![]() |
solat sunat tahajud |
Alhamdulillah saya mula mengenal solat tahajud sejak masuk group shaklee. Dalam Shaklee, bukan sahaja diajar bagaimana untuk mendapat sales semata-mata, kami juga diajar supaya menitik beratkan amalan rohani seperti solat dhuha, solat tahajud, zikir, dan membaca al quran. Jujur saya katakan, saya dah lama tidak mengerjakan solat tahajud, paling akhir rasanya ketika zaman belajar di universiti dahulu. Tapi alhamdulillah, sejak kenal shaklee dan kawan-kawan dalam kumpulan ini, saya cuba meningkatkan amalan rohani sedikit demi sedikit.
Antara kelebihan Solat Sunat Tahajud
Pada sepertiga malam, pintu langit terbuka luas menerima taubat dari hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saw semata-mata, malah ia diamalkan juga oleh umat Nabi sebelumnya.
Saidina Umar al Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan menyatakan:
"sesiapa mengerjakan solat malam(tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, iaitu lima di dunia, empat di akhirat".
Kurniaan di dunia ialah:
- Jauh daripada segala penyakit
- Lahir kesan taqwa pada wajahnya
- Di kasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
- Percakapannya mengandungi hikmah (bijaksana)
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezki dalam agama (halal dan diberkati)
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Cepat melalui sirat al Mustaqim seperti kilat
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah saw pernah ditanya "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat Malam!" Hadis Riwayat Muslim
Sebelum buat memang kita rasa susahnya nak bangun malam, tapi bila kita niat hendak bangun untuk mengerjakan solat tahajud, inshaAllah akan dipermudahkan, kita akan terjaga bila tiba waktunya.
Credit to:
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
1 comments:
Waktu tahajud merupakan waktu yang Allah buka pintu langit tanpa hijab.. Subhanallah, Mari kita doa sama sentiasa moga Allah pilih kita sentiasa antara orang bangun tahajud..^_^
Post a Comment