Monday 24 November 2014

Jom Mengenal Haiwan di Zoo Taiping

 Assalamualaikum..

 Dua minggu lepas, iaitu seminggu sebelum cuti sekolah bermula kami berkesempatan membawa anak-anak ke zoo taiping. Memang dah plan sebelum balik dari indonesia lagi balik cuti ni nak bawak anak-anak ke zoo atau bukit merah laketown. Afnan dengan Harith memang dok terija sangat bila tengok binatang dalam tv tu. Tapi diorang pun memang suka sangat kalau mandi manda. Yang ada dalam fikiran nak mandi manda di bukit merah atau pergi zoo taiping, kena pilih salah satu je sebab masa memang pack sangat. Kebetulan memang nak balik rumah tok di kuala kurau, memang dekat sangat la dengan taiping atau bukit merah ni.

Mula-mula ingat nak pergi bukit merah je, lagipun disitu pun ada mini zoo, banyak jugak binatang ada disitu dengarnya. Dalam hati mesti tak ramai lagi kot orang mandi manda sebab cuti sekolah belum nermula. Tapi mak cakap tak sesuai kot bawak budak-budak mandi sana sebab masa limit, kalau mandi kena lama baru puas. Lagipun cuaca macam redup sejak kebelakangan bi takut hujan pulak teritamanya petang.

Jadi kami cancel lah nak mandi di bukit merah, pagi2 terus bertolak ke zoo taiping dari Kedah sebab petang takut hujan pulak kan. Sampai zoo dah tengahari kononnya ingat takda orang sangat lah kan, yelah cuti sekolah belum nermula lagi. Tapi sangkaan kami meleset tengok banyak bas sekolah, penuh dengan murid-murid. Kebanyakkannya murid tadika dan sekolah rendah lepas upsr rasanya. Lama jugak en hubby beratur nak beli tiket..hehe.

Lepas beli tiket tengok kat tempat tunggu train penuh dengan budak-budak sekolah beratur tunggu turn jadi kami ambil keputusan untuk jalan kaki je, lagipun senang sikit harith dengan afnan nampak binatang. Belum sampai 500 meter jalan kaki kami dah mula rasa tak larat dah, dah la lupa nak bawak stroller, jenuh jugak kalau nak dukung si afnan ni. So kami ambil keputusan patah balik, tunggu turn untuk naik train..setengah jam jugak rasanya tunggu turn.


Bila train dah sampai, seronok la afnan dengan harith naik memang harith ni dah mintak2 nak naik keretapi ni. Sepanjang perjalanan driver bawak sampai memperkenalkan binatang yang ada disebelah kanan dan kiri kami. Sebenarnya ni dah kali ketiga kot kami sampai, bila balik umah tok je mesti pergi zoo taiping sekali..hehe


 Naik train sekejap je, dalam 20 minit dah habis pusing. Kalau jalan mau berejam jugak ni. Akhir sekali train berhenti dekat dengan gajah, boleh la tengok lama-lama sikit. Kalau naik keretapi tu afnan macam tak berapa nampak sangat binatangnya. Memang teruja la budak budak ni tengok binatang, siap buat bunyi-bunyi lagi..hehe


Bagi sesiapa yang berdekatan bolehlah bawak anak anak ke zoo taiping sempena cuti sekolah ni:-)






::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

11 comments:

Unknown said...

Mak aii..Bestnya kalau boleh bawak anak2 pi zoo taiping. Kami tak pernah pergi lagi. HArga tiketnya cemana amalina..cerr cita..hihii. Den tingin bona nak g nih.

JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

Unknown said...

Kak Tun pergi zoo Taiping ni masa pregnant ank sulung. Masa tu dah 7 bulan dh. Suami paksa jalan kaki sampai abis keliling zoo. penatnya hanya Allah yang tahu... hihihi..

Nila Anggraini said...

wahh seronoknyer pergi Zoo...tapi tak berkesempatan lagi bawa anak-anak ke Zoo, insaaAllah cuti ini akan bawa mereka Zoo negara. Pasti mereka sanagt gembira.

Jom baca yang ini juga Pentingnya Minyak Ikan Untuk Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

mama hantek said...

Insyaallah kalau ke Taiping, bolehlah ke zoo ni nanti

Nashgal said...

Seronok pergi zoo..zoo Taiping belum jejak lagi..mencari peluang je

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Unknown said...

Zoo Taiping dah lama tak pergi...insyaallah cuti sekolah yang panjang memang ada dalam perancangan nak bawa anak2 pergi zoo.

atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

Unknown said...

Pegi masa cuti bulan 9 sembilan haritu punya la ramai orang..say ni nama jer doktor haiwan tapi pegi zoo jarang sesangat..

Kulit Kering dan Menggelupas

peminatvitamin said...

cuti sekolah ni boleh la bawa anak2 ke sana

SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

faezah mohd said said...

pernah pergi ke sana masa tahun bila xingat,masa tu cuti-cuti malaysia dengan family

ieda dayah said...

tak pernah sampai lagi zoo taiping.. pernah g zoo negara je yang paling jauh la.. best jalan kaki kalau nak tengok haiwan di zoo.. anak2 boleh kenal 1 1 jenis binatang.. kalau naik train, tak semua tempat binatang dia akan lalu..

8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

bysyiraishak said...

Sy plan nak ke zoo utk tgk panda..cute je bila tgk kat.majalah 3 dulu

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik