Saturday 27 September 2014

Bila anak Cerewet Makan


Pernah tak ibu-ibu berkejaran dengan anak setiap kali waktu makan atau jika mahu menyuap makan? Kecewa kan, setiap kali kita hidangkan makanan, anak-anak asyik menolak dan berlari-lari tidak mahu makan. Memang mencabar rasanya jika mempunyai anak yang susah dan cerewet dalam memilih makanan. Saya rasa, ibu-ibu diluar sana mesti mempunyai pengalaman seperti ini, sampai satu masa anak-anak kurang/tak mahu makan, asyik nak main atau pun hanya kuat minum susu sahaja. Ya, saya juga sebagai ibu pernah mengalami situasi sebegini, frust dan geram jugaklah bila anak sulung saya yang kini berusia tiga tahun sangat susah nak makan terutamanya nasi. namun saya tidak putus asa, mencuba pelbagai jenis lauk mana tahu mungkin tak kena dengan selera  dia kan. apa yang saya perasan, Harith agak kurang makan nasi tapi jika mee atau bihun sup, memang banyak dia makan. tak kisah lah nak, janji mahu makan kan, taklah susah hati sangat.

Bagi ibu-ibu diluar sana yang senasib dengan saya, mempunyai anak yang cerewet makan, disini saya ingin kongsikan tips untuk menangani anak cerewet makan:
  • sebagai ibu, kita haruslah menyediakan pelbagai jenis makanan dan menu tanpa jemu untuk hidangan sekeluarga. Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh mereka untuk membesar dan sihat. Jadi ibu tidak boleh memaksa anak makan dalam kuantiti yang berlebihan baginya.
  • Bersabar semasa melayan karenah anak semasa makan. Seeloknya makan bersama ahli keluarga yang lain supaya apabila anak melihat ahli keluarga yang lain makan, mungkin dia juga akan mengikut dan berselera untuk makan
  • sesekali boleh libatkan anak dalam proses penyediaan makanan. Contohnya membeli belah ikan dan sayur untuk dimasak, dan beritahu kepadanya ikan yang dimasak inilah yang dibeli pagi tadi, atau jika kita membuat roti atau kuih, biarkan mereka turut serta sekali, dan biarkan mereka membentuk doh roti tersebut, seperti yang diinginkan. Mereka mesti teruja dan tak sabar untuk makan makanan yang mereka sediakan
  • sentiasa mencari idea bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan berkhasiat dan dia seronok untuk memakannya. Misalnya dengan meletakkan sayur yang dicincang halus ke dalam roti bersama daging
  • jangan biasakan anak anda dengan makanan snek atau jajan kerana ia akan mempengaruhi anak anda untuk tidak makan makanan berkhasiat. 
 
adik lagi gemuk dari abang
Selain daripada itu, ibu-ibu juga boleh mencuba memberi anak makan makanan tambahan, supaya dapat meningkatkan selera makan anak anda. Macam saya, saya berikan Harith meal shakes shaklee kerana Harith sangat susah makan, dan kesannya sekarang Harith tidak lagi lari-lari apabila waktu makan, tidak cerewet makan (makan sayuran hijau), dan sembelit juga dah tiada. Berbeza dengan adiknya afnan, memang jenis kuat makan, tak perlu pun makan supplemen dah =) Bahagianya rasa bila masakan kita anak-anak makan dengan penuh selera, siap bertambah tambah lagi!


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik