Sunday 29 September 2013

Afnan Hakimi Bin Mohd Suhaimi

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama dah sebenarnya nak tulis pasal nie..mengenai pengalaman kelahiran baby kedua..AFNAN HAKIMI..sebelum terlambat dan terlupa detik2 kelahiran baby afnan ni, lebih baik cepat2 tulis dalam diari ni kan..:)

Alkisahnya....

Masuk 39w..takda sebarang tanda2 nak bersalin lagi..risau pun ada waktu ni..yelah takut jadi macam masa bersalinkan Harith dulu..niena 'dipaksa' untuk bersalin sebab dah overdue..setiap masa berdoa supaya bersalin kali nie dipermudahkan..dan berdoa jugak mudah-mudahan cepat lah keluar baby ni :)
Ingat lahi masa tu hari isnin..malam tue mak ngah dan keluarga ada mai rumah..dok bersembang2 dengan mak abah samp nak dekat pukul 11 malam jugak baru balik..pastu malam tue niena ingat yang kawan ada bagi akar siti khadijah yang suami dia beli kat mekah..akar ni dah siap doa dan bagi memudahkan lagi untuk bersalin. Malam tu niena pun rebus la akar tu seperti yang diberitahu oleh kawan niena tu. lepas rebus akar tu akar tu jadi kembang..owhh patut la orang cakap memudahkan bersalin..supaya laluan kita cepat buka/mengembang..macam akar tu. Niena pun minum airnya lebih kurang satu jug kecil jugak la. Warnanya perang2 seakan2 tea dan rasanya pun lebih kurang tea yang tak letak gula..pahit2 sikit, tapi telan jugak bagi habis sambil selawat dan niat dalam hati. Lepas minum tu niena terus masuk tido.

Dalam pukul 1 pagi macam tu, perut mula rasa tak selesa..tidur memang dah sejak akhir2 ni memang tak lena dah. Niena bangun p tandas tengok kot2 ada turun darah ker..tapi takda pulak. Sambung tidur balik tapi rasa tak selesa..rasa lenguh2 pinggang macam senggugut/time mai period tu tapi boleh tahan lagi..cuba jugak pejam mata..terpikir jugak..nak bersalin dah ke aku ni?? biar dulu la..tahan je lagi..tapi sambil2 tu memang dok tengok jam, nak tengok kerap tak sakit tu datang. sebab sebelum ni pernah jugak sakit macam ni sampai tak boleh tido tapi tak lama lepas tu elok jer. tapi kali ni niena rasa sakit makin lama makin kerap. dua tiga kali jugak bangun tengok kot2 ada keluar darah tapi takda pun. Ingat nak jugak kejut mak abah tapi disebabkan tak dak sebarang tanda lagi..biar lah dulu. kalau p hospital sekarang takut nanti lama pulak dok sakit sorang2 kat sana, sebab selalu orang cakap biar tak tahan sangat baru p hospital.

Lebih kurang pukul 3.30 macamtu dok rasa sakit macam makin lama makin kerap jer, terus niena bagitau mak abah nak p hospital..tapi cakap kat mak tak la sakit sangat2 lagi macam nak besalin kat Harith dulu. Abah pun dok ingat lambat lagi nak bersalin bawak kereta pun rilek2 jer..tak masuk jalan highway pun..boleh singgah isi minyak lagi!!hehe. Dah la nak bersalin kali ni kat sg petani (30min dari rumah ikut highway. dalam hati dok berzikir jelah time contraction datang. Bila contraction datang jer memang menggigil la dok tahan jer..huhu. Tapi sebelum p tu dah sms suami cakap nak p hospital..tapi no respon!!mesti tido mati ni :(

Sampai je kat tempat bersalin (wisma pakar perbidanan dan sakit puan sg. petani) terus bunyikan loceng sebab gate tutup malam2. lepas tekan loceng dua kali gate pun bukak niena terus ke kaunter cakap nak bersalin. Nurse kat situ ambil report kad pastu dia suruh pergi kencing dulu. dengar jugak dia telefon doktor Dr. Zainol). Masuk jer dalam labor room nurse suruh baring dan terus cek bukaan..terkejut nurse tu cakap dah bukak 7-8cm dah..dia cakap kalau u lewat sikit lagi ni bersalin dalam kereta la jawabnya..huhu. Nurse terus uruskan procedure untuk bersalin sementara tnggu doktor sampai. dalam beberapa minit lepas tu doktor sampai terus proceed untuk bersalin..ambil nafas sebanyak yang mungkin dan alhamdulillah dalam tiga kali teran keluarlah baby boy :) Lepas je baby dah keluar niena terus niena rasa mengantuk..dan tertido pun!!haha. memang tak sedar dan rasa dah proses2 selepas tu. 5.20 pagi bersalin.

Lebih kurang pukul 7 pagi niena tersedar bila nurse buka jarum kat tangan yang drip masa lepas sebelum bersalin tadi. Bangun terus disorong masuk bilik..dalam bilik mak, abah ngan harith ada dah. Harith dok melompat2 jer seronok dok dalam bilik pastu nak naik atas katil dekat umi. tak lama lepas tu baru nurse hantar baby masuk..subhanallah tembamnya! 3.6 kg ok!! alhamdulillah niena bersalin normal..dan bersalin kali ni sangat2 mudah. syukurr..Lebih kurang pukul 9pg suami sampai dan terus azankan baby..






ALHAMDULILLAH!!!

ALHAMDULILLAH!!!

ALHAMDULILLAH!!!


Assalamualaikum..

Bismillahhirrahmanirrahim..

fuhhh almost 6 bulan jugak la blog ni menyepi..bukan tak ingat..nak menulis dalam diari ni selalu ada tapiii...masa tu yang tak menyempat. Yelah even as a housewife pon, kerja-kerja rumah memang takkan pernah habis+ jaga my hero dua orang ni..

Sapa kata dok umah ni senang..boleh rilek2?? sebenarnya..jadi suri rumah ni lah paling banyak kerja tau..dari bangun pagi..sampai lah nak pejam malam malam karang..fuhh sangat mencabar dengan kerja rumah..dengan nak melayan anak2 yang tengah lasak lagi..tapi..seronok sebab tak terikat dengan sapa2 kan..nak pergi jalan/bercuti anytime pon boleh tak payah nak apply2 macam orang kerja tu kan..and yang bestnya..dapat tengok anak2 membesar depan mata..dapat tengok setiap perkembangan anak2..dapat masak n suap sendiri makan anak2..ermm rasa puas sangat :)




I ENJOY AS A HOUSEWIFE!!!

I LOVE MY FAMILY!!!

Sunday 24 February 2013

esp oh esp

Bismillah.

Bulan ni buat entry pasal shaklee jer..niena bukan jual..cuma pengguna jer dulu setakat ni..tak tau la kot esok2 join jadi member plak kan..sebab macam dah jatuh cinta dengan produk2 keluaran shaklee ni. Tapi sebelum kita nak jual, kita mesti la kena guna and rasa dulu dia punya tindak balas kan..dah ada pengalaman sendiri baru lah senang nak guide orang kan..

Hmm tak ingat dah sebenarnya kenal esp ni dari mana..dalam facebook gak kot. Yelah sekarang ni kan ramai orang buat bisnes online..tapi yang pastinya lepas try esp ni terus jatuh cinta..niena start minum esp ni sejak kandungan trimester kedua kalo tak silap dan berterusan sampailah sekarang (38 weeks) dan inshaaAllah akan berterusan jugak sampailah lepas bersalin nanti..

Esp ni rasa soya..sedap..boleh campur dengan mana2 jer minuman kegemaran kita kecuali tea dan kopi..tapi niena lagi suka campur dengan susu..ermm rasa macam pure soya..sangat sedap okeyy..

Ok la rsanya setakat ni dulu kot..kejar masa ni.
Tulis sambil goreng ikan..huhu (pun boleh kan?hihi)



esp oh esp

Bismillah.

Bulan ni buat entry pasal shaklee jer..niena bukan jual..cuma pengguna jer dulu setakat ni..tak tau la kot esok2 join jadi member plak kan..sebab macam dah jatuh cinta dengan produk2 keluaran shaklee ni. Tapi sebelum kita nak jual, kita mesti la kena guna and rasa dulu dia punya tindak balas kan..dah ada pengalaman sendiri baru lah senang nak guide orang kan..

Hmm tak ingat dah sebenarnya kenal esp ni dari mana..dalam facebook gak kot. Yelah sekarang ni kan ramai orang buat bisnes online..tapi yang pastinya lepas try esp ni terus jatuh cinta..niena start minum esp ni sejak kandungan trimester kedua kalo tak silap dan berterusan sampailah sekarang (38 weeks) dan inshaaAllah akan berterusan jugak sampailah lepas bersalin nanti..

Esp ni rasa soya..sedap..boleh campur dengan mana2 jer minuman kegemaran kita kecuali tea dan kopi..tapi niena lagi suka campur dengan susu..ermm rasa macam pure soya..sangat sedap okeyy..

Ok la rsanya setakat ni dulu kot..kejar masa ni.
Tulis sambil goreng ikan..huhu (pun boleh kan?hihi)



Harith dan Meal shakes

Bismillah...

Kalau sebut jer shaklee mesti semua orang pernah dengar kn? Mesti ramai jugak yang dah menggunakannya...

Tapi ni first time nina beli Mealshakes shaklee..kalau nak tau kebaikan leh la google..nti mesti banyak keluar testi yang bagus2.

Ok la alkisahnya niena beli meal shake ni untuk anak bujang niena ni ha..susah sangat nak makan..asyik nak main jer. Normal la kot bagi budak2 yang tengah lasak nak membesar kn.. tapi kita sebagai ibu mesti susah hati kalo anak tak mau makan..sebelum ni dah try bagi appeton lysene untuk menaikkan selera.
Dah habis sebotol pun tapi macam tak jalan jer so niena decide nak try mealshakes ni la pulak..dengan harapan lepas ni selera harith makin bertambah..tak kejar2 lagi bila nak suap makan..:)




Harith dan Meal shakes

Bismillah...

Kalau sebut jer shaklee mesti semua orang pernah dengar kn? Mesti ramai jugak yang dah menggunakannya...

Tapi ni first time nina beli Mealshakes shaklee..kalau nak tau kebaikan leh la google..nti mesti banyak keluar testi yang bagus2.

Ok la alkisahnya niena beli meal shake ni untuk anak bujang niena ni ha..susah sangat nak makan..asyik nak main jer. Normal la kot bagi budak2 yang tengah lasak nak membesar kn.. tapi kita sebagai ibu mesti susah hati kalo anak tak mau makan..sebelum ni dah try bagi appeton lysene untuk menaikkan selera.
Dah habis sebotol pun tapi macam tak jalan jer so niena decide nak try mealshakes ni la pulak..dengan harapan lepas ni selera harith makin bertambah..tak kejar2 lagi bila nak suap makan..:)




Friday 22 February 2013

Set berpantang mana yang jadi pilihan??

bismillah...

assalamualaikum..

setelah hampir 2bulan kot tak updated ini blog..huhu. Punyalah lama ambil masa nak updated.. Idea kadang2 tu macam2 jer nak tulis..tapi bila mood tak 'mariiii'..apa pun tak jadi..hu2.

Alkisahnya kali nie..niena nak cerita pasal set berpantang yang jadi pilihan hati kali nie..untuk second baby nie..yelah dulu masa first pregnant tak tau apa lagi..main ikut jer..kali nie..dari awal pregnant dah search macam2 dah..dari bab pregnant sampai lah bab berpantang..hehe. Tak susah mana pun kan, sekarang nie segalanya ada di hujung jari..cuma nak dengan tak nak jer..nak beli apa2..nak dapatkan apa2 pun sangatlah senang zaman sekarang ni..main klik2 jer..tengok2 dah sampai depan rumah. Tapi make sure fulusnya kena ada la..hihi.

Ok..setelah beberapa bulan di survey2..baca testi macam2..akhirnya dengan ini niena telah memilih untuk mengambil set berpantang SHAKLEE!!! Sebabnya bila baca dalam internet, blog2 ramai yang bagi feedback yang amat baik pasal shaklee ni..tak kisah la sama ada set berpantang ke..slimming ke..macam2 lagi lah..

Tadaaa....




Selain dari tue..kalau baca testi bab set berpantang nie..salah satu yang niena berkenan adalah TANAMERA..kalo baca testi ramai yang guna pun memang bagi feedback yang positif..sebabnya,,tanamera nie 100% dari bahan semulajadi..so memang boleh guna walaupun anak ada jaundis sebab dia tak panas macam jamu2 lain..Lagipon tanamera dia ala2 spa gitu..

Niena beli jugak set pantang tanamera ni..tapi niena amik loose item jer..tak ambik satu set pun sebab beli yang niena rasa betul2 nak guna jer..takut beli satu set tak terguna plak nanti..lagipon ada setengah barang dalam set tue niena dah ada..macam bengkung. dalam set ni niena cuma ambil herbal bath, feminine herbal bath,massage oil, brown soap dan vco sahaja. Vco ni niena dah start guna dari week 36 lagi..sapu kt miss v, perut dan minum sehari sekali. orang cakap untuk minimakan pengoyakan dan sebagai munyak selusuh..Kita ikhtiar jelah mudah2an Allah permudahkan nak bsalin nanti..Amiin..

Nie lah dia...


:: sekarang niena dah 38w :) ::

Wednesday 23 January 2013

Thanks hubby!

salam..

Adoii lamanya xupdated blog ni..dah bersawang habis ni,hu2.
Alkisahnya..minggu lepas hubby balik kampung, dan yang tak sangkanyanya leh plak dia buat surprise kat niena..

malam tu jugak dia suruh niena bukak beg dia n katanya ada something special dalam beg tu. niena apa lagi dengan xsbarnya terus p bukak beg tu..(padahal dah sedap landing atas katil time tu tp sebab surprise punya pasal sanggup bangun,kalo x jangan harapla kan..hihi)

And tadaaaa...rupanya hubby belikan samsung galaxy s3 kat niena..happy+terhar
u sangat..yelah benda tak jangka pn kan..bagi niena hp blackberry yang niena guna pn dah ok sangat2. tapi hubby cakap sebagai special present,yelah b4 no mana pernah bagi apa2 yang special pn.




'abang, ayg tak kisah pun sebenarnya psal hadiah2 ni..cukup la kasih sayang dan perhatian yang abg bagi kat kami anak beranak..ayg+harith+baby sayang abah sangat2' :)

Semoga rumahtangga dan keluarga yang kita bina sentiasa diberkati dan diredhai ALLAH...ameen..


Iklan Pilihan

Jom la klik