Monday 3 November 2014

Resepi Kari Ikan Semilang

Assalamualaikum..

Semalam encik suami balik dari pasar tiba-tiba bawak balik ikan semilang. Terkejut cheq, sebab cheq memang tak biasa masak dan makan pun ikan semilang ni..hehe. Husband suruh masak gulai(kari). Ada beza ke gulai dengan kari eh? rasanya sama je kot, orang Kedah biasa panggil gulai. Kalau belah-belah selatan diorang panggil kari kot. Ye tak? Agaknye jelah. Sebenarnya ikan semilang ni memang tak pernah jumpa lagi sebelum ni kat Belitung ni. Ikan lele(keli) pun jarang sangat jumpa.Kari ikan semilang ni kalau dekat kampung saya kat Kuala Kurau Perak, memang sangat terkenal. Saya yang kampung kat situ pun belum pernah makan sebenarnya, tapi kalau orang luar yang sekali sekala balik kampung, memang wajib katanya pekena gulai semilang ni. Sedap sangat ke ikan semilang ni eh?

Seperti biasa bab siang menyiang ikan ni serah kat encik suami la, tambah ikan yang saya tak biasa makan ni, tak reti la saya nak menyiangnya..haha. Ikan semilang ni seakan akan ikan keli cumanya ikan ni ikan air masin. Saya masak gulai ikan semilang ni macam gulai-gulai ikan sebelum ni, cumanya saya letak terung. Oh lupa nak bagitau yang kat Belitung ni takde sayur bendi..pelik kan? Tapi memang takde, dah tanya siap tunjuk gambar kat orang-orang sini, memang diorang tak pernah tengok sayur jenis ni. Takpe husband cakap balik Malaysia nanti nak bawak biji benih sayur bendi tu, tanam kat sini=) Lagi satu kat sini daun kari pun takde jual. Makanya buat kari xpakai daun kari la..aci jelah kan..haha. Sebenarnya kebanyakkan barang-barang masak, segala rempah-rempah memang saya angkut dari Malaysia..hehe


Resepi Kari Ikan Semilang

Bahan-bahan:

Ikan semilang
Terung
Tomato (kalau ada)
bendi (kalau ada)
Satu paket rempah kari
Sedikit air asam jawa
Santan

Bahan untuk menumis (A)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Rempah ratus 4 serangkai (kulit kayu manis, jintan, bunga lawang, halba)

Bahan untuk dikisar/ditumbuk (B)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
Saya lebih suka tumbuk dari kisar =)

Import dari Kedah ni


Cara-cara:

Tumiskan bahan A hingga garing, angkat dan ketepikan

Dengan menggunakan minyak menumis bahan A tadi, tumis pula bahan B hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah siap dibancuh dengan air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak supaya karinya betul-betul masak. Gunakan api yang sederhana supaya rempah tersebut tidak hangit

Kemudian masukkan air santan, dan ikan semilang, terung.

Bila sudah mendidih dan kuahnya kelihatan pekat boleh lah taburkan bahanA yang telah digoreng tadi.


Ini pertama kali saya makan ikan semilang ni. Rasanya not bad. Ok la, sedap jugak. Tak rasa hanyir macam ikan keli. Bila makan saya rasa macam makan ikan patin la pulak. Agak-agak sedap tak ek kalau ikan semilang ni buat masak tempoyak macam ikan patin? Boleh cuba nanti kan..=)




 Berminat mencuba supplemen Shaklee?
 Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

3 comments:

Unknown said...

Sedapnya ikan semilang ni. kak tun suka yang goreng sambal tu... memang terangkatlah...hihihi...

Vitamin Terbaikku

Unknown said...

mesti sedap kan kalau ikan semilang goreng sambal tu..boleh buat la lepasni =)

Unknown said...

Ikan sembilang nie kalau masak asam pedas pun sedap....latak daun kesum..terangkat!!!

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik