Sunday 29 September 2013

Afnan Hakimi Bin Mohd Suhaimi

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama dah sebenarnya nak tulis pasal nie..mengenai pengalaman kelahiran baby kedua..AFNAN HAKIMI..sebelum terlambat dan terlupa detik2 kelahiran baby afnan ni, lebih baik cepat2 tulis dalam diari ni kan..:)

Alkisahnya....

Masuk 39w..takda sebarang tanda2 nak bersalin lagi..risau pun ada waktu ni..yelah takut jadi macam masa bersalinkan Harith dulu..niena 'dipaksa' untuk bersalin sebab dah overdue..setiap masa berdoa supaya bersalin kali nie dipermudahkan..dan berdoa jugak mudah-mudahan cepat lah keluar baby ni :)
Ingat lahi masa tu hari isnin..malam tue mak ngah dan keluarga ada mai rumah..dok bersembang2 dengan mak abah samp nak dekat pukul 11 malam jugak baru balik..pastu malam tue niena ingat yang kawan ada bagi akar siti khadijah yang suami dia beli kat mekah..akar ni dah siap doa dan bagi memudahkan lagi untuk bersalin. Malam tu niena pun rebus la akar tu seperti yang diberitahu oleh kawan niena tu. lepas rebus akar tu akar tu jadi kembang..owhh patut la orang cakap memudahkan bersalin..supaya laluan kita cepat buka/mengembang..macam akar tu. Niena pun minum airnya lebih kurang satu jug kecil jugak la. Warnanya perang2 seakan2 tea dan rasanya pun lebih kurang tea yang tak letak gula..pahit2 sikit, tapi telan jugak bagi habis sambil selawat dan niat dalam hati. Lepas minum tu niena terus masuk tido.

Dalam pukul 1 pagi macam tu, perut mula rasa tak selesa..tidur memang dah sejak akhir2 ni memang tak lena dah. Niena bangun p tandas tengok kot2 ada turun darah ker..tapi takda pulak. Sambung tidur balik tapi rasa tak selesa..rasa lenguh2 pinggang macam senggugut/time mai period tu tapi boleh tahan lagi..cuba jugak pejam mata..terpikir jugak..nak bersalin dah ke aku ni?? biar dulu la..tahan je lagi..tapi sambil2 tu memang dok tengok jam, nak tengok kerap tak sakit tu datang. sebab sebelum ni pernah jugak sakit macam ni sampai tak boleh tido tapi tak lama lepas tu elok jer. tapi kali ni niena rasa sakit makin lama makin kerap. dua tiga kali jugak bangun tengok kot2 ada keluar darah tapi takda pun. Ingat nak jugak kejut mak abah tapi disebabkan tak dak sebarang tanda lagi..biar lah dulu. kalau p hospital sekarang takut nanti lama pulak dok sakit sorang2 kat sana, sebab selalu orang cakap biar tak tahan sangat baru p hospital.

Lebih kurang pukul 3.30 macamtu dok rasa sakit macam makin lama makin kerap jer, terus niena bagitau mak abah nak p hospital..tapi cakap kat mak tak la sakit sangat2 lagi macam nak besalin kat Harith dulu. Abah pun dok ingat lambat lagi nak bersalin bawak kereta pun rilek2 jer..tak masuk jalan highway pun..boleh singgah isi minyak lagi!!hehe. Dah la nak bersalin kali ni kat sg petani (30min dari rumah ikut highway. dalam hati dok berzikir jelah time contraction datang. Bila contraction datang jer memang menggigil la dok tahan jer..huhu. Tapi sebelum p tu dah sms suami cakap nak p hospital..tapi no respon!!mesti tido mati ni :(

Sampai je kat tempat bersalin (wisma pakar perbidanan dan sakit puan sg. petani) terus bunyikan loceng sebab gate tutup malam2. lepas tekan loceng dua kali gate pun bukak niena terus ke kaunter cakap nak bersalin. Nurse kat situ ambil report kad pastu dia suruh pergi kencing dulu. dengar jugak dia telefon doktor Dr. Zainol). Masuk jer dalam labor room nurse suruh baring dan terus cek bukaan..terkejut nurse tu cakap dah bukak 7-8cm dah..dia cakap kalau u lewat sikit lagi ni bersalin dalam kereta la jawabnya..huhu. Nurse terus uruskan procedure untuk bersalin sementara tnggu doktor sampai. dalam beberapa minit lepas tu doktor sampai terus proceed untuk bersalin..ambil nafas sebanyak yang mungkin dan alhamdulillah dalam tiga kali teran keluarlah baby boy :) Lepas je baby dah keluar niena terus niena rasa mengantuk..dan tertido pun!!haha. memang tak sedar dan rasa dah proses2 selepas tu. 5.20 pagi bersalin.

Lebih kurang pukul 7 pagi niena tersedar bila nurse buka jarum kat tangan yang drip masa lepas sebelum bersalin tadi. Bangun terus disorong masuk bilik..dalam bilik mak, abah ngan harith ada dah. Harith dok melompat2 jer seronok dok dalam bilik pastu nak naik atas katil dekat umi. tak lama lepas tu baru nurse hantar baby masuk..subhanallah tembamnya! 3.6 kg ok!! alhamdulillah niena bersalin normal..dan bersalin kali ni sangat2 mudah. syukurr..Lebih kurang pukul 9pg suami sampai dan terus azankan baby..






ALHAMDULILLAH!!!

ALHAMDULILLAH!!!

ALHAMDULILLAH!!!


Assalamualaikum..

Bismillahhirrahmanirrahim..

fuhhh almost 6 bulan jugak la blog ni menyepi..bukan tak ingat..nak menulis dalam diari ni selalu ada tapiii...masa tu yang tak menyempat. Yelah even as a housewife pon, kerja-kerja rumah memang takkan pernah habis+ jaga my hero dua orang ni..

Sapa kata dok umah ni senang..boleh rilek2?? sebenarnya..jadi suri rumah ni lah paling banyak kerja tau..dari bangun pagi..sampai lah nak pejam malam malam karang..fuhh sangat mencabar dengan kerja rumah..dengan nak melayan anak2 yang tengah lasak lagi..tapi..seronok sebab tak terikat dengan sapa2 kan..nak pergi jalan/bercuti anytime pon boleh tak payah nak apply2 macam orang kerja tu kan..and yang bestnya..dapat tengok anak2 membesar depan mata..dapat tengok setiap perkembangan anak2..dapat masak n suap sendiri makan anak2..ermm rasa puas sangat :)




I ENJOY AS A HOUSEWIFE!!!

I LOVE MY FAMILY!!!

Iklan Pilihan

Jom la klik