Sunday 20 July 2014

Kenapa Nenas Berbahaya pada Kehamilan?

Seseorang wanita yang hamil pasti akan menjaga pemakanannya sepanjang kehamilan. Biasanya wanita yang hamil pasti akan lebih mengambil sayuran dan buah-buahan. Buah yang mengandungi asam folat yang tinggi seperti pisang sangat baik dimakan ketika hamil. Namun tidak semua buah baik untuk dimakan walaupun ianya banyak mengandungi vitamin.

Nenas, salah satu buah yang paling 'femes' yang tak boleh dimakan oleh wanita hamil. Nenas dipercayai boleh menggugurkan kandungan terutamanya nenas muda. Benarkah nenas merbahaya pada kehamilan? Apakah buah tropika ini benar-benar merbahaya untuk dimakan? Kenapa nenas terkenal dengan 'ketajamannya' sampai boleh menggugurkan kandungan?

Nenas menyebabkan kelahiran pra-matang
Banyak yang menyarankan perempuan hamil tidak boleh terlalu banyak makan nenas atau jus nenas sekalipun, ketika di awal kehamilan. Ini kerana buah nenas mengandungi zat bromelian yang boleh melemahkan leher rahim sehingga menyebabkan penguncupan. Kebanyakkan wanita hamil risau untuk makan buah nenas kerana dikhuatiri akan melahirkan bayi pra matang, tetapi tidak semestinya, ada juga wanita yang tidak melahirkan terlalu awal selepas memakan buah nenas ini.

Nenas boleh menyebabkan keguguran :
Menurut pandangan orang tua-tua dahulu, nenas sangat 'tajam' dan boleh mnyebabkan keguguran. Enzim protease bromelain yang terkandung dalam buah nenas boleh melemahkan leher rahim dan boleh menyebabkan keguguran. Nenas, terutamanya nenas yang masih muda dapat menolak aktiviti rahim dan boleh membahayakan kehamilan. Jadi wanita yang hamil harus mengelakkan makan buah tropika ini terutamanya pada bulan-bulan awal kehamilan.

Masalah kesihatan yang lain :
Buah nenas biasanya masam. Makan terlalu banyak buah nenas boleh menyebabkan cirit birit dan perut memulas. Jadi bagi wanita hamil yang sering mengalami perut memulas dan cirit birit yang serius disebabkan makan nenas, adalah merbahaya untuk mereka dan kandungan.

Sebenarnya, kuantiti enzim bromelain yang terkandung dalam sebiji nenas adalah terlalu sedikit. Sebagai logik perbandingan, sebiji nenas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah lagi jika wanita hamil hanya makan seulas nenas yang dipotong. Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran.

Kata Dr. Zubaidi, "saya tidak berani mengatakan jus nenas dan nenas yang ditinkan selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan memakan seulas nenas yang dipotong tidak mendatangkan bahaya pada wanita yang hamil, terutamanya di awal kehamilan. jadi berwaspadalah".


SET IBU HAMIL
SET KESUBURAN
SET BERPANTANG

Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik