Alahai susahnya hati bila anak-anak demam kan? Tambah-tambah lagi bila anak kita tu masih kecil, masih bayi. Iyelah bayi kecil mana la reti nak bagitahu jika dia demam atau tak selesa, merengek jelah caranya yang menunjukkan dia sakit atau demam. Lain lah kalau anak yang dah besar, dah reti beritahu jika demam atau tak larat. Sebagai ibu bapa, saya pasti kita lebih risaukan jika anak yang demam itu masih bayi, memang selalu kena monitor suhu badan, takut-takut panas naik mendadak, boleh menyebabkan sesuatu yang serius berlaku, nauzubillah.
Semoga info ini dapat kita jadikan panduan dan rujukan untuk saya dan juga ibu-ibu diluar sana yang mempunyai anak kecil.
Demam ialah satu cara badan kita
melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel 'pembersih' dalam badan kita
sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang
asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan
membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan
meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak
untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh
beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel
darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.
Bayi selalunya akan demam selepas menerima imunisasi. Demam juga boleh diikuti dengan selsema, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia, krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi?
Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius.
Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih
besar. Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai
badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali
suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2
darjah Celcius pada waktu petang.
Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?
Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya
sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi
tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih
mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu
dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius
dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk
ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya
menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin
tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh
demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat
menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun
ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya
selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari 2 minit. Jika serangan
berlaku lebih dari 4 minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke
bahagian Kemalangan dan Kecemasan dengan segera atau bawa bayi anda ke
hospital.
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan
apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan
keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan.
Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.
Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan
menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat
sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih
tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia
3 tahun.
Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer
oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang
hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi
selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi
bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan
satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak
anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk
mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang
anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat,
ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa
atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah
langkah-langkah merawat demam :
* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda
boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk
menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati.
Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan.
Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2
bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia
di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang
sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran
kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk
menyelimutkannya.
* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air
daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah
memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup
jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang
cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada
satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan
keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin
membuatnya lebih selesa.
* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan
seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan
yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
Macam anak saya Harith kalau demam, sangat susah nak makan ubat. Jadi saya selalu menggunakan kaedah tradisional dan alhamdulillah serasi, cepat je baik demamnya. Rawat batuk dan demam tanpa ubat.
Sumber
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
::emel ke mellyna35@yahoo.com
:: Fb Amalina Ahmad
Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
Friday, 24 October 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment