Tuesday 25 November 2014

Antara Petua Yang Boleh Dibuat Berasaskan Sayuran


Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.

Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.

Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.

Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi  yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.

Cuba periksa dalam peti ais anda, saya rasa kebanyakkan sayur yang disebutkan diatas mesti ada dalam simpanan kita kan. Haa, senang je bolehlah  mencuba petua yang telah dikongsikan tadi ;)

 credit



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

10 comments:

bysyiraishak said...

Baru je makan daun salad dan timun masa makan malam td..kalau 2 sayur tu takde, kurangla ummpph laksa tu...

Akak Vitamin said...

Saya memang suka sayur. Kadang tak sempat sangat celur je pun dah sedap :) asalkan ada sayur. Kalau tak, rasanya tak lengkap pemakanan seharian

Nila Anggraini said...

Banyak manfaat mengambil sayuran ini...selain ianya bekhasiat ianya juga bermanfaat untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.
Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat sekali dear amalina.



rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

Unknown said...

Semulajadi dan senang diperolehi.jom amalkan..

Tips Cepat Hamil

Unknown said...

Saya memang suka makan sayur, tapi sayur sekarang pun dah mahal...hihi

ketahui kepentingan kalsium

peminatvitamin said...

selain dari dibuat makanan boleh juga untuk kecantikan

SET SLIMMING PUJAAN HATI

Unknown said...

Bagus kan sayur2 ni... macam2 boleh buat...

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

Unknown said...

Kami satu famili suka makan sayur campur. Tak kiralah sayur apa pun. Kekadang ratah macam tu ja. Nak lagi sedap, taruh udang sedang besar banyak2...fuhhh !!

JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

ieda dayah said...

suka dengan sayur kacang.. banyak manfaat yang kita boleh dapat dari sayuran kan..

CARA ATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

mama hantek said...

Wahhh banyak info baru...menarik sekali. Thanks dear

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik