Monday 25 May 2015

Kehamilan Yang Ketiga

 Assalamualaikum..

Aduhh lamanya tuan tanah kedaung tak jenguk rumah! ni baru ada kekuatan angkut segala mesin rumput, cangkul bagai nak tebas dan bersihkan balik rumah ni..kesian..

Buat buku merah je terus kena minum air gula..huhu




Cuma nak bagitau, ketika saya post entry ni, alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk merasai peluang hamil lagi sekali, yang ketiga. Alhamdulillah ketika ni kehamilan dah masuk 19 minggu. Betullah cakap orang setiap pengalaman kehamilan adalah berbeza-beza. Sama juga macam saya. Hamil yang ketiga ni alahannya sangat berbeza dan lain macam berbanding dengan dua kehamilan sebelum ni. Mengandung kali ni saya sangat suka makan asam-asam, senang cakap kat dalam peti ais tu sentiasa ada stok buah pelam muda dan kuah rojak untuk menyicah. Lagi satu orang mengandung selalu alami morning sickness kan? Tapi saya rasa saya ni kena evening sickness kot sebab asal petang sampai malam je mesti pahit tekak, pening, loya, muntah-muntah..memang terbaring je terutamanya masa trimester pertama. Pagi-pagi boleh pulak makan segala macam, tak pahit mulut pun.

Limau kasturi + asam boi

Saya detect mengandung ni masa kat Indonesia, pelik sebab en P tak datang-datang kan dah seminggu lebih. Lepastu terus pergi Apotik (farmasi) beli upt test, balik rumah terus test..punyalah tak sabar kan? hihi. Dah agak, naik 2 line! Saya dan suami sama-sama excited dan gembira. Alkisahnya memang plan dah ready nak mengandung, tapi tak sangaka secepat ni, alhamdulillah syukur sangat. Elok-elok 2 tahun dah umur Afnan masa lekat ni =) Masa ni saya di Indonesia, punyalah teringin nak menyicah, makan buah masam-masam tapi kat sana takda musim buah pelam..huhu. Setiap hari saya hanya makan limau nipis salut asam boi je nak bagi hilang teringin tekak ni. Ubat apa pun tak makan, mujurlah saya memang pengguna tegar Shaklee, jadi saya hanya bergantung pada vitamin B Complex dan vitamin C yang ada sahaja. Pernah jugak saya pergi ke farmasi situ tanya vitamin b complex/asid folik untuk hamil tapi diorang cakap takda, diorang cakap ibu hamil kat sana hanya makan ubat yang saya tengok bentuk softgel, fish oil agaknya, apa entah namanya lupa plak.

Masuk kandungan 3 bulan lebih suami hantar saya dan anak-anak balik ke Malaysia, dok di kampung ni senang sikit kan nak chek up, makan vitamin dan yang paling saya suka sebab nak makan apa sahaja yang teringin terus je boleh dapat..Alhamdulillah. Teringin je makan apa-apa pun mesti mak akan masakkan atau cari buah-buah yang rasa nak makan di pasar malam.
Sampai-sampai apa lagi, terus bukak buku pink dan terus kena minum air gula..huhu. Sabar jelah. Lepa tu macam biasa lah rutin chek up ke klinik kesihatan setiap sebulan/2 minggu sekali.

Pelik lah ibu mengandung ni, menghadap skrin handphone lama-lama pun tak boleh, rasa angin naik ke kepala terus nk meloya. Ok jumpa lagi..

Bai

**Doakan saya dapat anak perempuan pulak, dah ada dua hero..mana aci geng abah jer kan. Ummi pun nak ada geng jugak ;)


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik