Bismillahirrahmanirrahim..
Bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan, pengalaman berpantang merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna bagi seseorang wanita. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa
yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita
Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang
rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal
mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita
dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.
Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh,
bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.
Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang
NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan
berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan
pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara
keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri
dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih
berpegang kepada amalan berpantang.
Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin.
Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah
berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas
pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.
Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan
keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu
wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan
kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa.
Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan
berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang
dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung
dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
-Bidan kampung
-Pengasuh Khusus
-Emak sendiri/emak mertua
Memang
diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk
mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.
Namun begitu beberapa amalan utama semasa berpantang masih diamalkan sehingga sekarang seperti :
-Bengkung
-Mengurut
-Bertungku
-Jamu
-Mandian herba dan akar kayu
Credit to :
Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com
Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
Wednesday, 30 April 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment