Friday 26 February 2016

Pengalaman Bersalin Anak Yang ketiga

Assalamualaikum..



Kali ni saja jer nak cerita dan kongsikan pengalaman bersalinkan anak yang ketiga, 4 bulan yang lepas. 4 bulan yang lepas tu..betapa lamanya nak buat karangan..haha. Ok lah sebenarnya pengalaman ni lebih kepada kenangan untuk diri sendiri, lepas2 ni boleh baca balik kalau rasa dah lupa macamna pengalaman sakit bersalin tu kan. Iyelah, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza. Dan macam saya ni setiap episod bersalin lain-lain ceritanya. Mana sama kan sakit bersalin anak pertama, kedua, dan seterusnya. Sebab itulah perangai setiap anak-anak kita pun berbeza tau. (Pengalaman bersalin anak pertama, Pengalaman bersalin anak kedua)

Tanggal 22 September 2015 yang lepas, saya selamat melahirkan anak ketiga saya, iaitu puteri sulong dalam keluarga kami. Aisyah Humaira nama diberi. Aisyah lahir pada hari wukuf, sehari sebelum raya haji. Seperti abang yang sebelum ni, kami memilih untuk bersalin di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Sungai Petani atau lebih dikenali dengan Klinik Pakar Dr. Zainol & Ram. Kali ni saya memilih Doktor Siti Rohayu. Memang seawal check up dari kandungan berusia 5 bulan lagi saya dah berulang alik datang check up kat sini. Untuk pengetahuan dekat sini ada 2 orang doktor perempuan islam, pakar O&G (Dr. Siti Rohayu & Dr. Hayati). Doktor Zainol dan Ram yang sebelum ni dah bersara. Saya memilih untuk bersalin dengan Dr Rohayu. Dr. Rohayu ni sangatlah baik, cara cakap, cara dia chek sangat lembut dan puas hati sangat lah. recommend sangat sesiapa yang nak bersalin sini..hehe

Masak kandungan saya dh masuk 38w++, doktor ada pesan suruh datang check up sebab doc nak cek kedudukan kepala baby kat bawah (dr. nak seluk). Malam sebelum tu memang saya rasa dah lain macam. Tidur memang tak lena dah la kan bila last-last pregnant macamni. Risau dan dok tunggu jugak kot-kot ada keluar tanda tapi sampai keesokannya tiada sebarang tanda lagi. Kebetulan hari tu pergi check up, Dr. seluk cek laluan, doktor cakap rahim dah lembut dan macam bukak 1cm macamtu. Doc bagi balik rumah dulu dan suruh datang pulak keesokannya, doktor cakap kalau takdak tanda lagi akan diinduce. Risau jugak bila dengar perkataan induce, tapi bagi saya induce biasa je macam sakit bersalin yang normal sebab anak pertama dulu pun saya induce.

21/9/2015 @ 8am

Saya datang 'serah diri' sebab dari semalam still takda tanda lagi. Jadi pagi tu Dr. Rahayu cek dan masukkan ubat induce. Lepas 3 jam doc akan datang cek semula nak tengok sama ada ada bukaan atau tak. Saya dan suami masuk bilik, rilek-rilek makan2 dulu. Lepas 3 jam dah mula rasa sakit-sakit manja, doktor cek baru 3cm. dan doktor pesan tak boleh keluar kemana-mana lagi dah, hanya boleh jalan2 dalam wad tu je. Lepas Asar je saya rasa contraction macam makin kuat. Setiap 15minit. Tapi still boleh tahan, gelak-gelak lagi sakit ni. Petang tu pun anak2 ada datang dengan tok n wan sampai lah lepas magrib baru diorang balik. Tinggal lah suami je yang teman. Sejam sekali memang nurse akan datang cek contraction malam tu pun diorang cek bukaan tapi still takda perubahan lagi cuma 3cm. Ya saya mengaku memang sakit ni tak kuat sangat lagi..kiranya saya boleh tahan, jalan2, gelak2 lagi la. Kalau betul2 sakit dah kuat memang takkan mampu bercakap dah kot, berzikir je. Suami syak tengah malam atau jam 2/3 nanti mesti bersalin. Saya pun memang agak macamtu jugak, sebab memang dah tak lena tidur dok menahan sakit contraction. Jeles sangat tengok suami  tidur siap berdengkur lagi kat sofa sebelah, huhu. Sesekali suami terjaga tanya kot2 saya dah tak tahan sakit, sambil urut2 perut dan pinggang saya time contraction tu

Tapi entah macamana lebih kurang jam 3 pagi macamtu, kebetulan pulak hujan lebat malam tu. Saya boleh tidur nyenyak sampai tak sedar. Sedar2 je dah subuh. Pas solat terus cakap dekat suami "eh semalam sakit kuat awat pagi ni dah tak sakit ek? baby pun senyap je ni" saya memang risau la. Suami terus panggil nurse datang cek. Nurse cakap jantung baby semua ok, mungkin dia tido kot. Pelik pulak sebab malam tadi sakit makin kuat tiba-tiba pagi ni ok pulak. Nurse suruh breakfast dulu lepastu masuk labor room untuk buat ctg dan cek laluan. Doktor datang cek dia cakap bukaan masih dalam 3-4cm macamtu. Contraction ada tapi tak betul2 kuat. Ada sorang nurse temankan saya dalam bilik tu, siap bukak tv lagi. Tapi dah rasa sakit2 macamni dah takdak mood nak tengok. Dalam fikiran ingat nak bersalin jer cepat2. Contraction masih boleh tahan lagi. Sampai suami datang masuk pun dia cakap saya kuat sebab dia tengok macam rilek je tahan sakit. Malas lah nak tunjuk kan..haha. Setiap kali sakit contraction datang dan perut mengeras, nurse akan usap2 perut saya. memang rasa lega je bila nurse tu gosok2. Memang baik sangat nurse2 kat sini tau.

Lebih kurang jam 12 doktor datang lagi dan still takdak perubahan lagi, sakit pun tak kuat sangat. Jadi doktor bagitahu saya n suami doktor akan pecahkan air ketuban, sebab dah melebihi 24 jam tapi contraction tak kuat lagi doktor kata risau baby akan stress. Doktor cakap dalam tempoh 2 jam lepas ni kalau bukaan still sama lagi mungkin saya akan dibedah. Saya yang dengar je perkataan nak diczer terus cuak la. Tak pernah nak czer, takut sangat time tu. Selepas air ketuban dipecahkan Doktor bagi tempoh 2 jam, pukul 2 dia datang balik. Saya dalam hati berzikir berdoa supaya ada rezeki untuk bersalin normal. Suami pun terus keluar pergi surau buat solat hajat. Elok ja setengah jam lepas suami keluar, saya dah mula rasa sakit yang makin lama makin kuat..kuat..kuat..memang tak tahan sangat sakit dekat pinggang rasa macam nak tercabut.Nurse tanya jugak kalau-kalau nak ubat tahan sakit, tapi saya taknak. Nak cuba neutral konon2..heh. Sebab masa anak kedua saya amik ubat tahan sakit, kesannya kita akan rasa mengantuk lepas bersalin tu. Lepastu saya bagitau kat nurse tak tahan sangat rasa macam nak berak. Nurse terus cek laluan. Dengar dia cakap..4..5..6..7..8.. dah bukak 8cm nih. Terus call panggil doktor masuk. Semua nurse dah ready, doktor suruh push dengan sekuat hati. Alhamdulillah push yang kedua zuppp terasa baby keluar. Doktor angkat suruh saya cakap jantina baby. Alhamdulillah memang perempuan, 3.05kg..syukur. Doktor letakkan diatas dada saya, sementara proses uri keluar. Kemudian nurse ambil baby sementara doktor proses jahit. Doktor cakap jahit dalam jer, dan jahit yang pecah sendiri bukan sebab digunting. Sikit sangat koyakannya doktor cakap. Alhamdulillah Allah Maha Mendengar dan permudahkan segalanya.


Pantas sangat sampai suami pun tak sempat nak masuk tengok2 dah selamat bersalin. Suami siap cakap lagi, 'abang dok tunggu jugak doktor panggil ingatkot ayang kena operate" huhu. Tengok2 isteri dia ni keluar dah..hehe. Suami pun pergi ambil baby dan terus azan iqamatkan. Lepas tu bagi balik kat nurse sebab baby sejuk lagi, kena panaskan dulu katanya. Dekat sini baby semua nurse yang jagakan dalam nursery, time menyusu je diorang akan hantar. Setengah jam lepastu terus tetamu datang melawat. Alhamdulillah saya pun cergas elok, tak mengantuk dan letih pun. Tak rasa nak rehat, nak tidur pun. Alhamdulillah bersalin kali ni saya rasa sangat kuat, tanpa drip, tanpa ubat tahan sakit dan tiada koyakan.

Pagi esokknya doktor datang cek, alhamdulillah semua ok petang tu dah boleh balik sebab esoknya dan nak raya haji. Ikutkan pakej bersalin situ kena stay 1 malam lagi (3hr 2mlm) tp sebab nak raya, baby dan ibu pun takdak masalah doktor bagi balik awal. Alhamdulillah..alhamdulillah. Seronok sangat bersalin ni sebenarnya. Memang sakit bersalin tak boleh tahan kesakitannya tapi bila dah tengok muka baby terus hilang semua rasa sakit tu. Sakit yang tak pernah serik. Rasa nak mengandung n bersalin lagi..ooopppss!! haha

Terima kasih Dr. Siti Rohayu, Terima kasih semua nurse-nurse dekat sini. Layanan dan kerjasama memang terbaik :)










::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik