Monday 22 September 2014

Resepi Cucur Udang dan Kuah Kacang

Cucur udang.. rasanya memang jadi kegemaran ramai. Tapi ada jugak yang tak berapa gemar, dek kerana allergik dengan udang. Tapi takpe, boleh gantikan dengan ikan bilis. Sebut saja tentang cucur udang, mestilah match dengan kuah kacang kan baru sedap. Cucur udang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Husband saya suka sangat dengan cucur udang, yang pastinya bila dia request nak cucur udang, haruslah dengan kuah kacang sekali. Tak main lah cicah sos atau mayonis kan. Di pasar malam terutamanya memang banyak orang jual cucur udang, dan memang sangat laku. Tapi rasanya..kalau kena yang sedap ok lah kan, berbaloi la beli. Tapi kebanyakkan yang dijual semua nampak 'sedap' je lebih, rasa dia pulak hempeh..huhu. Kadang-kadang terlebih tepung la, takda udang la, kuah kacang yang cair sangat la. Ha, nasiblah penjual-penjual, dapat customer yang cerewet macamni =)

Sebab itulah suami saya lagi suka isteri dia ni buatkan, makan sedap, puas hati lagi. Saya sebenarnya tak lah pandai sangat, tapi boleh la makan, yang penting suami dan family saya suka cucur udang dan kuah kacang yang saya buat. Lagipun, bahan-bahan dan cara nak buat cucur udang ni sangat senang, campak-campak je dah siap.



Resepi cucur udang saya :

Satu mangkuk udang (dibuang kulit)
Bawang besar (dihiris)
Kucai
Tepung gandum
satu biji telur
Air masak (air ais pun boleh)
Garam
Sedikit serbuk kunyit

Resepi kuah kacang:

3-4 tangkai cabai kering (kalau nak pedas tambah lagi)
Satu mangkuk kacang tanah
3-4 ulas bawang merah dan bawang putih
Gula pasir
Gula merah/Gula melaka
Garam
Minyak masak 

Cara membuat cucur udang

Campurkan kesemua bahan dengan air, gaul dan kacau hingga sebati. Agak-agak likat sikit, jangan terlalu pekat nanti keras. Saya goreng dengan menggunakan sudu. Gunakan api yang sederhana

Cara membuat kuah kacang

  • Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak hingga garing
  • Kemudian, Cabai kering, bawang merah, putih digoreng dengan menggunakan minyak lebihan goreng kacang tanah tad. Sejukkan seketika
  • Masukkan semua yang telah digoreng tadi ke dalam blender. Blend kesemua bahan ini bersama sedikit air. Kalau suka halus boleh blend sampai halus. Saya suka kacangnya yang agak kasar sikit.
  • Panaskan minyak dalam periuk, masukkan kacang dan bahan-bahan yang telah diblend tadi. Kemudian masukkan gula pasir, gula merah, garam. Kalau pekat boleh tambahkan air. Masak hingga kuah agak likat, dan pecah pecah minyak. 
Siap!

Saya memang selalu buat cucur udang ni, senang sangat. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang. Yummy!




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Norjarina said...

Sedaynye cucur udang
www.anakummicomel.blogspot.com

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik