Friday 5 September 2014

Perlukah Air Kosong diberi Kepada Bayi?


"anak kamu tu haus agaknya, bagi minum air kosong sikit", kata Mak Mah kepada Ani yang baru melahirkan bayi apabila bayinya asyik menangis sahaja. 

Pernah tak ibu-ibu menghadapi situasi sebegini? Saya pernah menghadapinya semasa melahirkan anak sulung saya 3 tahun yang lepas. Nak dibangkang, tak manis la pulak kan. Tapi itu dulu, waktu itu saya pun kurang ilmu, maklumlah anak pertama. Tapi bila melahirkan anak kedua, sekeras-kerasnya saya pertahankan anak saya dari minum air kosong selagi belum berumur 6 bulan. Ini kerana bayi yang baru lahir hanya memerlukan susu ibu sahaja sebagai sumber makanan utamanya, mengapa perlu diberi air kosong?

Ada ibu-ibu yang beranggapan air kosong perlu diberi kepada bayinya, kononnya untuk membilas lidah yag diseliputi kesan susu selepas menyusu. Malah ada juga yang percaya air kosong boleh merawat penyakit jaundis(kuning) yang dialami bayi. Hakikatnya bayi yang berusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan sebarang air tambahan selain susu ibu. Hati-hati kerana ia berisiko meragut nyawa bayi!

Perlu diingat bahawa susu ibu itu sendiri mengandungi 88 peratus air. Jadi bayi tidak memerlukan air tambahan. Bahkan saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuat tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.

Antara masalah yang boleh timbul akibat perbuatan memberi bayi yang berusia enam bulan ke bawah minum air kosong adalah :

1) Mengancam nyawa
Air kosong yang diberi berkemungkinan mengandungi kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Oleh itu, bayi terdedah kepada masalah cirit birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan

2) Menghakis pelindung penyakit
Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong secara berlebihan

3) Sawan tarik
Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.

4) Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan ia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenia khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi

5)Menjejaskan akal

Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.


Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan keatas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan.



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Unknown said...

very good sharing =)
http://tinyurl.com/qesc8tl

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik