Friday 20 June 2014

Set Kesuburan untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri


Jika anda seorang yang sudah berumahtangga dalam tempoh tertentu tapi sehingga kini masih lagi belum dikurniakan rezeki oleh Allah swt untuk hamil, atau jika anda mengalami masalah hormon yang tidak stabil, apa kata anda mencuba supplement Shaklee untuk meningkatkan kesuburan. Set kesuburan shaklee yang disarankan ini juga sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.

SUPPLEMENT UNTUK ISTERI
  • GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. lebih baik dari Primrose Oil.

  • ALFALFA Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut, dan membantu dalabm huungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba kacip fatimah.


SUPPLEMENT UNTUK SUAMI

  • ZINC Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormon tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perenpuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif. Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah "Below the level of technical sterility" yang bermaksud 'dibawah paras kesuburan' . Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru zink ini memang sangat penting untuk meningkatkan kesuburan.

  • VITAMIN E
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahu pun wanita. Keunikan vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung, dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron. (Vitamin E untuk kesuburan)

Akhir sekali, sebagai seorang muslim, haruslah disematkan di dalam ingatan kita, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah swt. kita sebagai hamba yang lemah perlu terus bertawakal, doa dan usaha tanpa jemu agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah swt. InshaAllah :) 


Amalina
Agen Shaklee Anda
012-4341649




Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday 19 June 2014

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Sebut je vitamin C, mesti anda semua dah terbayang buah oren kan. Dan vitamin C memang dari buah oren pun, tapi larat ke kita kalau tiap-tiap hari nak makan buah oren semata-mata nak dapatkan vitamin dari buah itu. jangan risau, anda boleh bertukar kepada pil  seperti vitamin shaklee untuk manfaat vitamin C tersebut. tak payah nak beli buah bagai dah, dengan shaklee cuma sehari sebiji dah memadai untuk tubuh kita mendapat khasiat vitamin C tersebut.



Apakah manfaat utama vitamin C Shaklee?

  • Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakterian dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan allergi hidung, kulit dan asthma, juga dapat mengurangi simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress, dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 

 Kenapa Vitamin C Shaklee sangat HOT?



1 botol ada 180 biji
Tahan untuk 6 bulan tau!!
Memang sngat berbaloi!!



Amalina,
Agen Shaklee Anda 

Jika anda mempunyai DEBIT kad atau KREDIT kad dan berminat untuk MEMBELI SENDIRI, boleh terus je klik di sini --->> saya nak vitamin c




Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 16 June 2014

Makna disebalik Warna Kegemaran Anda



Assalamualaikum.. rasanya dah tak sampai dua minggu lagi kita akan meyambut bulan puasa kan? Bulan-bulan terakhir ni para wanita mesti sibuk mengqada’ puasa kan. Jangan sampai tertinggal ya. Saya, alhamdulillah dah settle awal-awal sambung terus masa puasa enam hari tu. Sebut nak masuk bulan puasa ni, mesti ramai yang dah sibuk nak buat persiapan raya. Mesti ada yang dah siap mencari-cari pakaian untuk dipakai raya nanti. Elok juga sebenarnya shopping baju awal-awal macamni, bukan apa sesetengah orang malas nak keluar bulan puasa nanti, takut mengganggu ibadah terawih di malam hari. Ada juga yang tak mahu bersesak-sesak last minit, dengan orang ramai tambah-tambah macam saya yang ada dua orang anak kecil ni, malas nak berjalan lama-lama. Jenis saya, jumpa yang berkenan terus sambar, tak kuasa dah dah round survey-survey satu mall  tu. Tapi itu saya lah, lain orang lain caranya kan. 

Kalau tak shopping baju raya sekali pun, mesti dah rancang kan nak pakai tema warna apa untuk raya tahun ni. Ye lah selalu raya mesti pakaian sedondon kan, tambah-tambah yang dah berkahwin. Mesti sama jer warna dari isteri, suami, anak-anak. Saya pun termasuk lah, plannya macam nak pakai warna hijau jer, tapi baju memang tak cari lagi ni anak beranak. Rasanya last minit jugak shopping nanti, lagi 3 hari nak raya kot baru balik Malaysia. Takkan nak beli baju kat indon ni plak. Macam tak menarik jer..macam tak sesuai jer..corak-corak jawa banyak la..tak mau lah! Hehe. So tunggu sampai Kl nanti la baru cari. Sabar..sabar..
Ok, dah masing-masing mesti dah plan warna tema kan, apa kata kita tengok maksud disebalik warna tu. Tapi pemilihan warna / kegemaran warna biasanya melambangkan personaliti seseorang si pemakai tu. Mesti korang perasan kan korang suka lebih warna apa. Tak pun cuba bukak almari/belek-belek baju dalam almari tu, haa kadang-kadang tak perasaan kan yang sebenarnya kita ada warna kesukaan.

Ok disebabkan saya suka warna kuning (lebih kurang gold/kuning) jom kita mula dengan warna kuning terlebih dahulu

KUNING


Warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya yang girang akan menyebabkan kita ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

BIRU


Warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan, sejuk, damai, sejahtera dan pasif disamping melambangkan keikhlasan dan harapan. Menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif biru memberi implikasi kesedihan , pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

MERAH.

Warna yang dikategorikan warna panas. Warna api dan darah yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga dikaitkan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular dikalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan.

PINK

Warna pink adalah warna hasil campuran daripada warna merah dan putih. Warna yang biasanya disukai oleh wanita. Warna pink memberi ketenangan, damai, lembut, indah, dan warna kasih sayang. Warna yang tidak digemari oleh kaum lelaki. (tapi rasanya sekarang lelaki pun dah suka warna pink ni)

HIJAU

Warna yang biasa kita lihat di sekeliling seperti alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan. Warna hijau adalah warna simbolik bagi umat Islam. Warna hijau melambangkan keremajaan, sejuk, tenang, kehidupan, kedamaian, dan kesejahteraan. Warna hijau sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik. Si pemakai yang sukakan warna hijau dikatakan mempunyai sifat ketengangan dan kelembutan.

HITAM

Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan disamping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen. Si pemakai yang sukakan warna inisebenarnya seorang yang kurang berani tetapi ingin menampakkan dirinya hebat.

PUTIH

Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan fesyen kerana sifatnya yang natural dan sesuai dengan apa sahaja. Selain itu warna putih ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberaniannya.

UNGU

Warna ungu merupakan campuran antara warna merah dan biru. Warna ungu melambangkan kegembiraan, kekuatan dan penuh semangat. Ia juga melambangkan kewanitaan dan keibuan. Si pemakai yang sukakan warna ungu ini merupakan seorang yang suka bertolak ansur, bijak dan berbudi bahasa.


Sebenarnya saya pun tak decide lagi nak tema warna apa raya tahun ni. Kena bincang dengan suami semula la. Kadang-kadang dah plan tapi bila cari baju yang warna tu takdak pulak yang sesuai dan berkenan, last-last pilih warna lain, yang mangsanya suami dan anak-anak la, kena ikut si isteri ni..hihi
So, apakah warna kegemaran korang semua?boleh komen dan tinggalkan jejak ya.


Amalina,
Agen Shaklee Anda



Berminat?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 15 June 2014

Tak Perlu Risau jika Anak Anda G6PD



Pernah tak anda terdengar perkataan g6pd? Kalau dulu-dulu mungkin perkataan ini akan janggal didengar. Tapi saya percaya, zaman sekarang mesti anda dah biasa dengan perkataan g6pd ini kan? Mungkin ada sesetengah orang pernah dengar tapi tak mengetahui dengan lebih mendalam apa itu g6pd. Mungkinkah zaman mak ayah kita dulu anak-anak kurang dapat g6pd ini? Atau memang dah ada tapi disenyapkan begitu sahaja? Tapi akhir-akhir ini saya perasan, macam ramai pulak kawan-kawan dan saudara saya yang anaknya disahkan G6PD defiency. Apa itu g6pd?

Sebenarnya anak saya yang sulung juga disahkan g6pd defiency ni. Itu pun diketahui semasa Harith ditahan di hospital daerah saya disebabkan jaundice/demam kuning yang agak tinggi selepas 3 hari dilahirkan. Harith sebenarnya di lahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, tetapi semasa dia di tahan kuning di hospital Daerah, doktor memberitahu mahu ambil sampel darah untuk ujian g6pd ni kerana tiada rekod dari hospital tempat harith dilahirkan. Doktor beritahu lagi, sepatutnya sejurus selepas kelahiran ujian darah akan dibuat untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ada g6pd atau tidak, tapi rekod harith tak jelas so terpaksa buat ujian darah semula semasa di hospital daerah ini. Dan resultnya..memang harith ada g6pd! 

Saya terkejut tapi saya tak la panik sangat dengan pantang larang yang harus dialami oleh orang g6pd ni. Nurse dan doktor mula bagi keterangan mengenai g6pd dan senarai pantang larang yang perlu dielakkan. Nurse tanya saya, saya cakap setakat yang saya tahu g6pd alah kepada kacang parang, ubat nyamuk, ridsect, nila. Saya tahu serba sedikit pasal g6pd ini kerana ada sepupu-sepupu lelaki saya yang memang ada g6pd. Jadi bagi ahli keluarga kami, g6pd ni dah familiar. Kata doktor lagi, g6pd ni biasanya banyak terjadi pada lelaki sahaja dan ianya SEUMUR HIDUP! Peratus perempuan yang ada g6pd adalah kecil bilangannya dan biasa akan hilang bila dah besar. Jadi bagi budak lelaki yang ada g6pd, kacang parang terutamanya memang langsung tak boleh sentuh sampai lah dewasa dan sampai bila-bila. Kata doktor lagi, antibodi seseorang itu berbeza, ada sesetengah antibodi kuat dan dia boleh kena ubat nyamuk, ridsect. Ada setengah orang, bau minyak wangi pun tak boleh, mula akan rasa pening-pening dan tak bermaya. Tapi jangan risau, mereka ni semua normal, aktif dan cergas macam orang lain jugak. Dalam adik beradik saya sebelah mak, memang 4-5 orang jugak yang ada g6pd ni, dan mereka semua membesar dengan jayanya!
Mana-mana ibu bapa yang anaknya disahkan g6pd defiency, tak perlu risau. Anak-anak ini sama sahaja macam budak-budak lain Cuma perjagaan jerlah perlu sikit. Contohnya jika anak dihantar ke rumah pengasuh, ibu bapa hendaklah memberitahu mengenai keadaan anak mereka kepada pengasuh atau cikgu-cikgu. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Bukan apa, budak-budak kecil ni apa sahaja yang dijumpa semua main masuk mulut ja. Tapi bila dah besar ok lah kan, dah tahu dan kenal apa yang boleh apa yang tak.

Berbalik cerita kes anak saya Harith yang disahkan ada g6pd ni. Kami suami isteri memang berhati-hati la, ubat nyamuk, ubat gegat, ridsect memang dah tak guna dirumah. Makan kacang parang lagi la dijauhkan sama sekali, memang kami suami isteri dah tak beli kacang-kacang terutama kacang parang, kecian takut harith nak makan jugak nanti. Pernah jugak saya tanya doktor masa harith baby dulu, doktor ni doktor India. “doktor, apa punca anak saya dapat g6pd ni? Adakah sebab saya banyak makan kacang sewaktu mengandung dulu? Adakah sebab kami suami isteri berdarah O” jawab doktor India tersebut.. “semua ni bukan sebabnya..sebabnya semua dari Dia..”(sambil tangannya tunjuk keatas). Kemudian barulah kami faham dan redha. 

Tapi masa harith setahun lebih dia kerap demam, masa dia kena tahan di hospital swasta doktor ada ambil sampel darah harith, saya mintak doktor cek kan sekali darah untuk g6pd dia. Lepas keptusan keluar, doktor cakap harith takdak g6pd. Kami pelik sebab masa baby doktor di hospital cakap ada g6pd. Tapi doktor hospital swasta ni cakap memang harith tak dak g6pd, sebab kalau dah disahkan g6pd ianya akan kekal sampai bila-bila! Pelik kan? Tapi kalau ikutkan, masa harith mula-mula lahir di hospital A takdak rekod g6pd, tapi bila kena tahan kuning dekat hospital B, disahkan g6pd defiency. Bila mintak buat double cek di Hospital C, doktor sahkan harith tiada g6pd..pelik-pelik! Kesimpulannya?? Memang takdak lah kot, lagipon harith tengok ok ja bila dengan ubat nyamuk dan ridsect, tapi kacang parang memang tak pernah makan. Harith pun takdak allergik macam budak-budak lain.

Oh ya, ada jugak kawan saya ni yang anaknya juga disahkan g6pd. Anaknya kerap demam dan selsema walaupun menyusu badan sepenuhnya. Saya syorkan kepada si ibu ni cuba ambil vitamin Shaklee, mana lah tau pun serasi dengan antibodi anaknya tu kan. So kawan saya ni pun ambillah Vitamin c dan Omega. Alhamdulillah selepas si ibu ambil vitamin-vitamin ni, anaknya yang kini 6 bulan dah tak pernah demam lagi. Selesema pun dah jarang-jarang Tak rugi si ibu cuba Shaklee! ;)






Amalina, 
Agen Shaklee Anda

 





Berminat?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor 

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday 11 June 2014

Set Berpantang untuk ibu bagi bayi G6PD


Buat ibu-ibu yang anaknya mengalami G6PD Defiency, anda tidak perlu terlalu risau, namun anda dan keluarga perlu lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang-barang tertentu, yang perlu dielakkan. Pada zaman sekarang, sudah terdapat banyak pendedahan umum serta maklumat-maklumat mengenai g6pd ini. Malah setiap ibu yang anaknya disahkan g6pd ini akan mendapat penerangan dari pihat perubatan sejurus selepas bayi dilahirkan, sebelum dibenarkan keluar wad.

Apa itu G6PD DEFIENCY?

G6pd ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate dehydrogenase yang terdapat didalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Bagaimanakah cara untuk mendapat tahu seseorang itu g6pd Defiency?

Kekurangan enzim g6pd sangat ketara di kalangan masyarakat asia. Di negara kita, semua bayi yang baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim g6pd dengan menggunakan darah daripada tali pusat. Kekurangan enzim adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan . ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim g6pd ini adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Ujian untuk mengesan kekuragan enzim ini adalah melalui ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah tanda-tanda G6PD Defiency?

Kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim ini tidak mempunyai tanda-tanda yang khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan didalam wad sekurangnya 5 hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat. Bayi yang kuning (jaundis) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk:

Kelihatan pucat

Tidak bermaya/keletihan yang teramat

Pening

Dengupan jantung yang laju

Sukar bernafas

Sakit dada

Kekurangan enzim g6pd ini adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan langsung tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kana-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang perlu dielakkan



Ibu bapa terutamanya, perlukan pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu dijauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi. Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi g6pd digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan atau ubat tersebut agar tidak termasuk dalam susu ibu. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anak anda mempunyai kekurangan enzim g6pd ini untuk memastikan ubat yang diterima selamat dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang tidak digalakkan untuk makan makanan yang berunsurkan JAMU. Tapi jangan bimbang, dengan SHAKLEE ada rangkaian vitamin yang sesuai untuk masalah ini.

SET BERPANTANG UNTUK ANAK G6PD ini: Vitalea, B Complex, Vitamin c, dan Zinc.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pula boleh meneruskan pengambilan vitamin tersebut dan hanya perlu tambahkan OSTEMATRIX untuk alternatif sebagai milkbooster bagi menggantikan ALFALFA. Alfalfa tidak digalakkan kerana alfalfa adalah sejenis herba tradisional moden . jadi seeloknya dielakkan pengambilan alfalfa kerana ia berisiko keluar bersama-sama susu dan meniggikan risiko hemolisis (darah pecah) pada bayi. Tapi ada juga sesetengah ibu yang mengambil alfalfa tetapi tidak memberi apa-apa kesan negatif pada bayinya. bergantung kepada ketahanan antobodi bayi jugak.





Amalina, 
Agen Shaklee Anda




Nak order?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor


 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 6 June 2014

7 Tips redakan sakit kepala tanpa ubat







Seperti yang kita tahu, sakit kepala adalah satu perkara remeh dan biasa kita dengar, tapi percayalah sesiapa yang pernah mengalaminya pasti merasakan ia sangat mengganggu. Penyebab sakit kepala pula adalah berbeza setiap orang. Apabila sakit kepala menyerang, mesti kita rasa ingin tidur atau beristirehat. Jalan paling mudah dan paling cepat untuk meredakan sakit kepala ialah kebiasaannya kita akan menelan panadol. Dalam WomansHealthMag, ada menyatakan 7 teknik meredakan sakit kepala tanpa ubat.

1.       Manjakan diri dengan kafein
Kopi biasanya menjadi ubat untuk mengurangkan sakit kepala yang berdenyut-denyut. Jika anda termasuk orang yang tidak boleh bekerja tanpa secawan kopi di pagi hari, anda mungkin akan mengalami sakit kepala jika tidak meminumnya. Jadi jika tidak minum kopi boleh membuatkan adenosine zat kimia yang mempengaruhi pembuluh darah yang menyebabkan denyutan dan sakit yang tidak diingini.

2.       Berhubungan seks (Bagi pasangan yang dah berkahwin ye!)
Sebuah kajian terbaru yang diterbitkan Caphalalgia menunjukkan dengan berhubungan intim boleh mengurangkan sakit kepala. 43% orang merasa sakit kepalanya reda setelah bekerja, sedangkan 18% merasa lebih baik setelah orgasme. Jadi apa kaitan hubungan seks dengan sakit kepala? “Bercinta meningkatkan oksitosin, iaitu hormon kesenangan  dan endorfin di dalam otak, yang merupakan ubat penghilang rasa sakit yang dialami”, kata Saralyn Mark, MD, penulis Stellar Medicine.

3.       Makan makanan ringan
Di saat anda sakit kepala, cuba tanya kepada diri sendiri adakah anda sudah makan. Ini kerana gula darah yang rendah sering menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, jangan biarkan perut kosong, apatah lagi jika anda sibuk bekerja sepanjang hari. Cubalah sentiasa mengunyah makanan ringan yang berkhasiat kerana ia boleh mengurangkan sakit kepala yang dialami.

4.       Minum air
Apabila sakit kepala meyerang, banyakkanlah minum air. Dalam sebuah kajian dalam The Journal of Nutrition menyatakan dehidrasi boleh membuatkan seseorang sakit kepala. Minum lebih banyak air mampu meredakan denyutan di kepala dalam beberapa minit.

5.       Ambil secawan teh
Sakit kepala mungkin disebabkan stress. Sebuah kajian di London menyatakan minum teh hitam mampu mengurangkan kadar kolesterol. Menurut Pengarah Perubatan Manhattan Headache Center, Susan Broner MD, anda haruslah minum teh halia jika sakit kepala yang disertai mual-mual kerana ini boleh mengurangkan angin sebu di dalam perut.

6.       Jauhkan diri dari skrin komputer
Ketika sakit kepala menyerang, anda haruslah menjauhi seketika dari skrin komputer anda.  Ruangan yang terang seperti skrin boleh membuatkan sakit kepala yang lebih teruk. Oleh itu adalah disarankan supaya anda menjauhkan mata anda dari melihat skrin yang terang seperti komputer sehingga sakit kepala berkurangan.

7.       Urutan
Sakit kepala juga mungkin disebabkan ketegangan di leher dan bahu. Cuba rehatkan fikiran anda seketika, tarik nafas dan urutlah di bahagian bahu dan leher. Nescaya anda akan merasa sakit kepala berkurangan.

Selain daripada tips diatas, SHAKLEE juga ada vitamin untuk mengurangkan sakit kepala ni tau iaitu SET MIGRAIN SHAKLEE iaitu Ostematrix dan B Complex.

·        

OSTEMATRIX (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.





B COMPLEX

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Amalina
Agen Shaklee anda
012 4341649



.


Berminat?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor


**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik