Tuesday 30 September 2014

Perlukah Makan Untuk Dua Orang Ketika Hamil


makan untuk 2 orang?
Pernah tak anda dengar konsep makan berdua ketika sedang hamil? rasanya perkataan ini seringkali kita dengar sepanjang kehamilan, ramai yang bergurau apabila keinginan nafsu makan kita ketika hamil meningkat. "Ala tak pe lah makan banyak, kan makan untuk dua orang tu". Apakah ibu hamil harus makan double untuk dua orang? Makan untuk dua orang bukan bererti anda harus makan untuk dua hidangan. Satu untuk ibu, satu lagi untuk bayi dalam kandungan, itu TIDAK BENAR sama sekali. Makan secara berlebihan tidak akan meningkatkan hasrat anda untuk mendapatkan bayi yang sihat, malah akan menyebabkan risiko dan boleh menyebabkan komplikasi kepada anda dan bayi.

Makan untuk dua orang bererti anda makan dengan makanan dan menu yang sihat dan seimbang iaitu dengan pengambilan semua zat besi yang diperlukan oleh tubuh seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak, dan pelbagai jenis mineral dan air. Wanita hamil hanya perlukan penambahan 300 kalori sahaja. Dengan penambahan hidangan 300 kalori sehari, dari 2000 kalori (untuk wanita dewasa), menjadi 2300 kalori. Penambahan kalori tersebut sangat penting terutamanya pada trimester kedua kehamilan, kerana ketika ini bayi mula tumbuh dan berkembang pesat. Ya, anda perlu makan lebih banyak untuk perkembangan bayi dalam kandungan, tetapi BUKAN bererti anda harus makan dua kali ganda (double) daripada hidangan biasa.

Cuba bayangkan jika sehari jumlah kalori yang normal diperlukan adalah sebanyak 2000 kalori, jika double, jadi 4000 kalori, padahal ibu hamil sepatutnya hanya perlu 2300 kalori sahaja setiap hari. Sudah tentu berat anda akan naik secara mendadak dan jika berat anda berlebihan (overweight), boleh menyebabkan risiko kepada ibu dan bayi yang dikandung. Saya ingat lagi jika tidak silap, berat yang dibenarkan ialah 500 gram sahaja seminggu. Pernah masa hamil anak saya dahulu, berat naik berlebihan, jadi tiap-tiap hari lah kena ke klinik kesihatan untuk cek tekanan darah. Masa tu terover makan, maklumlah berada di kampung =)

Antara risiko jika ibu mengalami berat berlebihan semasa hamil :

Risiko pada ibu : Ibu berkemungkinan mendapat diabetis semasa hamil, hipertansi (tekanan darah tinggi), dan juga komplikasi semasa hamil yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Ibu juga berisiko mengalami tumpah darah semasa bersalin, dan risiko bersalin awal

Risiko pada bayi : Lebihan berat badan semasa hamil, akan menyukarkan untuk mengukur saiz dan berat bayi. Selain itu bayi berisiko mengalami kelainan tulang belakang (spina bifida) dan syndrom bayi besar.

wanita hamil hanya perlu penambahan 300 kalori sahaja

 SUMBER


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Set Penyusuan Bajet Shaklee

Bagi mommies diluar sana yang sedang menyusukan bayi, mesti mmommies-mommies sentiasa mencari-cari supplemen/makanan tambahan untuk menambahkan susu kan, terutamanya apabila bayi semakin membesar, dan bayi semakin kuat menyusu. Selain daripada pemakanan yang semulajadi yang ada disekeliling kita boleh menambahkan susu, mommies juga boleh mencuba set menyusu shaklee sebagai supplemen untuk menambah susu badan. Ada yang cakap banyak sangat nak ambil set menyusu Shaklee ini takut tak termakan, ada pula yang cakap bajet tak ada untuk beli set menyusu shaklee. Jangan bimbang, jika anda tidak mahu membeli full set (set penuh) untuk set menyusu, kami juga ada menawarkan Set Bajet Menyusu Shaklee. Dah nama pun bajet, semestinya lah harga yang mampu milik oleh semua. Tapi walaupun bajet, kesannya sangat superb tau!

Ok jom tengok apa yang ada dalam set Penyusuan bajet, yang boleh mommies-mommies pilih

1) ALFALFA
atau
2) ESP
atau
3) ESP + ALFALFA
atau
4) ESP + ALFALFA + OSTEMATRIX

Set Menyusu Bajet tapi kesannya sangat SUPERRBB!
ESP
  • menjadikan badan mommies lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekaligus melancar dan mempercepatkan penghasilan susu ibu
  • menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan kaya dengan hindmilk yang mngenyangkan, makanya bayi mommies tidak bergayut lama serta dapat tidur dengan lebih lena dan tidak kerap bangun malam
  • kulit wajah mommies menjadi lebih halus, lici, cerah berseri
  • menyokong proses penurunan berat badan secara sihat dan semulajadi
  • membantu menganjalkan payudara

ALFALFA
  • telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu
  • breast akan cepat penuh jika diambil bersama ESP
  • bekerjasama dengan ESP dalam penurunan berat badan
  • mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai agen perapat
  • membantu mengatasi alahan resdung, asthma
  • berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan
  • memperbaiki pelawasan
OSTEMATRIX
  • sangat penting untuk mamasitkan tulang dan gigi anda
  • sumber kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang
  • penting kerana jika anda tidak mengambil kalsium yang cukup, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu

testimoni set menyusu bajet




Kebanyakkan mommies yang pernah mengambil set menyusu bajet pun hasil susunya sangat meriah dan tidak mengecewakan. Jadi sangat penting untuk mommies membeli dengan SID yang akan guide cara makan yang betul, supaya kesannya juga memuaskan.


 Jom rasai dan alami pengalaman menyusu yang HEBAT dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 29 September 2014

Fungsi dan Keistimewaan Herb Lax Shaklee


Bagi anda yang mengalami masalah sembelit atau pembuangan yang tidak lancar (2 hari sekali atau seminggu sekali), anda boleh mencuba Herb Lax Shaklee sebagai penyelesaian kepada masalah anda. Apakah fungsi dan kandungan yang terdapat dalam herb lax?

Herb lax merupakan herba semulajadi terdiri daripada alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culvers root. Rumusan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa yang panjang.

Fungsi Herb Lax
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 
  • Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan ke dalam air panas sebagai minuman herba

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
012-4341649

CARA JOIN SHAKLEE
KELEBIHAN AHLI SHAKLEE
COD


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Senaman Kegel Penting untuk Wanita


Senaman kegel.. Anda pernah mendengar perkataan kegel ini? Bunyinya agak pelik kan? Tapi sebenarnya senaman ni banyak kelebihan terutamanya untuk wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Kegel atau kemutan sebenarnya telah lama diamalkan oleh orang melayu, tapi jarang diperkatakan keranan ia melibatkan alat sulit. Saya pun pertama kali dengar dan tahu mengenai senaman kegel ini selepas melahirkan anak sulung saya, itu pun diberitahu oleh misi yang datang cek selepas bersalin. Dia juga ajar bagaimana untuk melakukan senaman kegel/kemutan ini.

Senaman kegel elok dilakukan terutamanya jika anda mempunyai masalah lemah otot pelvis seperti terkencing ketika batuk atau bersin. Pernah tak anda mengalaminya? Saya pernah mengalaminya, kadang-kadang nak kencing sampai tak tertahan lagi dah, dan memang akan terkucil sedikit. Ini menunjukkan bahawa otot pelvis saya sudah lemah. Ada yang menganggap senaman kegel ini untuk merapatkan alat sulit bagi yang sudah berkahwin, tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Ini kerana otot pelvis seseorang wanita akan menjadi lemah dan kendur apabila telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, dan kemungkinan juga faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Untuk mengenal pasti sama ada ada mempunyai masalah otot lemah atau tidak, cuba anda lihat sewaktu anda buang air kecil, cuba tahan kencing seketika dengan kaedah kemutan dan bernafas seperti biasa, jika masih ada air keluar beberapa titik, ini bermakna otot pelvis anda lemah. Oleh itu sangat digalakkan untuk membuat senman kegel ini. Dan jika dilakukan secara konsisten, perubahan akan terkesan dalam tempoh tidak samapi tiga bulan


Cara untuk melakukan senaman kegel
  • Pertama sekali, kenal pasti otot pelvis yang dimaksudkan. Kemudian kemutkan otot tersebut seperti anda mahu menahan kencing. Tapi jangan lakukan sewaktu anda mahu kencing sebaliknya lakukan sewaktu pundi kencing anda telah kosong.
  • Kemudian tahan kemutan selama lapan hingga sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulang langkah ini sehingga empat lima kali. Seeloknya lakukan dengan kerap sebanyak tiga kali sehari. Pastikan anda bernafas seperti biasa semasa melakukan kemutan ini. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring mengikut keselesaan anda
  • Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang buat kerja di pejabat, sedang melakukan kerja rumah. Begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak membuatnya. Jangan menahan nafas ketika membuatnya
Senaman ini juga boleh dilakukan sewaktu hamil kerana ia boleh menguatkan lagi otot pelvis dan mengelakkan penyakit terkencing atau 'incontinence'. Senaman ini juga elok untuk meningkatkan lagi hubungan intim suami isteri.

Sumber



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 28 September 2014

Jom Bakar Kalori dengan Melompat Skipping


Tahukah anda hanya dengan membuat lompatan skipping, seseorang itu boleh membakar kalori sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit. Rasanya tak lah susah pun, lagipun 30 minit je, bukannya mengambil masa yang lama. jom baca untuk dapatkan info yang lebih mengenai lompat skipping ini.

Bagi yang baru ingin mencuba, anda dinasihatkan untuk membuat lompatan sekadar yang mampu, yakni tidak memaksa tubuh melakukan lebih dari kemampuan. Memadailah dengan hanya 20-25 kiraan setiap lompatan. lakukan secara perlahan-lahan. Lompatan yang selamat adalah tidak melebihi 30 sentimeter daripada paras tanah atau lantai. Anda akan mudah merasa penat jika melompat terlalu tinggi, selain daripada itu ia juga akan menggalakkan kecederaan pada otot kaki.

Menurut Peter Schulman, MD, Profesor dalam bidang kardiologi dan perubatan pulmonari, University of Connecticut health Center di Farmington, dengan aktiviti lompatan skipping ini dapat menguatkan bahagian atas dan bawah tubuh serta membakar kalori dalam tempoh masa yang singkat, mengikut kemampuan seseorang. Schulman juga mengatakan aktiviti lompat tali seperti ini merupakan aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain senaman yang lebih berat untuk kesan yang lebih efektif. Aktiviti melompat tali memberi tekanan kepada lutu, pergelangan kaki dan pinggul, tetapi merupakan impak rendah berbanding joging.

Untuk pengetahuan anda sebanyak 70-100 kalori dapat dibakar dalam satu sesi selama sepuluh minit, manakala 1000 kalori dapat dibakar dalam tempoh satu jam. Anda boleh mempelbagaikan cara lompatan seperti melompat dengan sebelah kaki, melompat cara skip untuk mengelakkan rasa bosan. Selain daripada itu, boleh juga meompat dengan iringi muzik supaya anda lebih semangat dan tidak terasa masa berlalu dengan pantas

tak sabar nak melompat =)

Jika anda membuat lompatan skipping selama 30 minit setiap hari, mampu membakar 300 kalori. ini bermakna dalam seminggu anda berjaya kurangkan satu paun iaitu lebih kurang 0.5 kilogram



sumber rujukan:DIET and FITNESS


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Kepentingan Multivitamin dalam Kehidupan Seharian

mampukah kita mengambil makanan seimbang setiap hari?

Menjelang tahun 2020, dianggarkan 10% daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun keatas. Namun, bertambahnya umur tidak menjanjikan kebahagiaaan jika kita dibebani dengan ubat ubatan dan penyakit yang pelbagai dihujung-hujung usia. Menurut Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh, penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan faktor gaya hidup yang terlalu sibuk, tidak bersenam, dan banyak pengambilan makanan segera dan tidak berkhasiat yang menyebabkan punca kepada banyak penyakit. Kata Dr. rajbans lagi, kita digalakkan untuk mengambil supplemen berbentuk Multivitamin bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul.

Sumber :  Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm#ixzz3EbSvXA00

vita-lea shaklee multivitamin pertama di dunia

Untuk mendapatkan multivitamin terbaik, semestinya multivitamin Vita-Lea iron Formula dari Shaklee. Kenapa Vita-lea Shaklee?
  • Vita-lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Tablet vita-lea disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknolog ieksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab"
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas didunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia
  • Mineral yang terkandung didalamnya mudah brinteraksi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vita-lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Manfaat Utama Vita-lea
  • Penambahan tenaga segera- pemberi tenaga, kecergasan tubuh, dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Siapa yang memerlukan Multivitamin Vita-lea?
  • Semua orang dewasa - secara lazimnya orang dewasa cenderung untuk mengambil makanan dan diet yang tidak seimbang, terlalu sibuk dengan kerja seharian, mengambil makanan segera, kurang bersenam, dan cara mengendali dan memasak makanan yang diabaikan menyebabkan khasiat makanan tersebut hilang
  • Ibu mengandung dan menyusu - Ibu mengandung dan menyusu cenderung untuk mengalami anemia dan tekanan darah rendah sepanjang kehamilan, jadi amat digalakkan untuk mengambil vitalea. Manakala ibu menyusu digalakkan juga mengambil multivitamin ini kerana kajian menunjukkan zat besi didalam susu ibu akan berkurangan apabila bayi telah melebihi 6 bulan.




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 27 September 2014

Shaklee Collagen Powder: Kesan dan Faedah mengambil kolagen

kolagen shaklee cepat diserap ke dalam tubuh

Cantik.. Wanita mana yang tidak mahu cantik kan? Tambah-tambah bila ada orang puji, lagi lah kembang setaman kan hehe. Setiap wanita mesti menginginkan kulit yang cantik, awet muda. Mahukah anda jika anda baru berumur akhir 20an tetapi rupa paras anda seperti wanita berusia 40an? Siapa yang mahukan tua sebelum usia kan? Saya pun tak mahu, tambahan lagi bila dah kawin, dah beranak pinak ni kan, haruslah jaga kecantikan dan penampilan, untuk suami semestinya. Sebab itulah kita perlukan kolagen. Ini kerana semakin meningkatnya usia seseorang itu, semakin berkurangnya kolagen di dalam tubuh badan. Jika kurangnya kolagen dalam tubuh badan kita, maka akan terpancarlah tanda-tanda penuaan, seperti :
  • kulit kering dan berkedut
  • kulit kurang anjal
  • kulit kusam
  • payudara jatuh dan tidak anjal
  • rambut gugur
  • kuku rapuh dan mudah patah
  • pigmentasi
Sebab itulah untuk mengatasi tanda-tanda penuaan seperti diatas, anda digalakkan untuk mengambil kolagen dan kolagen yang terbaik semestinya kolagen shaklee.


Keistimewaan kolagen Shaklee:
  • mengandungi 400 proprietari RSS collagen
  • mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi, dan diekstrak dari sisik ikan merah
  • dalam kolagen shaklee, molekulnya ringan untuk memudahnkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan terbaik
  • mengandungi 7 bahan tambahan termasuk vitamin B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda

Kesan-kesan dan faedah jika anda mengambil kolagen
  • mengurangkan liang pori, kedutan, dan garis-garis halus yang kelihatan
  • melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan berkupas pada muka
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • membantu dan menegangkan payudara
Mahu kekal awet muda? Mahu nampak muda 10 tahun dari usia? jom dapatkan Shaklee Collagen Powder, inshaAllah saya akan berikan panduan makan dan tips penggunaan yang betul untuk anda!


Amalina
Pengedar Shaklee Anda
 012-4341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Bila anak Cerewet Makan


Pernah tak ibu-ibu berkejaran dengan anak setiap kali waktu makan atau jika mahu menyuap makan? Kecewa kan, setiap kali kita hidangkan makanan, anak-anak asyik menolak dan berlari-lari tidak mahu makan. Memang mencabar rasanya jika mempunyai anak yang susah dan cerewet dalam memilih makanan. Saya rasa, ibu-ibu diluar sana mesti mempunyai pengalaman seperti ini, sampai satu masa anak-anak kurang/tak mahu makan, asyik nak main atau pun hanya kuat minum susu sahaja. Ya, saya juga sebagai ibu pernah mengalami situasi sebegini, frust dan geram jugaklah bila anak sulung saya yang kini berusia tiga tahun sangat susah nak makan terutamanya nasi. namun saya tidak putus asa, mencuba pelbagai jenis lauk mana tahu mungkin tak kena dengan selera  dia kan. apa yang saya perasan, Harith agak kurang makan nasi tapi jika mee atau bihun sup, memang banyak dia makan. tak kisah lah nak, janji mahu makan kan, taklah susah hati sangat.

Bagi ibu-ibu diluar sana yang senasib dengan saya, mempunyai anak yang cerewet makan, disini saya ingin kongsikan tips untuk menangani anak cerewet makan:
  • sebagai ibu, kita haruslah menyediakan pelbagai jenis makanan dan menu tanpa jemu untuk hidangan sekeluarga. Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh mereka untuk membesar dan sihat. Jadi ibu tidak boleh memaksa anak makan dalam kuantiti yang berlebihan baginya.
  • Bersabar semasa melayan karenah anak semasa makan. Seeloknya makan bersama ahli keluarga yang lain supaya apabila anak melihat ahli keluarga yang lain makan, mungkin dia juga akan mengikut dan berselera untuk makan
  • sesekali boleh libatkan anak dalam proses penyediaan makanan. Contohnya membeli belah ikan dan sayur untuk dimasak, dan beritahu kepadanya ikan yang dimasak inilah yang dibeli pagi tadi, atau jika kita membuat roti atau kuih, biarkan mereka turut serta sekali, dan biarkan mereka membentuk doh roti tersebut, seperti yang diinginkan. Mereka mesti teruja dan tak sabar untuk makan makanan yang mereka sediakan
  • sentiasa mencari idea bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan berkhasiat dan dia seronok untuk memakannya. Misalnya dengan meletakkan sayur yang dicincang halus ke dalam roti bersama daging
  • jangan biasakan anak anda dengan makanan snek atau jajan kerana ia akan mempengaruhi anak anda untuk tidak makan makanan berkhasiat. 
 
adik lagi gemuk dari abang
Selain daripada itu, ibu-ibu juga boleh mencuba memberi anak makan makanan tambahan, supaya dapat meningkatkan selera makan anak anda. Macam saya, saya berikan Harith meal shakes shaklee kerana Harith sangat susah makan, dan kesannya sekarang Harith tidak lagi lari-lari apabila waktu makan, tidak cerewet makan (makan sayuran hijau), dan sembelit juga dah tiada. Berbeza dengan adiknya afnan, memang jenis kuat makan, tak perlu pun makan supplemen dah =) Bahagianya rasa bila masakan kita anak-anak makan dengan penuh selera, siap bertambah tambah lagi!


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 26 September 2014

Langsing Dengan Cinch Shake Mix


Bagi anda yang ingin turun badan secara sihat dan selamat, anda boleh mencuba supplemen Shaklee sebagai makanan tambahan yang boleh membantu anda mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan anda. Cinch Shake Mix merupakan minuman berkhasiat yang membantu dalam mengekalkan otot serta mengurangkan inci pada tubuh badan anda. Kadang kala, anda mungkin perasan yang berat anda tidak banyak turun walaupun sudah berdiet, tetapi dengan Cinch Shake Mix walaupun berat lambat turun, tapi dari segi inci pada tubuh anda akan nampak kesannya.  

Keistimewaan Cinch Shake Mix
  • Indeks glisemik 22  sesuai untuk semua penghidap kencing manis
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan
  • Membantu merasa puas dan kenyang dengan 24 gram protein setiap hidangan
  • Tinggi kandungan serat, iaitu 6gm serat setiap hidangan
  • memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaa soya yang bebas GMO
vanilla, coklat, caffe latte

Cinch Shake mix boleh diminum sebagai pengganti hidangan berat anda. Cinch Shake Mix bukan sahaja dapat menurunkan berat badan anda, malah dapat mengembalikan bentuk badan seperti yang diidamkan.

Cinch Shake Mix mempunyai tiga perasa
  • Cafe latte
  • Choclate
  • Vanilla


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Tiga Peringkat Proses Bersalin

Bagi mommies diluar sana yang menghitung hari untuk bersalin, mesti berdebar-debar kan? Rasanya perasaan untuk menghadapi bersalin bagi mommies yang mengandungkan anak pertama dengan mommies yang dah ada pengalaman bersalin berbeza. Yelah, mommies yang tak pernah rasa lagi bersalin macam mana mungkin perasaan berdebarnya kurang jika hendak dibandingkan dengan mommies yang dah ada pengalaman bersalin yang sudah pernah alami bagaimana rasanya bersalin. Tapi jangan risau, kadang-kadang perasaan berdebar tu je yang lebih-lebih, padahal tidak lah teruk mana pun bersalin, setuju tak? ke ada mommies-mommies yang fobia nak bersalin lagi? Iya, pengalaman sakit nak bersalin berbeza setiap orang, ada yang sakit lama sehingga 12 jam, ada yang sakit sekejap je, tengok-tengok dah bersalin. Apa yang penting sentiasa berdoa, zikir banyak-banyak terutamanya ketika kontraksi semoga semuanya di permudahkan.

meneran sewaktu bersalin

Hari ini saya nak kongsikan proses bersalin yang mommies semua akan hadapi jika bersalin normal. Ada tiga peringkat proses bersalin :

1) Pelebaran Servik
Kontraksi pada permulaan adalah jarang, ia datang setiap setengah jam atau lebih dan berlangsung selama lebih kurang satu minit. Ia akan mula terasa lebih kuat dan kerap secara berperingkat-peringkat. Pada saat ini, mommies dinasihatkan agar tidak terlalu risau dan cuba untuk bertenang. Pada tahap ini, adalah sangat penting kaedah pelega sakit yang mommies gunakan, mempunyai kesan relaksasi, misalnya dengan mandi air suam, urut, dan akupuntur. Beberapa waktu kemudiannya mommies mungkin boleh menggunakan gas, pethidine malah epidural. Pada tahap ini, merupakan tahap paling kuat, kontraksi akan datang setiap dua mimit dan berlangsung selama sekitar satu setengah minit. Bagi mommies yang bersalin buat pertama kali, sakit kontraksi biasanya kan mengambil masa selama 9 dan 15 jam.Pelebaran selvik untuk 5 sentimeter pertama mengambil masa yang terpanjang

2) Meneran dan Kelahiran
Apabila servik telah melebar sehingga 10cm, fasa berikutnya iaitu proses meneran dengan kontraksi. (sebab itulah misi akan suruh kita push setiap kali kontraksi datang). Pada tahap ini, bayi telah bergerak turun ke pangkal rahim. Ketika kepala bayi mencapai ke dasar punggung, dan sedang berehat berhadapan rektum, kita akan berasa hendak meneran (seperti buang air besar). Panjang masa yang diambil pada masa proses meneran ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kepenatan dan ketenangan si ibu. Dan tahap ini akan berakhir setelah kelahiran bayi. Segala kesakitan akan berakhir segera apabila bayi sudah keluar. Pada masa ini, mommies akan merasa sangat lega tambahan pula apabila nurse menunjukkan bayi kepada anda.

3) Pengeluaran Plasenta (uri)
Sekarang plasenta telah tertanggal dari dinding rahim dan selepas kira-kira 10 minit rahim anda mulai kontrak (ianya tidak merasa apa-apa berbanding dengan apa yang anda telah lalui) dan mommies harus membantu untuk meneran keluar plasenta dan membran yang mengelilingi bayi anda. (saya tak sedar pun bila masa uri saya keluar, huhu) Nurse/doktor  akan memeriksa plasenta dan memastikan ianya habis keluar semuanya, yang mana ia adalah sangat penting. Ini kerana boleh menyebabkan jangkitan dan pendarahan sekiranya masih ada yang tertinggal di dalam rahim

Di sini sangat ingin kongsikan teknik meneran untuk panduan mommies yang sedang tunggu saat bersalin, terutamanya yang kali pertama bersalin:

  • Baring dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka
  • Angkat kepala, dagu mencecah dada
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran, jangan keluarkan suara
  • Jangan angkat punggung semasa meneran
  • Baca bismillah, zikir, atau apa-apa doa yang terlintas di fikiran anda
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran sekuatnya 

Percayalah, sakit bersalin hanya sementara, sakit akan hilang saat kita pandang wajah bayi kita yang baru lahir. Tidak perlu serik untuk bersalin =)
Semoga kita semua dipermudahkan untuk bersalin. Amin

SET BERSALIN SHAKLEE

Sumber dari Drypers


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday 25 September 2014

Kelebihan Mengerjakan Solat Tahajud

solat sunat tahajud
Bangun tengah-tengah malam, sewaktu semua orang sedang enak tidur, kedengarannya agak susah nak sukar hendak dilakukan. Kesusahan ini hanya dirasai oleh seseorang yang tidak pernah atau jarang-jarang bangun malam untuk mengerjakan solat sunat tahajud. Alah bisa tegal biasa, bagi mereka yang sudah biasa bangun untuk melakukan solat tahajud ini, mereka akan berasa satu nikmat yang tidak terhingga, jika tidak bangun atau terlupa untuk mengerjakan solat tahajud pada malam sebelumnya sudah pasti akan rasa kekesalan dan perasaan yang resah.

Alhamdulillah saya mula mengenal solat tahajud sejak masuk group shaklee. Dalam Shaklee, bukan sahaja diajar bagaimana untuk mendapat sales semata-mata, kami juga diajar supaya menitik beratkan amalan rohani seperti solat dhuha, solat tahajud, zikir, dan membaca al quran. Jujur saya katakan, saya dah lama tidak mengerjakan solat tahajud, paling akhir rasanya ketika zaman belajar di universiti dahulu. Tapi alhamdulillah, sejak kenal shaklee dan kawan-kawan dalam kumpulan ini, saya cuba meningkatkan amalan rohani sedikit demi sedikit.

Antara kelebihan Solat Sunat Tahajud

Pada sepertiga malam, pintu langit terbuka luas menerima taubat dari hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saw semata-mata, malah ia diamalkan juga oleh umat Nabi sebelumnya.

Saidina Umar al Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan menyatakan:
"sesiapa mengerjakan solat malam(tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, iaitu lima di dunia, empat di akhirat".

Kurniaan di dunia ialah:
  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Di kasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (bijaksana)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah saw pernah ditanya "Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" Beliau menjawab dengan tegas, "Solat Malam!" Hadis Riwayat Muslim

Sebelum buat memang kita rasa susahnya nak bangun malam, tapi bila kita niat hendak bangun untuk mengerjakan solat tahajud, inshaAllah akan dipermudahkan, kita akan terjaga bila tiba waktunya.


Credit to:


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee


Mesti anda diluar sana yang belum berdaftar dan menjadi ahli Shaklee tertanya-tanya apa yang bestnya Shaklee ni? Kenapa ramai sangat orang yang join sebagai ahli Shaklee? Walaupun sudah ramai yang jadi pengedar Shaklee, tapi setiap hari sentiasa ada je orang yang akan join dan menjadi pengedar Shaklee. Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee ni? Sebenarnya ramai yang tidak tahu kelebihan dan keistimewaan menjadi ahli Shaklee, atau juga dikenali sebagai Shaklee Independent Distributor (SID)

Antara Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Untuk Kegunaan Sendiri
  • Jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda secara automatik dapat membeli dengan harga ahli yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran
  • Jika pembelian anda melebihi 150uv anda dalam bonus dalam tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan yang seterusnya
  • Yuran keahlian Shaklee hanya RM65 + RM10 postage adalah seumur hidup. Anda tidak perlu kekalkan point untuk anda menjadi ahli, dan tidak perlu perbaharui setiap tahun

Untuk Berniaga
  • Dapat keuntungan runcit bagi produk yang dijual
  • Dapat ganjaran 3C (Cash, car, convention)
Lain-lain Kelebihan
  • Tidak perlu maintain point dan tiada paksaan untuk membeli jumlah barang setiap  bulan
  • Tidak perlu mengeluarkan modal dalam jumlah tertentu
  • Tidak perlu simpan stok banyak-banyak dirumah, kerana shaklee menggunakan sistem online. Hanya order melalui online dan barang terus akan dihantar pada pelanggan


Banyak kan kelebihan yang ada jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, tambahan lagi jika anda merupakan pengguna tegar barang-barang Shaklee, amatlah rugi sekiranya anda tidak mendaftar sebagai ahli. Makan vitamin Shaklee untuk sendiri sahaja pun boleh dapat cash bonus tau! =)

 CARA JOIN SHAKLEE






::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday 24 September 2014

Pengedar Shaklee Jeniang, Sik, Baling

 Bismillahirrahmanirrahim..

I'am Shaklee Independent Distributor
Nama : Amalina Binti Ahmad
ID: 1065850
Contact no: 012-4341649 (whatsapp, sms, wechat)
E-mail: mellyna35@yahoo.com
Instagram : alinaahmad

Nama saya Amalina, saya merupakan pengedar sah Shaklee di kawasan Jeniang, Sik, Baling Kedah. Anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee secara terus dari saya. Saya juga boleh hantar sendiri/ Cash on delivery (COD) kepada anda jika anda berada di kawasan Jeniang, Sik, Baling dan kawasan berhampiran.

Pastinya saya akan berikan perkhidmatan serta konsultasi yang terbaik buat anda


CARA JOIN SHAKLEE


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Mabuk, Loya dan Muntah Semasa Hamil


Apabila seseorang wanita disahkan hamil, sudah tentu perasaan gembira dan teruja terutamanya jika mengandungkan anak pertama. Tetapi perasaan gembira ini kadang-kadang terganggu dek kerana mengadapi mabuk, loya dan muntah-muntah yang teruk semasa awal kehamilan. Mabuk semasa hamil merupakan perkara biasa dialami oleh wanita semasa hamil, cuma tahap alahan dan mabuk hamil itu berbeza setiap wanita. Ada wanita yang hanya mengalami mual biasa seperti tidak boleh bau nasik masak, bau minyak ikan goreng, dan lain-lain lagi dan mabuk akan beransur-ansur hilang lama kelamaan. Tetapi ada juga wanita menghadapi mabuk hamil yang teruk terutamanya ketika waktu pagi.

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan kedua-dua anak saya tak manghadapi alahan yang teruk, sekadar mual-mual biasa, itu pun hanya di awal kehamilan sahaja. Ada juga kawan saya yang setiap kali mengandung mengalami mabuk dan alahan yang sangat teruk, sehingga fobia untuk mengandung lagi. Mabuk dengan muntah secara berlebihan semasa mengandung dipanggil hipemerisis gravidarum. Mabuk jenis ini biasanya terjadi sekiranya seseorang itu muntah dengan kerap dalam satu hari, tidak dapat dan makan kerana muntah, berat badan semakin menurun. Jika anda mengalami mabuk hamil yang sebegini, eloklah segera ke hospital untuk mengawal mabuk hamil dan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan nutrien melalui drip.

Untuk mengurangkan mabuk loya, antara petua yang boleh dicuba:

1. Pengambilan Supplemen dan Vitamin
Pada awal kehamilan sehingga minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut, ibu hamil dapat menghilangkan loya, mabuk dan alahan yang dialami. Seeloknya pil zat besi diambil bersama vitamin C kerana vitamin c membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih cepat.

2. Madu
Amalkan minum madu terutamanya ketika bangun dari tidur, ketika perut masih kosong. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein  yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang yangmemainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Jika hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan ini menyebabkan pening dan mabuk.


3. Minum Air 100 Plus
Petua ini saya tak pasti kebenarannya sebab tak pernah cuba. Tapi ramai kawan-kawan saya mengamalkan cara ini. Air 100 plus dibuka dan dibuang gasnya terlebih dahulu. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Bila ibu hamil rasa loya hendak muntah minum air ini. Air 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah

4. Buah Pala
Buah pala meruapakan penawar untuk menghilangkan loya, pening-pening dan rasa pitam. Buah pala juga sesuai dimakan jika anda mengalami mabuk perjalanan

5. Buah Kurma
Buah kurma sememangnya sudah diketahui banyak khasiat dan kelebihannya. Amalkan makan kurma dalam bilangan yang genap, 3 atau 7 biji sebelum sarapan


6. Halia
Halia diketuk, direndam dalam air suam atau air teh untuk diminum. InshaAllah boleh mengurangkan loya, mual-mual ketika mabuk

Bagi yang mengalami alahan dan mabuk ketika hamil, boleh mencuba petua-petua ini. Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba supplement Shaklee



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Tuesday 23 September 2014

Petua Merawat Ruam pada Bayi

Alahai susah hatinya bila ada ruam pada bayi. Tambahan pulak sekarang musim panas membahang, lagi lah mudah bayi terkena ruam pada kulit, kesian mesti tak selesa, gatal-gatal. Lagi kesian jika ruam pada bekas pampers, di sekitar paha dan punggung bayi. Pedih tu, kulit bayi kan halus lagi, memang cepat melecet. Banyak je krim untuk ruam bayi dijual di farmasi-farmasi, tapi tak semua krim tersebut sesuai dengan kulit bayi kita. Ada yang pakai elok, ruam semakin kering dan hilang. Tapi jika tidak sesuai, lagi parah jadinya.

Apakata selain kaedah sapuan krim yang dijual di farmasi, boleh juga mencuba kaedah tradisional untuk merawat ruam bayi. Mungkin ada yang sesuai.

buah manjakani

Buah Manjakani
Tumbuk buah manjakani, kemudian campurkan dengan bedak sejuk. Sapu pada tempat ruam. Lakukan setiap malam

Daun Buluh
Ambil segenggam daun buluh, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan air bedak sejuk. Sapukan pada tempat ruam

Tepung Ubi
Ambil satu sudu tepung ubi, campurkan dengan air. Sapukan pada tempat bahagian ruam. Kaedah ini memang kita selalu dengar, saya sendiri pun pernah mencuba untuk anak saya, alhamdulillah memang berkesan

Buah Limau Purut
Ambil buah limau purut yang telah masak, kemudian belah dua. Bakar buah limau tersebut sehingga kehitaman kulitnya. Sapukan isi buah limau tersebut pada kawasan yang ada ruam

bedak sejuk
Kaedah paling cepat dan berkesan yang selalu saya guna ialah dengan menyapukan bedak sejuk pada badan atau kawasan pampers jika melecet atau pun ruam. Memang umah saya sentiasa ada stok bedak sejuk, mujurlah mak mertua rajin buat =)


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Kenali Punca Keguguran Rambut Anda


Sememangnya normal jika rambut gugur 50-100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali anda bangun daripada tidur, bantal dipenuhi rambut, setiap kali mandi bilik air dipenuhi gumpalan rambut, setiap kali sikat penuh rambut lekat di sikat, ini bermakna anda menghadapi masalah keguguran rambut. Letih kan dok menyapu lantai yang dipenuhi rambut. Walaupun masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki, tetapi wanita juga sebenarnya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk Rambut adalah mahkota wanita, jadi apa akan jadi sekiranya kita kehilangan mahkota itu?

Sebenarnya banyak sebab terjadinya keguguran rambut yang teruk, antaranya:

Rambut gugur kerana hormon
Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut menghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen dapat dihasilkan dengan sktif sekiranya wanita itu berada di dalam keadaan tertekan/stress. Faktor inilah yang menyebabkan masalah keguguran rambut yang serius. Untuk kes yang serius ini, pakar perubatan biasanya akan memberikan pil anti-androgen, dan dinasihat supaya banyakkan rehat dan rileks.
Kehamilan, melahirkan anak, dan juga monopous juga merupakan hormon yang boleh menyebabkan keguguran rambut bagi wanita

Rambut gugur kerana produk
Setiap orang sebenarnya dilahirkan dengan rambut yang kuat, walaupun berbeza nipis dan tebal rambut seseorang itu. Tetapi masalah keguguran rambut akan berlaku sekiranya anda sering mewarna dan melunturkan rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti untuk melurus atau mengerintingkan rambut.  ini akan menyebabkan rambut anda menjadi tidak kuat dan mudah putus

Rambut gugur kerana kurang vitamin
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk kesuburan rambut anda. Haruslah mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk anada mengambil makanan yangss eimbang ini, dicadangkan supaya anda mengambil vitamin/makanan tambahan untuk rambut seperti Biotin, Niasin, Zinc, Vitamin B6, B12, A dan E.

Rambut gugur kerana ubat-ubatan
Banyak ubat-ubatan moden sekarang, menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Bagi wanita, pil perancang kehamilan juga menyumbang kepada faktor utama masalah keguguran rambut.


Vitamin Shaklee Merawat Masalah Keguguran Rambut


  • Revitalizing Prosante Syampoo
- Mengandungi humektan yang bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
- Sistem pembersih yang lembut dan berpaten - See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/10/set-penjagaan-rambut-gugur-shaklee.html#sthash.CLdX11ZF.dpuf

Revitalizing Prosante Syampoo
Mengandungi humektan yang bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Merupakan sistem pembersuh yang lembut dan berpaten

ESP 
Merupakan protein soya yang membantu dalam menguatkan rambut. kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Jadi, pastikan anda makan protein yang cukup agar rambut anda tumbuha dengan lebih cepat, sihat dan kuat

B Complex
B Complex merupakan vitamin anti stress/tekanan yang membantu untuk mengawal perasaan tegang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamin B6 dan B12 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. B complex memang sangat sesuai dan banyak kelebihan bagi merawat masalah rambut gugur.

Zinc
Diet yang kurang zinc boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zinc memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Zinc boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. Zinz juga merupakan sumber mineral untuk mempercepatkan sel baru dan pembinaan tisu yang rosak.

Selain daripada tiga vitamin yang dicadangkan diatas, anda juga boleh menambah Vitalea, yang merupakan sumber multivitamin yang diperlukan untuk kesihatan rambut kerana diet seharian yang tidak lengkap.


Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut, dan vitamin yang sesuai untuk anda mengikut bajet anda

Pengedar Shaklee Anda
Amalina
012-4341649



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 22 September 2014

Resepi Cucur Udang dan Kuah Kacang

Cucur udang.. rasanya memang jadi kegemaran ramai. Tapi ada jugak yang tak berapa gemar, dek kerana allergik dengan udang. Tapi takpe, boleh gantikan dengan ikan bilis. Sebut saja tentang cucur udang, mestilah match dengan kuah kacang kan baru sedap. Cucur udang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Husband saya suka sangat dengan cucur udang, yang pastinya bila dia request nak cucur udang, haruslah dengan kuah kacang sekali. Tak main lah cicah sos atau mayonis kan. Di pasar malam terutamanya memang banyak orang jual cucur udang, dan memang sangat laku. Tapi rasanya..kalau kena yang sedap ok lah kan, berbaloi la beli. Tapi kebanyakkan yang dijual semua nampak 'sedap' je lebih, rasa dia pulak hempeh..huhu. Kadang-kadang terlebih tepung la, takda udang la, kuah kacang yang cair sangat la. Ha, nasiblah penjual-penjual, dapat customer yang cerewet macamni =)

Sebab itulah suami saya lagi suka isteri dia ni buatkan, makan sedap, puas hati lagi. Saya sebenarnya tak lah pandai sangat, tapi boleh la makan, yang penting suami dan family saya suka cucur udang dan kuah kacang yang saya buat. Lagipun, bahan-bahan dan cara nak buat cucur udang ni sangat senang, campak-campak je dah siap.



Resepi cucur udang saya :

Satu mangkuk udang (dibuang kulit)
Bawang besar (dihiris)
Kucai
Tepung gandum
satu biji telur
Air masak (air ais pun boleh)
Garam
Sedikit serbuk kunyit

Resepi kuah kacang:

3-4 tangkai cabai kering (kalau nak pedas tambah lagi)
Satu mangkuk kacang tanah
3-4 ulas bawang merah dan bawang putih
Gula pasir
Gula merah/Gula melaka
Garam
Minyak masak 

Cara membuat cucur udang

Campurkan kesemua bahan dengan air, gaul dan kacau hingga sebati. Agak-agak likat sikit, jangan terlalu pekat nanti keras. Saya goreng dengan menggunakan sudu. Gunakan api yang sederhana

Cara membuat kuah kacang

  • Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak hingga garing
  • Kemudian, Cabai kering, bawang merah, putih digoreng dengan menggunakan minyak lebihan goreng kacang tanah tad. Sejukkan seketika
  • Masukkan semua yang telah digoreng tadi ke dalam blender. Blend kesemua bahan ini bersama sedikit air. Kalau suka halus boleh blend sampai halus. Saya suka kacangnya yang agak kasar sikit.
  • Panaskan minyak dalam periuk, masukkan kacang dan bahan-bahan yang telah diblend tadi. Kemudian masukkan gula pasir, gula merah, garam. Kalau pekat boleh tambahkan air. Masak hingga kuah agak likat, dan pecah pecah minyak. 
Siap!

Saya memang selalu buat cucur udang ni, senang sangat. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang. Yummy!




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Kenapa ESP Shaklee pilihan ramai?

ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee merupakan Non-Gmo soya (Genetically Modified Organism) yang lengkap dengan semua asid amino. Apa itu GMO? GMO adalah produk tiruan atau sintetik iaitu soya yang telah dimodifikasi secara genetik dengan memasukkan sel baru ke dalam tumbuhan tersebut. Ini bertujuan supaya tumbuhan itu cepat membesar dan membiak dengan kos yang lebih murah. Pernah dengar tak selalu orang akan cakap tidak elok minum/makan soya, soya boleh sebabkan kanser lah, macam-macam lagi lah keburukan soya ni. Haa sebab kebanyakkan soya yang ada diluar, kebanyakkannya kerana soya itu adalah soya GMO. Tetapi berbeza dengan soya Shaklee, ESP merupakan protein soya yang NON-GMO! Sebab itulah, ESP Shaklee merupakan hot seller. Percayalah, sesiapa yang pernah minum esp ni, confirm akan repeat order lagi selepas tu, sebab banyak sangat kelebihan dan keistimewaan yang dah dirasai, Hanya orang yang mengamalkan ESP Shaklee sahaja tahu. Kalau nak tahu, kena lah tanya orang yang sudah mencubanya =)
Esp lah first produk Shaklee yang saya kenal, dan disebabkan ESP inilah saya jadi pengguna tegar Shaklee, dan juga SID.


Keistimewaan ESP Shaklee :
  • MilkBooster hebat
  • Memudar dan menghilangkan parut
  • Diet yang mengenyangkan
  • Mengawal Kolesterol
  • Payudara anjal
  • Pemberi tenaga
  • Membantu dalam masalah kesuburan
  • Kulit cantik, halus, gebu berseri
  • Baik untuk kesihatan jantung dan prostat
Siapa yang perlukan ESP?
  • Wanita hamil
  • Ibu menyusu
  • Ibu yang baru melahirkan anak
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan
  • Bakal pengantin
  • Pelajar
  • Mereka yang mahu kuruskan badan
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit
  • Mereka yang mahu menambahkan berat badan
Kesimpulannya, ESP Shaklee sesuai untuk semua!

Ada orang komplain makan ESP untuk kuruskan badan, tapi badan semakin naik. Betul, Esp untuk menaikkan berat badan, dalam pada masa yang sama esp untuk menguruskan badan juga, macam mana tu? Ha, sebenarnya ada cara dan masa untuk pengambilannya. Tidak ikut cara yang betul memang akan jadi sebaliknya, sebab itulah penting untuk dapatkan konsultasi yang betul

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi yang betul dan percuma!


Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 21 September 2014

Atasi Sembelit ketika Berpantang dengan Ostematrix


Saya  percaya bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak mesti pernah mengalami sembelit ketika berpantang. Termasuk juga saya. Sembelit atau kesukaran membuang air besar biasa terjadi terutamanya selepas bersalin/ketika dalam pantang. Ini kerana selepas bersalin, kita pasti merasa seriau/bimbang untuk membuang, trauma dengan jahitan luka selepas bersalin. Selain daripada itu, sembelit terjadi kerana kurangnya minum air. Tahu jelah jika mengikut kata orang tua-tua dahulu, orang selepas bersalin tidak dibolehkan untuk meminum banyak air dikhuathiri perut akan menjadi buncit dan saluran faraj si ibu akan berair.

Saya masih ingat ketika selepas melahirkan anak pertama tiga tahun dahulu, saya juga mengalami sembelit yang agak teruk. Hampir semninggu saya tidak buang air besar. Bila misi yang datang cek tanya, saya beritahu yang saya sudah membuang, padahal tidak pun,hehe. Memang trauma habis nak membuang pada waktu itu, mengerikan jika di ingat balik. Masa tu tak kenal Shaklee lagi.

Berbeza dengan selepas kelahiran anak kedua, saya langsung tidak mengalami sembelit. Selain banyakkan minum air (minum kerap dalam kuantiti sedikit), saya juga mengamalkan makan sayur sawi. Selain daripada itu saya juga mengamalkan supplemen Shaklee iaitu ostematrix. Ostematrix adalah kalsium yang sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar.Bagaimana ostematrix membantu dalam masalah sembelit?


Ini kerana ostematrix mengandungi magnesium, selain dari kalsium, vitamin D, boron, manganese, copper, zinc. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak di dalam usus. Peristalsis juga akan menolak makanan ke dalam perut. Sebab itulah kita digalakkan untuk minum banyak air.

Kepada mereka yang mengalami sembelit, adalah sangat digalakkan untuk mencuba ostematrix ini. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk mendapatkan ostematrix supaya tidak berlakunya sembelit yang teruk ketika berpantang nanti


Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Petua Mudah Bersalin

Ingat lagi semasa saya mengandung anak pertama, kandungan saya over due tiga hari barulah bersalin. Itu pun secara paksa(induce), alhamdulillah kelahiran secara normal. Tapi semasa mengandung kali kedua, apabila kandungan saya mencecah 36 minggu, saya banyak mencari petua dan tanya kepada kawan-kawan yang lebih arif tentang petua untuk mudah bersalin. Banyak juga petua yang boleh kita buat, jika goole dalam internet pun macam-macam jenis petua yang akan kita jumpa. Ni antara petua yang saya amalkan di akhir-akhir kehamilan :

food.detik.com

Makan Kurma
Kurma memang terkenal dengan pembekal tenaga segera. Kurma elok dimakan terutamanya apabila sakit kontaksi supaya dapat memberi tenaga kepada ibu sewaktu meneran nanti

Minum Air Kelapa
Saya juga mengamalkan minum air kelapa apabila kandungan sudah mencecah 36 minggu. Mujurlah di kampung saya mudah untuk dapatkan air kelapa muda yang fresh. Ia bertujuan agar bayi mudah dilahirkan, dan kulit bayi nanti akan bersih

Makan Kacang Bendi
Bendi elok dimakan semasa hamil kerana mempunyai lendir pada kacang bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim semasa proses kelahiran nanti. Nasib baik saya jenis suka makan kacang bendi, buat asam pedas, kari atau pun sebagai ulam rebus sahaja

Telur Ayam Kampung
Ibu-ibu hamil disarankan makan telur ayam mentah setiap pagi supaya mudah bersalin. Telur ayam kampung ni pun memang saya cuba makan jugak walaupun tak lalu. Nak mudah bersalin punya pasal, sanggup je telan. Tapi saya amalkan seminggu 3 kali sahaja, campur dengan madu.

Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses kelahiran, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan mencecah sembilan bulan. Minyak kelapa ini nenek saya yang buatkan beserta doa. Saya amalkan makan satu sudu setiap hari. Minum minyak kelapa juga dikatakan boleh mengelakkan rahim kita koyak banyak, tanpa digunting.


Inilah antara petua yang saya amalkan sebelum bersalin anak kedua saya. Alhamdulillah masuk 38 minggu saya sudah selamat bersalin. Sakit yang sangat singkat dan proses bersalin yang sangat mudah. Bagi ibu-ibu yang hamil di luar sana, boleh lah mencuba petua mudah bersalin ini selain mengamalkan zikir supaya proses kelahiran menjadi mudah, inshaAllah =)

SET HAMIL SHAKLEE
SET BERPANTANG SHAKLEE


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik