Antara masalah utama yang sering terjadi dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi adalah payu dara bengkak. Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi. Tipulah kalau saya kata saya tak pernah merasainya kan. Saya juga seperti ibu-ibu lain pernah merasa bengkak susu terutamanya semasa dalam pantang. Maklumlah susu waktu tu memang tengah banyak kan, anak pula hisap sikit-sikit dan sekejap-sekejap sahaja.

Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu, akan segera mengepam payu dara. Saya juga buat begitu jika mengalami bengkak susu, cepat-cepat cari pam. Yelah tak tahan kot rasa bengkak susu tu, sampai mengigil dibuatnya. Silap-silap boleh demam tau. Tetapi tahukah anda yang ia sebenarnya bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Bahkan ia mungkin membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang dipam tidak keluar.

Sebenarnya hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu. Selain daripada itu ada beberapa tip lain yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mengalami bengkak susu.
  • Sentiasa memakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia padan dan tidak terlalu ketat.

  • Susukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua belah payu dara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payu dara sebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan payu dara yang terakhir dihisap. Aerola yang keras menyukarkan pelekapan bayi dengan betul. Oleh itu perah dengan tangan atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.

  • Tuam payu dara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah turut membantu melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu.

  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payu dara.

  • Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ia tidak akan memburukkan keadaan.

  • Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting. Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.
 
Lecithin merawat bengkak susu

  • Ibu-ibu juga boleh mengambil supplemen Shaklee iaitu Lecithin untuk merawat masalah bengkak susu. Antara Kebaikan Lecithin pada ibu menyusu
  • --Membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat
  • --Membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
  • --Membantu ibu mengatasi masalah lupa atau short memory yang biasa dilalui selepas melahirkan
  • --Membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkambangan otak bayi
 Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant) ;

“Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin  per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.”