Friday 23 May 2014

Mengabaikan sarapan boleh gemuk??



 Siapa pernah alami perkara macam ni? Tak bersarapan kononnya nak diet??



Sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa atau terlalu sibuk terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori. Saya percaya, majority anda diluar sana kerap kali skip breakfast kan? Termasuk lah saya kadang-kadang. Ada juga sesetengah orang yang mengabaikan sarapan pagi kononnya ingin berdiet. Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini. Skip sarapan kononnya mahu berdiet dan nak kawal makan, tapi belum pun tengah hari badan dah menggigil sebab lapar. Lepas tu bila tiba time makan tengah hari, melantak sampai penuh satu pinggan sebab terlalu lapar.

Kenapa sarapan penting?

Sarapan berfungsi menamatkan 'puasa' sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi. Dengan bersarapan sebenarnya kita dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekaligus boleh mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari.
Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa 'puasa lanjutan' (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak. Kuantiti makanan untuk sarapan pula bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jangan lah makan sampai dua pinggan nasik lemak, roti canai, teh tarik bagai kan.. Memadailah dengan mengambil segelas susu atau jus oren dan hanya sekeping roti.

 Jadi apa pilihan anda??


-Roti canai
-Nasik lemak
-kuih muih
-mee goreng
-nasi goreng
 
*ni antara menu standard sarapan rakyat malaysia

Apa pilihan saya??

Semestinya lah ESP!! Esp Shaklee adalah PROTEIN yang mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan. Ianya rendah indeks glisemik dan mengandungi isofalvones untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Pengambilan protein dapat memanjangkan rasa kenyang dan lebih sesuai daripada bersarapan dengan makanan yang berkarbohidrat tinggi. Protein juga sangat penting untuk kita work out sepanjang hari.


Tak perlu ambil masa yang lama pun untuk sediakan sarapan ni. Shake-shake jer dah boleh minum. Kenyang sampai ke tengah hari, InshaAllah :)

::Jom sarapan secara sihat..Ingat! Kalau anda skip sarapan, anda lebih cenderung untuk GEMUK!!::



Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor 


**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang      penyakit**            

Wednesday 21 May 2014

Harith dan Mealshakes!



Sebagai ibu, mesti sangat susah hati kalau anak tak nak makan kan? Saya rasa Ibu-ibu yang ada anak kecil mesti pernah melalui situasi macam ni..ada satu tahap anak anda akan kurang makan, asyik nak main jer. Biasa lah budak-budak, dalam fikiran mereka hanya ingat main dan seronok sahaja. Saya juga mengalami situasi macamni, pernah satu masa dahulu anak langsung tak nak makan nasik, asyik nak susu sahaja. Berat pulak memang tak naik la kan, tak sesuai dengan umurnya. Sampai nurse pun dah bising dan tiap-tiap bulan kena chek up nak tengok berat badan naik ke tak.

Vitamin dah macam-macam saya bagi, sama ada klinik kerajaan atau swasta semua saya mintak vitamin untuk lalu makan. Harith kalau bagi makan direct macam tu jer memang dia tolak mentah-mentah, pandai luah kan balik. Appeton yang weight gain punya pun saya pernah bagi, campur dalam susu tapi harith bijak, dia dapat beza rasa susu lain. Pada hal kalau kita rasa, macam sama jer rasa susunya..hihi. Macam-macam cara dah buat nak bagi ada selera makan. Ada jugak nurse kata mungkin cacing. Dah bagi ubat cacing pun still tak jalan-jalan jugak..adoii susah hati betul. 

Sampai lah satu masa tu saya tergerak nak cuba mealshakes shaklee punya. Sebab tengok banyak testimoni positive tentang anak-anak diorang. Saya pun cuba lah campurkan setengah sudu kecil dalam susu harith, takut jugak dia dapat beza rasa lain kan. Tapi alhamdulillah dia minum habis je. Mungkin sebab mealshakes ni rasa vanilla, seakan-akan sama rasa dengan susu dia..hihi.



Lepas je bagi mealshakes ni saya dah nampak perubahan, dah pandai mintak nasik! Walaupun makan tak banyak dalam satu-satu masa atleast dia dah pandai mintak kan. Maknanya dia tau lapar dan mahu makan. Makan pun dah pelbagai, nasi goreng, mee kuetiaw semua dah mula makan. Kalau dulu jenuh ummi akan kejar-kejar setiap kali nak suap makan tapi sekarang siap berebut-rebut dengan adiknya lagi nak disuap. (si adik memang kuat makan, kalah abang). Waktu tu rasa bahagianya hidup dapat suap sendiri anak makan, anak pulak berebut nak makan. Saya rasa inilah saat paling bahagia sebagai seorang ibu :-)

adik lagi besar dari abg la pasni..

*Mealshakes ni perasa vanilla..Baunya saja dah rasa nyaman. Ummi pun macam nak makan tapi tak boleh sangat sebab berat ummi dah terlebih..ooppss!!! 


Amalina, 
Shaklee Independent Distributor
 


Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Tuesday 20 May 2014

Tiada lagi sakit pinggang, cramp ketika hamil

Ini pengalaman saya setahun yang lepas, semasa saya mengandungkan anak saya yang kedua. Masa awal kehamilan ni saya langsung tak kenal shaklee lagi, sehingalah masuk ke trimester kedua hamil, saya mula berkenalan dengan shaklee, tu pon first produk yang saya kenal ialah ESP. dan saya hanya mengamalkan ESP SAHAJA ketika hamil.

Ok sebenarnya nak cerita bab sakit pinggang, cramp waktu hamil ni :). Tipulah kalau saya cakap tak sakit pinggang kan, kebanyakkan orang yang hamil mesti akan alami sakit pingggang, cramp2 ni. Tambah-tambah plak di akhir-akhir kehamilan, setiap malam mesti akan alami cramp atau lebih sinonim orang panggil dengan nama simpul biawak. Pengalaman saya lah, saya tak kerap sangat jadi simpul biawak ni, tapi sakit pinggang memang setiap masa! Cuba bayangkan saya langsung tak boleh tidur bawah lantai (lapik toto) atau atas katil yang berspring, memang sakit sangat badan. Paham-paham jelah orang yang preggy ni nak tukar posisi pun susah, dengan perut yang besar kan. Bila dah preggy perut besar, jangan harap lah nak tidur lena malam-malam..huhu


Ruginya saya pada ketika itu sebab tak kenal dengan shaklee lagi, bukan tak pernah dengar tapi masa tu mungkin tak sefamous sekarang kot. Sakit pinggang dan cramp tapi tahan je, takde pulak amik apa-apa supplement time tu. Hanya bergantung kepada ubat yang klinik kesihatan bagi jer. oohh alangkah ruginya bila difikir-fikir balik. Sebab shaklee ada vitamin untuk yang sakit-sakit lenguh sendi ni iaitu OSTEMATRIX Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, kuprum.Semua nutrien ni sangat perlu dalam satu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral. Saya ingat lagi, memang sakit pinggang sangat sampai pernah jugak sapu-sapu dengan minyak panas (walaupon orang cakap tak elok) tapi sebab tak tahan sangat kan. Tambah pulak setiap malam saya akan bangun untuk membancuh susu anak sulung yang pada masa tu baru berusia setahun 3 bulan. (malam memang dia kuat menyusu). Tu belum bangun ulang alik ke toilet lagi.

Tapi tu semua dah lepas, dan jika ada rezeki preggy lagi, inshaAllah akan saya sediakan ostematrix ni awal-awal lagi. Tapi tak semestinya tak preggy tak boleh ambil ostematrix ni, sekarang pun saya makan sebab lepas bersalin ni saya rasa macam selalu sakit lutut la, dan saya perasan lepas saya makan oste ni sakit lutut dah hilang! kalau tak dulu nak turun tangga pun kena cover-cover. sekarang alhamdulillah :)







Shaklee Independent Distributor

Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor 


 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 18 May 2014

Mealshakes untuk kanak-kanak

Ramai yang tahu bulan ni promosi mealshakes beli 6 percuma 1. Untuk pengetahuan, mealshakes ni bukan hanya untuk kanak-kanak yang kurang selera makan sahaja tau, atau suka makan benda-benda merapu atau tak nak makan langsung..

Ia sebenarnya sesuai juga untuk anak-anak yang makan tapi makan memilih macam contohnya macam nak makan lauk jer, tak mau makan sayur, tak mau makan nasik. haa anak saya yang sulung, harith macam ni
 lah..sangat picky eater.



Mealshakes ni amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti, dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti. Ini kerana mealshakes ialah gabungan multivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar.



Ia juga mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan, ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak supaya membesar dengan kuat dan sihat! (dah macam trademark milo plak..hihi)

'Anak cergas Ibu gembira'


Berminat?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 17 May 2014

Resipi ESP SHAKLEE

 Bismillahirrahmanirrahim..

Oleh kerana saya merupakan pengguna tegar esp, kali ni saya akan kongsikan antara resipi esp yang pernah saya mix and matchkan. Yang pasti rasanya sangat enakkk..

1)esp+fresh milk
2)esp+chocolate/strawberry dutch lady milk
3)esp+anmum
4)esp+hi goat
5)esp+twister
6)esp+milo
7)esp+horlicks
8)esp+soya kotak
9)esp+laici ais
10)esp+nestle bliss
11)esp+anlene
12)esp+kurma (blend)
13)esp+plain water


ok ni antara yang pernah saya cuba.. semuanya rasa sangat sedap.kiranya boleh diterima tekak la.. tapi yang paling saya suka buat,hampir setiap hari, campur dengan susu. (tak kira la susu apa pun)

Lagi satu saya suka shake kan dengan air sejuk
dalam peti ais tu..rasnya..ermm enak bangat! terasa sejuk sampai ke tekak tau. Lagi lah sesuai kalaum minum time dahaga,tambah pulak dengan cuaca panas lagi..memang legaaa sangat! bukan minum saja tau, banyakkk khasiat yang kita boleh dapat.





Selamat mencuba!! ;)


Amalina, 
Agen Shaklee Anda







Berminat??
 Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday 15 May 2014

ESP SHAKLEE untuk ibu menyusu


 Ok kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan esp shaklee semasa dalam tempoh penyusuan anak kedua saya.

Secara jujurnya, memang terasa perbezaan semasa berpantang dan menyusukan anak pertama dengan anak kedua saya. Anak pertama dulu memang guna jamu-jamu brand xxx sebabnya time ni sangat lah kurang ilmu pasal penyusuan (maklumlah anak pertama)  dan time ni tak kenal shaklee lagi. Masa selepas melahirkan anak kedua ni,jamu langsung tak sentuh walaupun orang tua pertikaikan. memang tekad nak guna shaklee jer.

Masa anak pertama dulu penyusuan susu badan secara eklusif sempat bertahan dalam 3 bulan jer,lepas tu terus mix formula. Tapi kali ni memang berazam nak bagi susu badan sepenuhnya, saya tak ambil satu set pun untuk set menyusu ni, saya cuma ambil esp dan alfalfa jer.

 Alhamdulillah susu saya banyak dan meriah, memang rezeki afnan. Saya perasan, selepas minum esp jer susu cepat bengkak dan akan menitis-nitis (rindunya time tu!). saya sampai boleh pam buat stok lagi, padahal saya suri rumah sepenuh masa. Esp memang milkbooster yang hebat! (yang penting konsep demand and supply). Dengan esp susu akan jadi lebih pekat, badan ibu bertenaga, dan mencantikkan kulit bayi dan ibu.

Sampai lah sekarang produk yang paling saya suka ialah ESP!!

*cuba lah,mesti akan jatuh cinta*


1 can esp tahan dua bulan tau!







Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 5 May 2014

Sembelit ketika berpantang:igauan ngeri


 Bismillahirrahmanirrahim..

 Bagi ibu-ibu yang pernah hamil dan melahirkan, mesti pernah mengalami sembelit yang agak teruk kan? Tambahan pula bagi yang bru lepas melahirkan anak,mesti akan jadi sembelit hari pertama selepas melahirkan. Di tambah pula dengan rasa 'seriau' nak membuang disebabkan luka jahitan dekat bawah.

'seriau' dan sembelit ini pernah saya alami ketika selepas melahirkan anak pertama dulu. Ingat lagi masa hari pertama,hari kedua,ketiga saya tidak 'membuang' air besar disebabkan seriau huhu. Pernah misi yang datang cek kat rumah tanya ada buang air besar tak,saya mengiyakan jer,(tipu sat hehe). Tapi sampai bila nak rasa seriau dan tahan je kan. memang saya mengalami sembelit yang teruk la masa first nak membuang tu,sampai menggigil huhu.

 Tapi semasa melahirkan anak kedua saya langsung tidak sembelit dan takut nak membuang. Sebab saya mengamalkan OSTEMATRIX dari shaklee. pembuangan saya lancar je setiap hari. Sebab tu sesiapa yang mengalami sembelit atau membuang seminggu sekali, atau 3-4 hari sekali saya sangat rekomen makan ostematrix ni.






Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 3 May 2014

ESP SHAKLEE :Cara bancuh esp




 Bismillah..

Disebabkan ESP ni sangatlah glamour sekarang, dan mungkin ada orang yang baru nak try minum esp ni, disini saya nak berkongsi cara bancuhan esp ni..sangat mudah..
Cuma sediakan bekas shaker (kenapa shaker?) Cawan atau bekas lain boleh digunakan, cumanya kalau shaker ni lagi senang cara bancuhannya, shake2 jer dah boleh minum. Ok kalau tak dak shaker, dalam mug pun boleh, cuma agak leceh la sebab bila bancuh esp akan jadi berketul-ketul sikit (esp tak boleh bancuh dengan air panas!), so nak kena kacau-kacau sampai sebati, kan rumit sikit tu.

Masukkan satu sudu besar esp + mana-mana air kegemaran anda (air kosong pun boleh), asalkan jangan air panas, sebab nanti protein dalam esp ni akan hilang. Air suam pun boleh. Sekali minum masukkan satu sudu besar esp, maksimum bancuhan dalam sehari ialah 3 kali. so kalau korang nak minum sekali jer sehari boleh masukkan 3 sudu sekaligus.

Esp ni sangat sesuai diambil sewaktu breakfast atau waktu malam. Pagi-pagi sebelum pergi kerja atau buat breakfast lain untuk family, adalah digalakkan minum esp ni dulu so akan rasa kenyang..dan takdak lah nak makan banyak breakfast tu nanti kan. Orang yang bekerja pun elok sangat minum esp ni. yelah pagi-pagi sebelum ke tempat kerja mesti tak sempat nak buat breakfast kan, so shake-shake jer..kenyang sampai lunch nanti, InshaAllah :)

Saya dah try macam-macam perasa mix and match. Semuanya sedap di tekak saya. Sebab tu saya pengguna tegar esp ni..hihi






esp
Selepas ini saya akan kongsikan antara resipi yang pernah saya cuba pula :)

*esp tak boleh campur dengan kopi atau teh tau


Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) 
atau emel ke mellyna35@yahoo.com
 Shaklee Independent Distributor


 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday 1 May 2014

MEALSHAKES Shaklee : Promo bulan Mei


Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni 1 Mei 2014, bersamaan 1 Rejab. So selamat hari buruh/pekerja kepada semua-semua yang bekerja. Hari buruh..erm bunyi macam kerja berat je kan..macam buruh binaan jer..hihi. Tapi bila sebut hari pekerja nampak la soft sikit, macam kemas jer kerja :) Apa apa pun maksudnya sama saja kan..Tapi bagi saya yang bekerja di rumah ni (suri rumah), ada ke istilah cuti hari pekerja? kena tanya encik suami la, mintak cuti dari dia kot?? Rasanya suri rumah tiada istilah cuti..yelah celik-celik mata kerja dah menunggu..sampai la ke malam. Begitulah rutin suri rumah tiap-tiap hari. Tapi apa-apa pun..ENJOY!! :)



Ok sempena dah masuk 1 mei hari ni kan, sukacitanya nak mengumumkan promosi shaklee bulan ni..

Ninndiaaa!! MEALSHAKES..

Mealshakes ni untuk siapa?
*kanak-kanak (1 tahun keatas)
*orang dewasa
*orang tua

Kesimpulannya, MEALSHAKES ni sesuai untuk SEMUAA tau! :)

Apa yang bestnya mealshakes ni? nanti saya akan kongsikan yer..



Nak dapat harga lagi special?? Jom jadi AHLI SHAKLEE :)


Berminat?? 
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor

 **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik