Wednesday 19 November 2014

Karakter Anak lelaki Yang perlu Anda Tahu


Setiap anak, lelaki atau perempuan, sama ada anak sulong, kedua, ketiga ataupun bongsu mempunyai perbezaan karakter masing-masing. Macam saya yang mempunyai anak kedua-dua hero, walaupun sekarang baru berumur 3 tahun dan 1 tahun setengah, tetapi perangai dan tingkahlaku dua beradik sangat berbeza sejak dari lahir lagi. Iyelah bukan kembar kan. kalau kembar maybe perangai, kemahuan, apa saja benda mesti hampir sama. Yang si abang sangat kuat merap, kuat nangis dari dalam pantang hingga sekarang pun masih kuat menangis. Berbeza dengan adik, tak kuat menangis, orang tua-tua cakap senang jaga lah. Tapi tak semestinya yang kuat nangis, kuat merap itu tidak baik kan, setiap anak ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Saya percaya bagisebagai ibu, kita langsung tidak akan melebihi mana-mana anak, bagi ibu-ibu semua anak mereka sama dan layak mendapat kasih sayang dan keistimewaan yang sama rata tanpa berbelah bahagi.

Hari ini saya akan kongsikan karakter anak lelaki. Sebab anak-anak saya keduanya hero. Tapi berharap jugak mudah-mudahan selepas ni ada rezeki untuk anak dapat anak perempuan pulak. Amin.

• Anak lelaki sangat suka memerhatikan pergerakan tubuh manusia. Mereka menggemari sesuatu yang dinamik dan anak lelaki lebih cepat pandai berjalan.

• Sejak dari kecil, jika diperhatikan bayi lelaki lebih kerap menggeliat, menendang kakinya dan bergerak lebih aktif berbanding bayi perempuan.

• Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.

• Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.

• Dalam satu kajian yang dilakukan kepada bayi berusia 3 hingga 12 bulan mendapati, bayi lelaki lebih pantas memberikan respons positif kepada suara-suara keras. Manakala bayi perempuan pula menunjukkan reaksi takut bila mendengar bunyi-bunyian yang agak keras dan garang itu. Ini jelas membuktikan bahawa anak lelaki lebih berani berbanding perempuan.


Keperluan Si Anak Lelaki
Dalam budaya masyarakat kita hari ini, anak lelaki sering dinasihatkan agar tampil berani, selalu menang dan tidak boleh menangis. Jadi siapa yang harus disalahkan jika si anak lelaki bersikap agak kasar dan lasak? Sebagai ibu bapa, kita boleh menyampaikan nilai-nilai yang ingin ditanamkan dalam diri anak secara tidak langsung atau secara perkongsian pengalaman.

Awalnya, anak lelaki memiliki sikap terbuka yang sama seperti anak perempuan. Sebenarnya nilai-nilai positif mudah disampaikan kepada anak-anak yang masih kecil. Contohnya, ketika anak lelaki anda sedang bersedih, anda boleh mendekatinya dengan berkata; "Kenapa abang sedih? Ibu rasa lega kalau abang nak berkongsi masalah dengan ibu. Mungkin ibu boleh tolong?"

Hanya dengan dialog sedemikian, anda boleh mengenali emosinya sekali gus mengajarnya untuk saling berkongsi. Persiapkan anak lelaki anda untuk menghadapi pelbagai tekanan sosial sepanjang hidupnya, terutamanya yang berkaitan dengan tuntutan masyarakat agar senantiasa menjadi individu yang tegar. Jadi, penanaman nilai-nilai positif ini harus terus diperkukuhkan sehinggalah si anak dewasa.

Secara perlahan-lahan buka peluang kepada anak lelaki anda untuk berbicara tanpa dibayangi sikap terburu-buru. Mungkin anda boleh mengambil kesempatan untuk berbual sewaktu anak anda baru pulang dari sekolah atau sewaktu menghantarnya ke sekolah.

Rutin ringkas ini akan memberi kesempatan kepada anak lelaki anda untuk belajar bersikap terbuka.


Alhamdulillah anak-anak lelaki saya jarang berebut, buat adik. Ada juga saya tengok yang si abang selalu buat adik, selalu buat adik menangis. Tapi kalau anak saya ni nampak setakat ni si adik pulak yang lagi kasar dari abang. Kadang-kadang adik pulak yang rebut mainan dan tolak abang haha. Dah la si adik lagi berisi, kuat makan. Yang si abang ni kurang makan, lembut sikit compare dengan adik dia..hehe. Apa-apa pun sebagai ibu, saya rasa sangat bahagia bila anak-anak pandai bermesra sesama mereka, gelak ketawa, lari-lari bersama. Semoga ikatan kemesraan sebegini kekal hingga selamanya..aminn.


SET ANAK PINTAR SHAKLEE


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

16 comments:

mama hantek said...

Setuju dgn apa yang dinyatakan. Kedua2 anak lelaki saya sukakan pergerakan dan juga lebih sukar utk dipujuk apabila tersentuh hati. Terima kasih dgn info

Unknown said...

Anak sulung zoe lelaki. Memang kuat menangis juga,dr dlm pntang sampai skarang umurnya 3tahun 3bulan.Adil nya pula perempuan berumur 1 tahun setengah.memang berbeza juga perwatakan mereka berdua.adik nya lebih senang dijaga.kurang menangis..

resepi hati ayam goreng kicap

rosnaziana said...

Anak lelaki saya 5y dan 4y..perangai memang sama macam kembar..mainan kalau beli memang 2 sebab xnak berebut..hehe..bab sembang-sembang memang hari-hari amalkan supaya kami tetap boleh berinteraksi untuk tidak berselindung andai ada rasa xpuas hati..almaklumlah kawan gaduh hari-hari dengan mama..hihi


Resepi Cheeskut Sedap Hingga Menjilat Jari

Unknown said...

hihi...anak lelaki dan perempuan memang banyak beza...anak perempuan memang manja lebih, tapi anak lelaki tak suka dipeluk, kalau ada masalah suka pendam...itulah perangai anak-anak saya.

Unknown said...

Anak lelaki saya lasak dia tu kemain. Kekadang letih tengok gelagat dia yang tak tau dok diam. haha..Tapi bila tak dak, sunyi sangat2..

JommSihatDanCantik -> VITAMIN HAMIL TERBAIK

Ain Ridzuan said...

Ooo... patutlah.. anak saya yang lelaki tu kuat betul merajuk.. ingatkan terlebih kasih sayang.. hehhe

iras said...

Sy dh 3 hero ni pn lasak..letih mak nak
Jemput baca: Bagaimana Kekal Slim Selepas Bersalin Agar Baju-Baju Lama Muat Dipakai

Akak Vitamin said...

Aah banyak yang betul. Hehe

Unknown said...

Tak da anak lg.. Tpi Tgk adik lelaki Mmg mcm tu perangai.. Nak menang je.. Huhu
Ayam goreng berempah buatku tak tidur malam

Nila Anggraini said...

Saya tak ada lagi anak lelaki...berharap juga nak ada anak lelaki. Tapi karekter anak lelaki memang berbeza..sebab anak buah saya punyai sikap yang sangat macho...bila lah agaknya saya ada anak lelaki.

bahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja

Unknown said...

belum ada anak lelaki lagi

peminatvitamin said...

TQ atas perkongsian...info menarik pasal ank lelaki

bahayanya HB rendah

bysyiraishak said...

Belum ada cahayamata lg..insyallah soon

SAKIT TEKAK TAPI TAKNAK JUMPA DOKTOR

Nashgal said...

Dah ada 3 puteri, putera belum lagi..semoga ada rezeki dapat baby boy kali ni.

Tips Penyusuan Untuk Ibu Bekerja

Unknown said...

Anak buah saya yang lelaki pun suka bila ramai orang..mungkin sebab kat rumah dia dengan mama dia je..ayahnya jauh kat sarawak..

NAK SIHAT DAN CANTIK MEH BACA SINI

Unknown said...

Anak2 lelaki saya beza umur 2 tahun.. memang berbeza ragam dan kerenah. Tapi punyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri..

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik