Sunday 28 September 2014

Jom Bakar Kalori dengan Melompat Skipping


Tahukah anda hanya dengan membuat lompatan skipping, seseorang itu boleh membakar kalori sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit. Rasanya tak lah susah pun, lagipun 30 minit je, bukannya mengambil masa yang lama. jom baca untuk dapatkan info yang lebih mengenai lompat skipping ini.

Bagi yang baru ingin mencuba, anda dinasihatkan untuk membuat lompatan sekadar yang mampu, yakni tidak memaksa tubuh melakukan lebih dari kemampuan. Memadailah dengan hanya 20-25 kiraan setiap lompatan. lakukan secara perlahan-lahan. Lompatan yang selamat adalah tidak melebihi 30 sentimeter daripada paras tanah atau lantai. Anda akan mudah merasa penat jika melompat terlalu tinggi, selain daripada itu ia juga akan menggalakkan kecederaan pada otot kaki.

Menurut Peter Schulman, MD, Profesor dalam bidang kardiologi dan perubatan pulmonari, University of Connecticut health Center di Farmington, dengan aktiviti lompatan skipping ini dapat menguatkan bahagian atas dan bawah tubuh serta membakar kalori dalam tempoh masa yang singkat, mengikut kemampuan seseorang. Schulman juga mengatakan aktiviti lompat tali seperti ini merupakan aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain senaman yang lebih berat untuk kesan yang lebih efektif. Aktiviti melompat tali memberi tekanan kepada lutu, pergelangan kaki dan pinggul, tetapi merupakan impak rendah berbanding joging.

Untuk pengetahuan anda sebanyak 70-100 kalori dapat dibakar dalam satu sesi selama sepuluh minit, manakala 1000 kalori dapat dibakar dalam tempoh satu jam. Anda boleh mempelbagaikan cara lompatan seperti melompat dengan sebelah kaki, melompat cara skip untuk mengelakkan rasa bosan. Selain daripada itu, boleh juga meompat dengan iringi muzik supaya anda lebih semangat dan tidak terasa masa berlalu dengan pantas

tak sabar nak melompat =)

Jika anda membuat lompatan skipping selama 30 minit setiap hari, mampu membakar 300 kalori. ini bermakna dalam seminggu anda berjaya kurangkan satu paun iaitu lebih kurang 0.5 kilogram



sumber rujukan:DIET and FITNESS


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Kamalia Lee said...

lama dah tak skipping..lepas ni kena beli rope utk skipping, lagi murah daripada pegi ke gym

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik