Sebagai ibu, mesti sangat susah hati kalau anak tak nak
makan kan? Saya rasa Ibu-ibu yang ada anak kecil mesti pernah melalui situasi
macam ni..ada satu tahap anak anda akan kurang makan, asyik nak main jer. Biasa
lah budak-budak, dalam fikiran mereka hanya ingat main dan seronok sahaja. Saya
juga mengalami situasi macamni, pernah satu masa dahulu anak langsung tak nak
makan nasik, asyik nak susu sahaja. Berat pulak memang tak naik la kan, tak
sesuai dengan umurnya. Sampai nurse pun dah bising dan tiap-tiap bulan kena
chek up nak tengok berat badan naik ke tak.
Vitamin dah macam-macam saya bagi, sama ada klinik kerajaan
atau swasta semua saya mintak vitamin untuk lalu makan. Harith kalau bagi makan
direct macam tu jer memang dia tolak mentah-mentah, pandai luah kan balik.
Appeton yang weight gain punya pun saya pernah bagi, campur dalam susu tapi
harith bijak, dia dapat beza rasa susu lain. Pada hal kalau kita rasa, macam
sama jer rasa susunya..hihi. Macam-macam cara dah buat nak bagi ada selera
makan. Ada jugak nurse kata mungkin cacing. Dah bagi ubat cacing pun still tak
jalan-jalan jugak..adoii susah hati betul.
Sampai lah satu masa tu saya tergerak nak cuba mealshakes
shaklee punya. Sebab tengok banyak testimoni positive tentang anak-anak
diorang. Saya pun cuba lah campurkan setengah sudu kecil dalam susu harith,
takut jugak dia dapat beza rasa lain kan. Tapi alhamdulillah dia minum habis
je. Mungkin sebab mealshakes ni rasa vanilla, seakan-akan sama rasa dengan susu
dia..hihi.
Lepas je bagi mealshakes ni saya dah nampak perubahan, dah
pandai mintak nasik! Walaupun makan tak banyak dalam satu-satu masa atleast dia
dah pandai mintak kan. Maknanya dia tau lapar dan mahu makan. Makan pun dah
pelbagai, nasi goreng, mee kuetiaw semua dah mula makan. Kalau dulu jenuh ummi
akan kejar-kejar setiap kali nak suap makan tapi sekarang siap berebut-rebut
dengan adiknya lagi nak disuap. (si adik memang kuat makan, kalah abang). Waktu
tu rasa bahagianya hidup dapat suap sendiri anak makan, anak pulak berebut nak
makan. Saya rasa inilah saat paling bahagia sebagai seorang ibu :-)
![]() |
adik lagi besar dari abg la pasni.. |
*Mealshakes ni perasa vanilla..Baunya saja dah rasa nyaman. Ummi pun macam nak makan tapi tak boleh sangat sebab berat ummi dah terlebih..ooppss!!!
Amalina,
Shaklee Independent Distributor
Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment