Wednesday 11 June 2014

Set Berpantang untuk ibu bagi bayi G6PD


Buat ibu-ibu yang anaknya mengalami G6PD Defiency, anda tidak perlu terlalu risau, namun anda dan keluarga perlu lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang-barang tertentu, yang perlu dielakkan. Pada zaman sekarang, sudah terdapat banyak pendedahan umum serta maklumat-maklumat mengenai g6pd ini. Malah setiap ibu yang anaknya disahkan g6pd ini akan mendapat penerangan dari pihat perubatan sejurus selepas bayi dilahirkan, sebelum dibenarkan keluar wad.

Apa itu G6PD DEFIENCY?

G6pd ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate dehydrogenase yang terdapat didalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Bagaimanakah cara untuk mendapat tahu seseorang itu g6pd Defiency?

Kekurangan enzim g6pd sangat ketara di kalangan masyarakat asia. Di negara kita, semua bayi yang baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim g6pd dengan menggunakan darah daripada tali pusat. Kekurangan enzim adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan . ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim g6pd ini adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Ujian untuk mengesan kekuragan enzim ini adalah melalui ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah tanda-tanda G6PD Defiency?

Kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim ini tidak mempunyai tanda-tanda yang khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan didalam wad sekurangnya 5 hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat. Bayi yang kuning (jaundis) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk:

Kelihatan pucat

Tidak bermaya/keletihan yang teramat

Pening

Dengupan jantung yang laju

Sukar bernafas

Sakit dada

Kekurangan enzim g6pd ini adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan langsung tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kana-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang perlu dielakkan



Ibu bapa terutamanya, perlukan pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu dijauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi. Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi g6pd digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan atau ubat tersebut agar tidak termasuk dalam susu ibu. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anak anda mempunyai kekurangan enzim g6pd ini untuk memastikan ubat yang diterima selamat dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang tidak digalakkan untuk makan makanan yang berunsurkan JAMU. Tapi jangan bimbang, dengan SHAKLEE ada rangkaian vitamin yang sesuai untuk masalah ini.

SET BERPANTANG UNTUK ANAK G6PD ini: Vitalea, B Complex, Vitamin c, dan Zinc.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pula boleh meneruskan pengambilan vitamin tersebut dan hanya perlu tambahkan OSTEMATRIX untuk alternatif sebagai milkbooster bagi menggantikan ALFALFA. Alfalfa tidak digalakkan kerana alfalfa adalah sejenis herba tradisional moden . jadi seeloknya dielakkan pengambilan alfalfa kerana ia berisiko keluar bersama-sama susu dan meniggikan risiko hemolisis (darah pecah) pada bayi. Tapi ada juga sesetengah ibu yang mengambil alfalfa tetapi tidak memberi apa-apa kesan negatif pada bayinya. bergantung kepada ketahanan antobodi bayi jugak.





Amalina, 
Agen Shaklee Anda




Nak order?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor


 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik