Sunday 30 November 2014

Pabila Fenomena Air Detox...

Assalamualaikum semua..

Air Detox atau Infused Detox Water ni memang amat digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan yang pastinya sangat mudah nak membuatnya. Perasan tak air detox ni dah jadi fenomena sekarang ni. Sebelum ni fenomena jeruk asam boi, saya yang tengok pun memang teringin sangat nak makan. Dah dapat buat, makan sekali ok la, lepas dah rasa teringin tu. Sekarang ni saya teringin nak buat air detox ni pulak. Iyelah tengok gambar nampak menarik je, macam sedap je..telan air liur kot tengok..hehe. Sebenarnya lama dulu saya pernah buat, tapi just letak buah lemon sahaja dalam air. Ni tengok gambar rupa-rupanya macam-macam boleh campur untuk buat air detox ni. Tapi tengok macam buah-buahan luar je, agak-agak kalau buat buah-buah tempatan jadi tak? Kotla kita campur pisang, nenas, rambutan..agak-agak jadi apa eh?

Air Detox

Bahan yang digunakan untuk membuat air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anngur epal, kulit kayu manis, dan banyak lagi. Rupanya macm-macam kan boleh mixkan.

Kelebihan Air Detox

  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengelakkan sembelit
  • Menurunkan berat badan
  • Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tenaga
  • Membersih dan membina semula sel
  • Mencantikkan kulit dan wajah


Cara Menyediakan Air Detox

1. Potong bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut citarasa anda sendiri

2. Masukkan kedalam jug dan tambahkan ketulan ais

3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jug berkenaan

4. Biarkan semalaman didalam air sejuk


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat! Get ready lah dating dengan encik tandas keesokannya..hehe

Selamat mencuba!





tengok gambar, macam sedap je kan?

Antara kombinasi yang boleh dicuba

senang dan sangat mudah nak sediakannya

Gambar:ihsan en. google

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 29 November 2014

Rapat Dengan Ayah Boleh Membuatkan IQ Anak Lebih Tinggi


Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibulah biasanya yang lebih risau dan akan menolong anak seboleh yang mungkin supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ingat lagi sewaktu kecil, ibu turut sama menemani adik lelaki saya mengulangkaji pelajaran jika adik mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Perasan tak kebanyakkan anak-anak hanya rapat dengan ayah hanya sewaktu mereka masih kecil shaja. Makin besar dan dewasa, masih kurang kemesraan antara ayah dengan anak, kenapa ye? Mungkin bagi anak perempuan, sesetengah masalah rasanya lebih senang bercerita dengan ibu.

Namun ini tidak bererti yang ayah hanya 'lepas tangan' kepada ibu sahaja. Sebenarnya peranan ayah juga sangat penting dalam mendampingi anak belajar. Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Mengapa ayah penting kepada anak? Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental kepada anak agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.


Baca juga:

Set Anak Pintar Shaklee

Kelebihan dan Khasiat Omega Guard Shaklee

Pentingnya DHA Untuk Minda Kanak-kanak





Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
 


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday 26 November 2014

Atasi Gatal Nyamuk Dengan Krim Herbal Blend Shaklee

 Assalamualaikum..

 Hari ni saya nak buat review pasal krim herbal blend dari Shaklee. Sebenarnya ini pertama kali saya guna. Sebelum ni memang saya dah selalu dengar pasal krim serbaguna ni, tapi belum berkesempatan untuk mencubanya lagi. Krim herbal blend ini elok untuk kulit ruam-ruam dan jika bayi mengalami melecet pada kulit disebabkan ruam lampin. Krim ni memang menjadi pilihan ramai terutamanya ibu-ibu. Sebab itulah tak hairan kenapa krim ni sentiasa kehabisan stok. Dan bila ada stok pun, kadang-kadang tu dalam masa beberapa hari je dah boleh habis stok balik, ini kerana masing-masing akan borong krim serbaguna ni.

Saya guna krim ni untuk atasi gatal-gatal disebabkan gigitan nyamuk Maklumlah bila balik kampung, nyamuk kat sini tak kira masa, bukan malam je ada nyamuk, siang hari pun nyamuk banyak kalau main kat luar rumah. Habis anak-anak saya tergaru-garu dek kerana nyamuk ni. Kalau main pagi atau petang, memang nyamuk tengah keluar la masa ni kan. Habis berbintik-bintik tangan dan muka kena gigit nyamuk. Biasalah rumah tok dan tokwan dikelilingi pokok kan..hehe.  


Mujurlah saya ada beli krim herbal belend Shaklee ni. Memang dah tak risau lagi dah.
Tengok je bekas gigitan nyamuk atau bila anak-anak tergaru-garu tu terus saya sapukan krim ni. Lepas sapu cepat je kesan gigitan tu hilang, anak-anak pun tak tergaru-garu lagi dah. Memang saya suka sangat la krim ni. Kita akan rasa sejuk je bila sapu krim ni. Sangat rekomen pada anda diluar sana, wajib ada satu simpanan dalam handbag supaya senang dibawa ke mana-mana.

Antara fungsi lain Krim Herbal Blend Shaklee:
  • melembutkan kulit/tumit yang kasar
  • Merawat ruam susu/ruam panas/ruam lampin
  • Menghilangkan luka dan merawat ekzema
  • Melegakan gigitan serangga/nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat/parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut untuk badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur
  • Melegakan badan/kepala ketika tidak sihat   

Harga Rm 27.50
4 oz/113 g



Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
 







::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Tuesday 25 November 2014

Antara Petua Yang Boleh Dibuat Berasaskan Sayuran


Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.

Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.

Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.

Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi  yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.

Cuba periksa dalam peti ais anda, saya rasa kebanyakkan sayur yang disebutkan diatas mesti ada dalam simpanan kita kan. Haa, senang je bolehlah  mencuba petua yang telah dikongsikan tadi ;)

 credit



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 24 November 2014

Jom Mengenal Haiwan di Zoo Taiping

 Assalamualaikum..

 Dua minggu lepas, iaitu seminggu sebelum cuti sekolah bermula kami berkesempatan membawa anak-anak ke zoo taiping. Memang dah plan sebelum balik dari indonesia lagi balik cuti ni nak bawak anak-anak ke zoo atau bukit merah laketown. Afnan dengan Harith memang dok terija sangat bila tengok binatang dalam tv tu. Tapi diorang pun memang suka sangat kalau mandi manda. Yang ada dalam fikiran nak mandi manda di bukit merah atau pergi zoo taiping, kena pilih salah satu je sebab masa memang pack sangat. Kebetulan memang nak balik rumah tok di kuala kurau, memang dekat sangat la dengan taiping atau bukit merah ni.

Mula-mula ingat nak pergi bukit merah je, lagipun disitu pun ada mini zoo, banyak jugak binatang ada disitu dengarnya. Dalam hati mesti tak ramai lagi kot orang mandi manda sebab cuti sekolah belum nermula. Tapi mak cakap tak sesuai kot bawak budak-budak mandi sana sebab masa limit, kalau mandi kena lama baru puas. Lagipun cuaca macam redup sejak kebelakangan bi takut hujan pulak teritamanya petang.

Jadi kami cancel lah nak mandi di bukit merah, pagi2 terus bertolak ke zoo taiping dari Kedah sebab petang takut hujan pulak kan. Sampai zoo dah tengahari kononnya ingat takda orang sangat lah kan, yelah cuti sekolah belum nermula lagi. Tapi sangkaan kami meleset tengok banyak bas sekolah, penuh dengan murid-murid. Kebanyakkannya murid tadika dan sekolah rendah lepas upsr rasanya. Lama jugak en hubby beratur nak beli tiket..hehe.

Lepas beli tiket tengok kat tempat tunggu train penuh dengan budak-budak sekolah beratur tunggu turn jadi kami ambil keputusan untuk jalan kaki je, lagipun senang sikit harith dengan afnan nampak binatang. Belum sampai 500 meter jalan kaki kami dah mula rasa tak larat dah, dah la lupa nak bawak stroller, jenuh jugak kalau nak dukung si afnan ni. So kami ambil keputusan patah balik, tunggu turn untuk naik train..setengah jam jugak rasanya tunggu turn.


Bila train dah sampai, seronok la afnan dengan harith naik memang harith ni dah mintak2 nak naik keretapi ni. Sepanjang perjalanan driver bawak sampai memperkenalkan binatang yang ada disebelah kanan dan kiri kami. Sebenarnya ni dah kali ketiga kot kami sampai, bila balik umah tok je mesti pergi zoo taiping sekali..hehe


 Naik train sekejap je, dalam 20 minit dah habis pusing. Kalau jalan mau berejam jugak ni. Akhir sekali train berhenti dekat dengan gajah, boleh la tengok lama-lama sikit. Kalau naik keretapi tu afnan macam tak berapa nampak sangat binatangnya. Memang teruja la budak budak ni tengok binatang, siap buat bunyi-bunyi lagi..hehe


Bagi sesiapa yang berdekatan bolehlah bawak anak anak ke zoo taiping sempena cuti sekolah ni:-)






::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 23 November 2014

Hilangkan Mual, Perut Sebu Dengan Peppermint Ginnger Plus


Malam kemarin tiba-tiba kepala saya rasa pening, perut rasa sebu, mual-mual macam nak muntah pun ada. Eh tapi ini bukan kisah morning sickness tau. Saya pasti bila sebut loya-loya perut berangin je mesti orang ingat ada isi. Tapi yang saya alami semalam rasa nak muntah bukan sebab ada isi, angin kus-kus ada la..hehe. Baru saya tahu sebab apa perut saya rasa sebu, nak temuntah, mungkin sebab saya terlebih makan kot dinner malam tu. Sampai bertambah nasik. Konon nak diet tak nak makan dah tapi tak tahan daulat tengok mak masak sambal sotong..huhu.

Bila rasa perut berangin ni dalam fikiran nak minum air halia jela jalan penyelesaiaannya. Kan best kalau ada Peppermint Ginger Plus Shaklee, mesti masalah senang je selesai. Tapi takda stok pulak kat rumah. Maka alternatif lain terpaksa la bancuh air halia. Minum panas-panas tak sampai 5 minit terus blurppp..keluar angin..lega sikit rasanya.Kalau kat Indonesia memang saya akan makan antangin ni je, sentiasa ada stok kat rumah. Ni balik kampung dah habis la pulak.

Legakan Kembung Perut, Angin, dan Mual dengan peppermint Ginger plus dari Shaklee!

Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini yang menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai pengguna yang mengalami masalah berikut:

*Wanita hamil yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
*Mereka yang gemar mengembara dan sering mengalami mabuk laut/darat
*Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
Mereka yang sering mengalami kembung perut

Keistimewaan Shaklee:
Kombinasi 4 herba dari barat dan timur (halia, pudina, anise & Fennel) yang dihasilkan dalam satu tablet. Secara kilinikalnya ia sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Peppermint Ginger Plus ini dapat membantu dalam:
  • Melegakan senak perut
  • Membantu penghadaman
  • Mabuk laut/darat
  • Melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • Melegakan sakit period
  • Melegakan mual atau loya angin ketika hamil
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyamankan perut

Harga Rm 45
90 biji




Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 21 November 2014

Tomato mencantikkan wajah dan kulit anda



Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan. Pernah sewaktu saya kecil-kecil dahulu ada kartun tomato man. Tak ingat dah jalan ceritanya macamana tapi lagunya saya rasa saya masih ingat, yang pasti ada sebut tomato la kan..hihi. Siapa yang tahu dan masih ingat kartun tu??

Buah tomato seringkali kita gunakan dalam masakan terutamanya, seperti masakan kari, sup, sayur campur, dan banyak lagi la. Jujur saya katakan, saya tidak berapa gemar makan tomato mentah, tapi ada sesetengah orang memang makan gitu je buah tomato ni. Kalau tomato ceri yang dicampur dengan salad dan mayonis saya suka. Kalau tomato dalam burger pun sayaa makan. Dulu masa remaja pulun jugak lah makan tomato sebab nakkan kulit wajah yang licin, tidak berjerawat kononnya..hehe. Jus tomato pun setakat ni saya belum pernah cuba. Kadang-kadang teringin jugak nak order kalau kat kedai tu, tapi macam tak sedap je..haha
Siri animasi yang terkenal suatu ketika dahulu

Tomato sebenarnya kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Antara petua dan penjagaan kulit/wajah dengan menggunakan tomato

Mengecilkan Liang Roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat Jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


Membersihkan Kulit Muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Menyejukkan Kulit Yang Rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.


Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat sinaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan ESP dari Shaklee untuk membuat masker. Boleh jugak kan cuba ESP campur buah tomato buat masker, mestilah hasilnya sangat superb!! Jom cuba!

CARA MEMBUAT MASKER DARI ESP SHAKLEE




Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik