![]() |
Rojak nenas |
![]() |
Nenas madu..manis sangat! |
Nenas atau nama saintifiknya Ananas comosus merupakan sejenis tumbuhan tropika. Ia adalah tumbuhan asli yang berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromelied (Famili Bromeliaceae), iaitu sejenis tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna 'buah yang sangat baik'.
Nenas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Oh patutla saya perasan masa kenduri di kampung tukang masak tu masukkan sekali batang nenas, rupanya ia bertujuan untuk mempercepatkan daging menjadi lembut. Selain daripada itu, nenas mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan! Saya pun baru tahu ni, so lepas ni oleh la amalkan makan nenas atau buat jus nenas untuk kurangkan lemak-lemak yang semakin berlemak dalam badan saya ni =)
Buah nenas juga mempunyai khasiat dari segi perubatan. Buah nenas yang dimakan atau dibuat jus minuman berfungsi untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati, dan demam kuning. Air nenas muda pula sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing di dalam perut. Tetapi nenas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu mengandung, boleh baca disini. Kenapa Nenas Berbahaya pada Kehamilan?
Nenas juga dipercayai mampu merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Jus Nenas
![]() |
Sedapnya jus nenas |
Sedapnya kalau dapat minum jus buah nenas, tambah-tambah dalam keadaan cuaca panas kan? Jus nenas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nenas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Banyak rupanya khasiat nenas yang kita tidak tahu kan? So lepas ni boleh la cari nenas, makan cicah kuah rojak atau pun dibuat jus. Sedapnya! =)
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
♥
Facebook : Amalina Ahmad
♥
SMS | WhatssApp : 012-4341649
♥
Emel : mellyna35@yahoo.com
♥
FB Page : https://www.facebook.com/Natural Supplement
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment