Wednesday 30 April 2014

Energizing Soy Protein (ESP) untuk KURUS



Bismillahirrahmanirrahim..



Mesti anda semua pernah dengar ESP dari SHAKLEE kan? Rata-rata yang ada facebook/twitter/instagram mesti dah tahu mengenai esp ni. yelah setiap masa mesti ada orang yang akan share pasal esp ni kan.

Untuk pengetahuan, esp lah mula-mula produk yang saya cuba, dan sampai ke hari ni saya masih setia dengan esp. dan dari esp ni lah saya kenal shaklee dan lain-lain vitamin shaklee ni.

Ok kenapa saya kata ESP ni boleh kurus? Sebab melalui pengalaman saya masa hamil anak kedua, berat saya masa mengandung tak lah naik mendadak macam mengandungkan anak pertama dulu. Masa anak pertama dulu tak jumpa dan tak kenal lagi ESP ni. Memang makan semakannya lah kan. Asal lapar je mesti makan makanan berat, sebab tulah berat pun naik dengan jayanya! huhu.

Tapi masa mengandungkan anak kedua ni, saya dah pandai control berat dah. Berat pun naik cantik je setiap kali chek up. Sebabnya..sebab ESP ni lah..bila lapar saya akan bancuh ESP dengan mana-mana minuman kegemaran saya. Jadi tak lah asyik nak makan nasi..nasi..nasi..

Dan..bukan saja dapat control berat badan saja, ada extra benefit lagi yang saya dapat. Bertenaga dan cergas sepanjang mengandung (sebab harith masa tu baru nak masuk setahun, asyik merap jer). Mana nak bawak perut lagi, nak layan karenah harith lagi.. Dan yang saya perasan, kulit baby masa lahir..masyaAllah..sangat-sangat gebuss ok. Putih melepak! Berbeza dengan abangnya dulu. Sampai sekarang kulit afnan gebu, sampai orang tanya, masa pregnant dulu suka tengok cerita cina/korea ker? ada kawan saya cakap Afnan macam budak korea!! haha











Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
 atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Berpantang Selepas Bersalin

 Bismillahirrahmanirrahim..

Bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan, pengalaman berpantang merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna bagi seseorang wanita.  Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut. 


Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa. 

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:

-Bidan kampung
-Pengasuh Khusus
-Emak sendiri/emak mertua 

Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari. Namun begitu beberapa amalan utama semasa berpantang masih diamalkan sehingga sekarang seperti :
-Bengkung
-Mengurut
-Bertungku
-Jamu
-Mandian herba dan akar kayu


Credit to :



Ingin merasai berpantang dengan menggunakan Set Berpantang Shaklee?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com 
Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 26 April 2014

Set Resdung SHAKLEE : Tanda-tanda resdung


Bismillahirrahmanirrahim..

Apa itu RESDUNG?





Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Resdung adalah radang pada saluran pernafasan yang disebabkan jangkitan pada rongga hidung. Keadaan ini menyebabkan banyak bendalir atau mukus dihasilkan dan tersumbat.Sebab itu lah kita akan kerap bersin  terutama bila mengemas rumah dan menyapu. Debu dan habuk halus yang memasuki rongga hidung kita menyebabkan kita akan bersi tanpa henti.

Tanda-tanda Resdung


- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang set resdung ini.

 

**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit** Hubungi saya untuk maklumat lanjut 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com untuk mendapatkan konsultasi percuma/tempahan

Iklan Pilihan

Jom la klik