥ SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥ Emel : mellyna35@yahoo.com
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
8 comments:
Belajar dgn ayah best.. Relax n simple.. Sebab tu mudah masuk kot.. Tapi dgn mak pun best.. Penuh kasih syg.. Kalau tfh study, mintak je nak.mkn apa, mesti dpt.. Mak blh bekalkan pada anak pintar omega guard dan Mealshake.. Utk kesihatan serta fungsi otak.. Byk lagi khasiat lain..
TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS
Anak2 memang rapat dengan huda. Sebab ayahnya bz sokmo..huhuu..
JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
Info yang sangat berguna sekali, anak-anak saya memnag rapat dengan ayahnya. Belajar dan bermain selalu dengan ayah.
Pedas Yang Mmembawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan
Ibu bapa perlu pandai bahagikan masa untuk anak2..
Masalah Kesuburan
memang rapat dengan abah sampaikan adik2 semua kata anak manja abah. Padahal abah bg kasih sayang sama je kan... ape pun sbg ibu bapa, kenalah bijak bahagikan masa utk ank2 utk perkembangan otak mereka...
Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera
Anak2 mmg rapat ngan bapanya..
ATASI MASALAH KEDINGINAN
Kena luangkan waktu kualiti dengan keluarga
Jana Pendapatan Sebagai Persediaan Masa Kecemasan
anak-anak kalau ayah diorang ade, diorang lebih suka ayah mereka yang suapkan makan.. anak sulung siap ckp lagi, kalau ayah ade kat rumah, ayah la suapkan makan.. kalau ayah gi keje, baru ibu yang suapkan makan.. bab mandi pun diorang lebih suka mandi dengan ayah diorang.. wlaupun anak sulung dah nak masuk umur 7 tahun ttp suka ayah dia yang suapkan makan (dia pandai makan sndri tp lbh suka ayahnya suapkan kalau ayah dia ade kat rumah)
Post a Comment