Saturday 6 September 2014

Petua Mendapatkan Anak Lelaki atau Perempuan

Perkongsian ini saya ambil bersumberkan Majalah Pa&Ma (volume 1). Artikel ini saya kongsikan sekadar panduan dan rujukan buat pasangan suami isteri yang mahukan anak. Saya kongsikan dalam blog ini supaya saya juga senang untuk rujuk, mana lah tahu merancang nak hamil lagi lepas ni, dan yang pastinya teringin nak baby girl la pulak kan memandangkan saya dah mempunyai 2 hero ;)
Petua ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki melalui cara semulajadi.

set hamil shaklee

1) Faktor Pemakanan
Anak Perempuan - suami harus membanyakkan makan makanan beralkali seperti sayuran, buah-buahan putih telur, susu, dan sebagainya. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid seperti daging, makanan laut.
Anak Lelaki - suami perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali.

2) Faktor Masa
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu untuk mendapatkan anak perempuan. tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas datang haid, berkemungkinan akan mendapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid

3) Faktor Kedalaman
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya mahukan anak lelaki. Ini disebabkan Gen x (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat ke destinasi dengan pantas, berbeza dengan Gen Y (perempuan yang mana kurang staminanya

4) Faktor Kemuncak
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya, iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan akan mendapat anak lelaki.

5) Faktor Persediaan
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka besama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali

6) Faktor Kedudukan
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri diatas, membantu untuk mendapatkan anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami diatas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.


Walaubagaimanapun yang paling penting adalah doa. Selain daripada petua diatas, pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata boleh mencuba Set Subur Shaklee dan Set Hamil Shaklee supaya sentiasa bertenaga dan sihat ibu dan anak yang dikandung.

p/s : Saya teringin nak anak kembar. Ada petua tak??hihi 




Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik