Tuesday 14 August 2018

Cara Turunkan Paras Kolesterol



Berapa kerap anda memeriksa paras kolesterol anda? Selain dari kencing manis yang selalu kita periksa dan kawal, kolesterol juga wajib kita ambil tahu dan pantau. Ini kerana Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu diserang penyakit terutama sakita yang berkaitan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, saluran darah tersumbat, dan seterusnya serangan jantung!

Dengar saja perkataan kolesterol, mungkin kita semua ingat bahawa kolesterol adalah yang harus dihindarkan. Tetapi sebenarnya tidak semua kolesterol didalam tubuh kita bersifat jahat, kerana tubuh juga memerlukan kolesterol baik untuk membantu melaksanakan fungsinya.

Terdapat kolesterol baik dan kolesterol jahat di dalam tubuh kita. Keduanya haruslah berada pada paras yang normal untuk menjadikan badan kita seimbang dan sihat. Terlalu tinggi kadar kolesterol jahat dalam darah atau terlalu rendah kadar kolesterol baik dalam darah akan menyebabkan tubuh badan kita berisiko untuk serangan jantung, atau stroke. 

Tahukah anda berapa bacaan kolesterol yang sihat? Kita boleh memeriksa kadar bacaan kolesterol dalam badan dengan mengambil sedikit darah, sama seperti kita memeriksa kadar kencing manis. Boleh diperiksa di farmasi, kalau tak silap saya RM 15 sahaja sekali periksa. Seeloknya pada awal pagi, sebelum kita makan apa-apa.


Secara ringkasnya paras kolesterol yang sihat boleh dirumuskan seperti berikut:

  • Bacaan jumlah kolesterol ialah bawah 5.2 (mg/dL)
  • Bacaan LDL (kolesterol jahat) ialah bawah 2.6 (mg/dL).
  • Bacaan HDL (kolesterol baik) ialah diatas 1.0 (mg/dL)
Jika anda mendapati anda mempunyai kolesterol yang tinggi, yang selalunya melebihi 5 mg/dL , anda sepatutnya bertindak segera untuk menurunkandan memantau sebelum ia menjadi punca penyakit kronik yang lain.

Makanan Yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol



1. Paling penting ialah mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat seperti kurangkan pengambilan lemak tidak tepu, bersenam sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, kawal obesiti dengan mengurangkan berat badan, tidak merokok dan minum alkohol yang boleh menyebabkan kolesterol 'jahat' berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

2. Biji Ketumbar
Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah koelsterol dalam badan, malah dapat merawat kencing manis. Rendam dalam air panas atau rebus, kemudian bolehlah mengamalkan minum air ketumbar ini.

3. Bawang merah
Saintis di Hong Kong mendapatibawwang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkat kolesterol baik. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet harian anda.

4. Cuka Epal
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.
Campurkan satu sudu cuka epal dalam segelas air, minum 2 3 kali sehari. Boleh juga campurkan sedikit manis untuk rasa yang lebih enak.

5.  Jus Oren
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Amalkan minum 2 hari sekali.

6. Oat
mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol 'jahat'. Bancuh oat bersama susu atau boleh juga tambah buah atau kekacang untuk menyedapkan lagi hidangan.

7. Minyak Ikan
Minyak ikan mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung. Boleh juga mengambil suplemen Shaklee iaitu Omega Guard. Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000 mg asid lemak termasuk DHA dan EPA.



Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalalui pemakanan.

Testimoni Oemga Guard Turunkan Paras Kolesterol






www.wasap.my/+60124341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik