Assalamualaikum..awal pagi tadi saya dikejutkan dengan pemergian kawan semasa belajar diploma dahulu. Khabarnya arwah meninggal ketika melahirkan anak. Anak yang kedua. Ya Allah..AllahuAkbar, mati syahid ketika melahirkan..InshaAllah syurga tempatmu. Walaupun saya tidak rapat sangat dengan arwah, tapi pernah la bersembang-sembang bertegur sapa semasa zaman belajar dahulu. Terbayang-bayang lagi percakapan dan gurauannya yang sangat berhemah. Arwah ni berperibadian yang sangat lemah lembut, wajah bersih dan baik orangnya, sangat sopan bila bercakap. Khabarnya berlaku pendarahan yang banyak ketika melahirkan. Anak yang dikandung juga turut meninggal.
Kejadian ini membuatkan saya terasa insaf, ajal maut kita tidak tahu bila dan bagaimana caranya.Semoga suami, anak serta keluarganya tabah dan kuat menghadapinya. Al-fatihah.
"Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala
haji"
"Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid"
Pentingnya penjagaan kesihatan diri, mental dan fizikal selepas bersalin bagi mengelakkan perkara-perkara yang buruk berlaku. Kita berusaha, Allah lah sebaik-baik perancang dan Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan, jika anda mengalami mana-mana simpton seperti dibawah, dinasihatkan pergi ke hospital dengan segera:
- Kehilangan banyak darah atau berlaku pendarahan dengan tiba-tiba
Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung
yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah
pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera.
- Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama
selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-elampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami
pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau
berasa loya.
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas
bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda
anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia
sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu,
dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada
tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur
atau berasa loya.
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif
seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya
tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme
pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di
paru-paru).
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh
jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa
bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme
pulmonari dan
tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital.
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (
deep vein thrombosis – DVT).
Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa
maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau
suhu badan yang tinggi sedikit.
- Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh
diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli
keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
- Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik
pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu
mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis
keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis
puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan
segera dan bantuan yang anda perlukan.
- Demam yang sangat panas (38 darjah celcius)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan.
Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang
singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat
yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
- Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas melahirkan
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa
ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda
di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.
Berminat dengan produk Shaklee?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥ Facebook : Amalina Ahmad
♥ SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥ Emel : mellyna35@yahoo.com
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
::emel ke mellyna35@yahoo.com
:: Fb Amalina Ahmad
Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
3 comments:
besarnya pengorbanan ibu yang melahirkan
selepas bersalin pun belum tentu dapat lari daripada risiko yang timbul selepas melahirkan anak
Innalillah....inshaa Allah syurga tempat sahabat dan anaknya.
Risau juga bila hb rendah ni...pendarahan yg banyak boleh berlaku ketika melahirkan
Cara Cepat Hamil Pasangan Perhubungan Jarak Jauh | Diari Mama
Betul. Banyak pahala dengan melahirkan zuriat..
Post a Comment