Monday 8 September 2014

Makanan untuk Mengelakkan Anemia

Anemia atau darah rendah biasanya kerap berlaku kepada ibu hamil. Ibu yang baru hamil atau hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Tetapi bagi ibu-ibu yang lebih senior, mereka mungkin sudah mengetahui dan lebih arif mengenai anemia dan hemoglobin. Semasa hamil, jika ibu-ibu mengalami hemoglobin kurang dari 10, ibu akan berisiko menghidap anemia. Adakah anda ibu hamil yang mempunyai masalah hb rendah?

Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Ibu yang menghidap anemia juga harus mengambil berat kerana mereka berisiko melahirkan bayi pramatang. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh klinik supaya paras hemoglobin terkawal, ibu-ibu juga boleh mencuba dengan memakan makanan yang sesuai yang bisa menaikkan bacaan hemoglobin.
Senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia:

vita lea
  • Daging merah - daging merah mengandungi kadar zat besi yanag tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Perlu diketahui bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber lain
  • Brokoli -sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan
  • Pisang -penganmbilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru
  • Kekacang -kekacang adalah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan
  • Hati -hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatandarah. Walaubagaimanapun pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak
  • Bayam -bayam merupakan makanan yang paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia
  • Kerang -kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Anda juga boleh mempelbagaikan masakan kerang supaya tidak bosan
  • Telur -telur, bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan bagi penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah heoglobin dalam darah
  • Oat -oat juga boleh melawan anemia semasa hamil kerana ia memberikan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Oat juga mudah dicerna, jadi ia amat digalakkan diambil oleh ibu hamil
  • Buah delima -buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delimam dapat mengurangkan gejala anemia
  • Madu -madu juga sesuai diambil dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu juga boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan atau minuman
  • Kurma & kismis -khasiat kurma dan kismis ialah dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma juga dapat memberi tenaga, kismis pula boleh dibuat sebagai snek harian
Semoga ibu-ibu hamil diluar sana dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar dari Anemia semasa hamil. Sentiasa rujuk kepada doktor atau misi dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini.



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik