Sunday 30 November 2014

Pabila Fenomena Air Detox...

Assalamualaikum semua..

Air Detox atau Infused Detox Water ni memang amat digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan yang pastinya sangat mudah nak membuatnya. Perasan tak air detox ni dah jadi fenomena sekarang ni. Sebelum ni fenomena jeruk asam boi, saya yang tengok pun memang teringin sangat nak makan. Dah dapat buat, makan sekali ok la, lepas dah rasa teringin tu. Sekarang ni saya teringin nak buat air detox ni pulak. Iyelah tengok gambar nampak menarik je, macam sedap je..telan air liur kot tengok..hehe. Sebenarnya lama dulu saya pernah buat, tapi just letak buah lemon sahaja dalam air. Ni tengok gambar rupa-rupanya macam-macam boleh campur untuk buat air detox ni. Tapi tengok macam buah-buahan luar je, agak-agak kalau buat buah-buah tempatan jadi tak? Kotla kita campur pisang, nenas, rambutan..agak-agak jadi apa eh?

Air Detox

Bahan yang digunakan untuk membuat air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anngur epal, kulit kayu manis, dan banyak lagi. Rupanya macm-macam kan boleh mixkan.

Kelebihan Air Detox

  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengelakkan sembelit
  • Menurunkan berat badan
  • Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tenaga
  • Membersih dan membina semula sel
  • Mencantikkan kulit dan wajah


Cara Menyediakan Air Detox

1. Potong bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut citarasa anda sendiri

2. Masukkan kedalam jug dan tambahkan ketulan ais

3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jug berkenaan

4. Biarkan semalaman didalam air sejuk


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat! Get ready lah dating dengan encik tandas keesokannya..hehe

Selamat mencuba!





tengok gambar, macam sedap je kan?

Antara kombinasi yang boleh dicuba

senang dan sangat mudah nak sediakannya

Gambar:ihsan en. google

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Fatin said...

Nampak mudah untuk buat. Boleh try nanti!

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik