Pernah tak anda terdengar perkataan g6pd? Kalau dulu-dulu
mungkin perkataan ini akan janggal didengar. Tapi saya percaya, zaman sekarang
mesti anda dah biasa dengan perkataan g6pd ini kan? Mungkin ada sesetengah
orang pernah dengar tapi tak mengetahui dengan lebih mendalam apa itu g6pd.
Mungkinkah zaman mak ayah kita dulu anak-anak kurang dapat g6pd ini? Atau
memang dah ada tapi disenyapkan begitu sahaja? Tapi akhir-akhir ini saya
perasan, macam ramai pulak kawan-kawan dan saudara saya yang anaknya disahkan
G6PD defiency. Apa itu g6pd?
Sebenarnya anak saya yang sulung juga disahkan g6pd defiency
ni. Itu pun diketahui semasa Harith ditahan di hospital daerah saya disebabkan
jaundice/demam kuning yang agak tinggi selepas 3 hari dilahirkan. Harith
sebenarnya di lahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, tetapi semasa
dia di tahan kuning di hospital Daerah, doktor memberitahu mahu ambil sampel
darah untuk ujian g6pd ni kerana tiada rekod dari hospital tempat harith
dilahirkan. Doktor beritahu lagi, sepatutnya sejurus selepas kelahiran ujian
darah akan dibuat untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ada g6pd atau tidak,
tapi rekod harith tak jelas so terpaksa buat ujian darah semula semasa di
hospital daerah ini. Dan resultnya..memang harith ada g6pd!
Saya terkejut tapi saya tak la panik sangat dengan pantang
larang yang harus dialami oleh orang g6pd ni. Nurse dan doktor mula bagi
keterangan mengenai g6pd dan senarai pantang larang yang perlu dielakkan. Nurse
tanya saya, saya cakap setakat yang saya tahu g6pd alah kepada kacang parang, ubat
nyamuk, ridsect, nila. Saya tahu serba sedikit pasal g6pd ini kerana ada
sepupu-sepupu lelaki saya yang memang ada g6pd. Jadi bagi ahli keluarga kami,
g6pd ni dah familiar. Kata doktor lagi, g6pd ni biasanya banyak terjadi pada
lelaki sahaja dan ianya SEUMUR HIDUP! Peratus perempuan yang ada g6pd adalah
kecil bilangannya dan biasa akan hilang bila dah besar. Jadi bagi budak lelaki
yang ada g6pd, kacang parang terutamanya memang langsung tak boleh sentuh
sampai lah dewasa dan sampai bila-bila. Kata doktor lagi, antibodi seseorang
itu berbeza, ada sesetengah antibodi kuat dan dia boleh kena ubat nyamuk,
ridsect. Ada setengah orang, bau minyak wangi pun tak boleh, mula akan rasa
pening-pening dan tak bermaya. Tapi jangan risau, mereka ni semua normal, aktif
dan cergas macam orang lain jugak. Dalam adik beradik saya sebelah mak, memang
4-5 orang jugak yang ada g6pd ni, dan mereka semua membesar dengan jayanya!
Mana-mana ibu bapa yang anaknya disahkan g6pd defiency, tak
perlu risau. Anak-anak ini sama sahaja macam budak-budak lain Cuma perjagaan
jerlah perlu sikit. Contohnya jika anak dihantar ke rumah pengasuh, ibu bapa
hendaklah memberitahu mengenai keadaan anak mereka kepada pengasuh atau
cikgu-cikgu. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Bukan apa, budak-budak kecil
ni apa sahaja yang dijumpa semua main masuk mulut ja. Tapi bila dah besar ok
lah kan, dah tahu dan kenal apa yang boleh apa yang tak.
Berbalik cerita kes anak saya Harith yang disahkan ada g6pd
ni. Kami suami isteri memang berhati-hati la, ubat nyamuk, ubat gegat, ridsect memang dah
tak guna dirumah. Makan kacang parang lagi la dijauhkan sama sekali, memang
kami suami isteri dah tak beli kacang-kacang terutama kacang parang, kecian
takut harith nak makan jugak nanti. Pernah jugak saya tanya doktor masa harith
baby dulu, doktor ni doktor India. “doktor, apa punca anak saya dapat g6pd ni?
Adakah sebab saya banyak makan kacang sewaktu mengandung dulu? Adakah sebab
kami suami isteri berdarah O” jawab doktor India tersebut.. “semua ni bukan
sebabnya..sebabnya semua dari Dia..”(sambil tangannya tunjuk keatas). Kemudian
barulah kami faham dan redha.
Tapi masa harith setahun lebih dia kerap demam,
masa dia kena tahan di hospital swasta doktor ada ambil sampel darah harith,
saya mintak doktor cek kan sekali darah untuk g6pd dia. Lepas keptusan keluar,
doktor cakap harith takdak g6pd. Kami pelik sebab masa baby doktor di hospital
cakap ada g6pd. Tapi doktor hospital swasta ni cakap memang harith tak dak
g6pd, sebab kalau dah disahkan g6pd ianya akan kekal sampai bila-bila! Pelik
kan? Tapi kalau ikutkan, masa harith mula-mula lahir di hospital A takdak rekod
g6pd, tapi bila kena tahan kuning dekat hospital B, disahkan g6pd defiency.
Bila mintak buat double cek di Hospital C, doktor sahkan harith tiada
g6pd..pelik-pelik! Kesimpulannya?? Memang takdak lah kot, lagipon harith tengok
ok ja bila dengan ubat nyamuk dan ridsect, tapi kacang parang memang tak pernah
makan. Harith pun takdak allergik macam budak-budak lain.
Oh ya, ada jugak kawan saya ni yang anaknya juga disahkan g6pd. Anaknya kerap demam dan selsema walaupun menyusu badan sepenuhnya. Saya syorkan kepada si ibu ni cuba ambil vitamin Shaklee, mana lah tau pun serasi dengan antibodi anaknya tu kan. So kawan saya ni pun ambillah Vitamin c dan Omega. Alhamdulillah selepas si ibu ambil vitamin-vitamin ni, anaknya yang kini 6 bulan dah tak pernah demam lagi. Selesema pun dah jarang-jarang Tak rugi si ibu cuba Shaklee! ;)
Amalina,
Agen Shaklee Anda
Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment