Sunday 20 July 2014

Kenapa Nenas Berbahaya pada Kehamilan?

Seseorang wanita yang hamil pasti akan menjaga pemakanannya sepanjang kehamilan. Biasanya wanita yang hamil pasti akan lebih mengambil sayuran dan buah-buahan. Buah yang mengandungi asam folat yang tinggi seperti pisang sangat baik dimakan ketika hamil. Namun tidak semua buah baik untuk dimakan walaupun ianya banyak mengandungi vitamin.

Nenas, salah satu buah yang paling 'femes' yang tak boleh dimakan oleh wanita hamil. Nenas dipercayai boleh menggugurkan kandungan terutamanya nenas muda. Benarkah nenas merbahaya pada kehamilan? Apakah buah tropika ini benar-benar merbahaya untuk dimakan? Kenapa nenas terkenal dengan 'ketajamannya' sampai boleh menggugurkan kandungan?

Nenas menyebabkan kelahiran pra-matang
Banyak yang menyarankan perempuan hamil tidak boleh terlalu banyak makan nenas atau jus nenas sekalipun, ketika di awal kehamilan. Ini kerana buah nenas mengandungi zat bromelian yang boleh melemahkan leher rahim sehingga menyebabkan penguncupan. Kebanyakkan wanita hamil risau untuk makan buah nenas kerana dikhuatiri akan melahirkan bayi pra matang, tetapi tidak semestinya, ada juga wanita yang tidak melahirkan terlalu awal selepas memakan buah nenas ini.

Nenas boleh menyebabkan keguguran :
Menurut pandangan orang tua-tua dahulu, nenas sangat 'tajam' dan boleh mnyebabkan keguguran. Enzim protease bromelain yang terkandung dalam buah nenas boleh melemahkan leher rahim dan boleh menyebabkan keguguran. Nenas, terutamanya nenas yang masih muda dapat menolak aktiviti rahim dan boleh membahayakan kehamilan. Jadi wanita yang hamil harus mengelakkan makan buah tropika ini terutamanya pada bulan-bulan awal kehamilan.

Masalah kesihatan yang lain :
Buah nenas biasanya masam. Makan terlalu banyak buah nenas boleh menyebabkan cirit birit dan perut memulas. Jadi bagi wanita hamil yang sering mengalami perut memulas dan cirit birit yang serius disebabkan makan nenas, adalah merbahaya untuk mereka dan kandungan.

Sebenarnya, kuantiti enzim bromelain yang terkandung dalam sebiji nenas adalah terlalu sedikit. Sebagai logik perbandingan, sebiji nenas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah lagi jika wanita hamil hanya makan seulas nenas yang dipotong. Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran.

Kata Dr. Zubaidi, "saya tidak berani mengatakan jus nenas dan nenas yang ditinkan selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan memakan seulas nenas yang dipotong tidak mendatangkan bahaya pada wanita yang hamil, terutamanya di awal kehamilan. jadi berwaspadalah".


SET IBU HAMIL
SET KESUBURAN
SET BERPANTANG

Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 19 July 2014

Bahaya Penyakit Resdung jika diabaikan

Apakah RESDUNG?

Resdung/sinusitis biasanya disebabkan jangkitan bakteria.Selalunya resdung yang disebabkan bakteria ini akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selsema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

set resdung shaklee


Apakah yang menyebabkan sinusitis dan gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selsema dan selalunya dikaitkan dengan deman alergi atau alahan, asma, atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.Kita tidak boleh ambil mudah kerana ia akan memudaratkan dan bahaya jika diabaikan.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehujauan dan berbau busuk.Sakit kepala akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung. Kita boleh mengenal pasti sama ada kita mempunyai penyakit resdung ini dengan gejala/tanda-tanda resdung yang timbul pada diri kita.

Kemudaratan Resdung

  • jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • jangkitan otak
  • sakit tekak yang kronik
  • jangkitan tulang muka
  • menerukkan keadaan lelah
  • berdengkur secara kronik
  • menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • alahan hidung
  • selsema biasa yang melarat

Jenis-jenis resdung

1) AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Cairan dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan, sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna. Sehubungan itu, jangkitan akan berlaku berterusan tetapi tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
  • hidung berair, tersumbat, dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang
  • rasa sakit apabila seseorang itu tunduk dan sujud

2)KRONIK

serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • jerawat yang banyak, namun ada juga individu yang tidak berjerawat
  • kerap bersin pada waktu pagi
  • hidung tersumbat
  • tanpa demam, tetapi hingus bertambah
  • sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
*Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

KOMPLIKASI 

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta, kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata amat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu, nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

*Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. bahagian sinus maxilla meruapakan kawasan yang sering dijangkiti resdung tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumapama ini, kadar kematian meningkat kepada 40 peratus.

Jadi, untuk mengurangkan dan merawat resdung, boleh mencuba SET RESDUNG SHAKLEE. InshaAllah, jika diambil secara konsisten, penyakit resdung dapat dikurangkan. Tiada lagi alahan pada debu dan habuk, tak perlu lagi elakkan makanan seafood.!


Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


 

Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 18 July 2014

Tips untuk 10 malam terakhir (Ramadhan)

Bismillah.. sebelum itu, saya mengucapkan takziah atas berita pagi tadi yang betul-betul mengejutkan kita semua. Tentang nahas pesawat MH17. Al-fatihah untuk semua yang beragama Islam. Saya dapat tahu pun melalui dalam laman sosial facebook. Pagi tadi dalam berita Topik siang ada juga berita mengenai nahas ini. Ini kerana ada juga warga Indonesia yang terlibat dalam nahas pesawat  MH17ini. Berita ini juga membuatkan saya terfikir, Allah nak uji dalam pelbagai cara, tak kira di  mana dan bagaimana berakhirnya hayat seseorang itu. Peristiwa ini telah 'membangkitkan' kita tentang bagaimana kematian nanti. Cukupkah bekalan kita untuk dipersembahkan di hadapan Allah? Banyaknya kekurangan diri ini.

Jadi jom lah sama-sama kita gandakan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadhan kali ini. Diharapkan kita semua tidak meninggalkan solat terawih di akhir-akhir malam Ramadhan tahun ini kerana banyak fadilatnya. Antara tips 10 malam terakhir Ramadhan yang boleh kita lakukan :

1) Jangan biarkan prestasi kita dalam Ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pada 10 malam terakhir. Keampunan Allah boleh datang pada bila-bila sahaja, perlu positif dan ikhlas

2) Baca tafsir Quran alQadr untuk faham apa sebenarnya berlaku pada malam alqadr, merasai kehebatannya & lebih lagi

3) Jangan tunggu sehingga malam ke 27 baru nak bersungguh-sungguh. Target kesemua 10 malam dan berjaga pada malam semuanya. jangan terlepas lailatul qadar hanya sebab 'kebetulan'

4) Ikut sunnah. Bukan budaya atau amalan yang tak selari dengan sunnah. Hadis- barangsiapa yang berjaga malam dan bersolat/doa pada malam qadr disebabkan keimanan dan berharap balasan pahala, dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan

5) Hafal doa dan selalu berdoa Allahumma innaka 'afuwwun..

6) Sediakan senarai doa - apa yang betul-betul kita nak dalam dunia ini, dalam agama kita, keluarga dan akhirat. Jangan lupa masukkan ikhwah/akhwat kita yang sedang menderita di seluruh dunia.

7) Tidur sekejap-sekejap waktu siang. Jangan makan kenyang sangat dan harus tidur terus lepas isya'. Lepas tidur sekejap terus bangun dan bersiap untuk beribadah

8) Jangan abaikan isteri dan anak-anak. Anak-anak mampu untuk berqiam sekejap-sekejap, walaupun mungkin tak sepanjang malam. Jika anak-anak boleh berjaga malam untuk menonton tv atau bermain game, takkan mereka tidak boleh qiam. Sediakan mereka, buat mereka teruja untuk bangun malam

9) Pakai pakaian terbaik untuk bangun qiam pada malam-malam ini. Pakai wangi-wangian dan rasai tenaga yang lahir dari keadaan minda/psikologi yang bersedia ini

10) Pilih satu tempat di masjid/di rumah yang boleh bersendiri dan rasa tenang. Sediakan Quran, sejadah, air disisi agar tak perlu ke sana kemari waktu beribadah nanti

11) Jika mengantuk, selang seli dengan qiam, doa, baca quran. Hanya dengar ceramah/tazkirah jika betul-betul mengantuk. Jika tidak, elakkan

12) Tutup sementara semua komputer, whatsapp dan lain-lain. Putuskan hubungan dengan dunia, hebatkan hubungan dengan Allah

13) Kunci yang paling utama ialah KESABARAN. 10 malam terakhir ini mungkin akan meletihkan kerana masih bekerja/bersekolah. Tapi inilah masanya untuk bersabar dengan segala kepayahan ini. Fikirkan bagaiman Allah telah merahmati kita dengan malam lailatul qadr ini yang mungkin takkan datang lagi dalam hidup kita. Jika kita tahu Ramadhan tak akan datang lagi bagi kita, jika kita tahu jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mahukannya, tentu kita akan pecut kepadanya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun

14) Yang paling penting, husnu dzaan pada Allah. Jika kita harap yang terbaik, Dia akan beri pada kita yang terbaik. Jangan teragak-agak. Curahkan hati dan perasaan kita padaNya.

Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin





Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday 17 July 2014

Cara Mengatasi Morning sickness/Alahan semasa Hamil

Apa itu morning sickness?


Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (timester pertama kehamilan). Morning sickness terjadi kerana adanya peningkatan hormoon ketika kehamilan. Selama kehamilan, prodiksi hormon estrogen dan progesteron meningkat hinggan mempengaruhi fungsi neuron serta fungsi alat tubuh lainnya.

Setiap wanita hamil akan memiliki tahap alahan/morning sickness yang berbeza, ada yang yang langsung tidak mengalami alhan sepanjang kehamilan, tapi ada juga sesetengah wanita hamil mengalami alahan, mual dan muntah-muntah setiap masa sehingga memerlukan rawatan dan di masukkan ke hospital. Ada yang mengalami morning sickness dipagi hari sahaja, dana ada pula yang mengalaminya di malam hari sehinnga mempengaruhi waktu tidurnya. Walau bagaimanapun, kebiasaanya wanita hamil mengalami pada awl kehamilan iaitu bermula dari minggu keenam dan berakhir pada minggu ke lapan atau sembilan kehamilan. Ini kerana setiap wanita hamil sangat istimewa dan memiliki pengalaman yang berbeza, termasuklah saya dan anda!

Adakah Morning sickness merbahaya?

Morning sickness terjadi kerana perubahan hormon kehamilan yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, di mana sahaja dan dalam keadaan apa pun sehingga kadang-kadang anda akan terasa mengganggu aktiviti seharian anda, selama kehamilan di trimester pertama. Walau bagaimanapun, bagi anda yang mengalami morning sickness yang normal/biasa-biasa sahaja dan mampu mengatasinya, tidak lah merbahaya. Tetapi jika mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk, mungkin bukan sahaja disebabkan hormon kehamilan tetapi ia juga dipengaruhi sindrom hiperemesis gravidarium. Bagi anda yang mengalami morning sickness yang abnormal biasanya tidak akan dapat menerima makanan dan merasa mual ketika minum air sehingga menyebabkan dehidrasi, haruslah segera merujuk dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan penyelesaian.

Cara Mengatasi morning sickness

Walaupun morning sickness merupakan perkara biasa dan normal yang biasa dialami wanita hamil, namun bukanlah beerti anda harus membiarkan sahaja. Mual dan muntah yang anda alami dengan teruk akan mempengaruhi kesihatan anda dan perkembangan janin. Beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengurangkan morning sickness ini :

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap. Jangan makan dalam jumlah atau hidangan yang besar kerana ia hanya akan membuat anda bertambah mual. Cubalah untuk makan walaupun hanya dalam jumlah yang sangat sedikit.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayurandan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, biskut, kentang, dan lain-lain.
  • Sewaktu bangun tidur di pagi hari, jangan terburu-buru untuk bangun, cubalah duduk dahulu dan bangun berdiri perlahan-lahan. Jika anda merasa mual sewaktu bangun tidur, sediakanlah snek atau biskut dekat dengan tempat tidur anda, dan anda boleh memakannya dahulu sebelum cuba untuk bangun berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, pedas, dan berminyak, yang akan menyebabkan mual anda bertambah teruk
  • Minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi akibat muntah. Minumlah air kosong atau pun jus. Elakkan kafein dan karbonat.
  • Rawatan tradisional : Biasanya orang menggunakan halia dalam mengurangkan rasa mual. Kajian di Australia mengatakan bahawa halia boleh digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi rasa mual dan selamat untuk ibu dan bayi. Wanita hamil boleh mencuba dengan minum air dari halia segar atau gula-gula halia.
  • Beristirehat dan rilek lah kerana apabila anda stress akan memburukkan lagi keadaan mual anda. Ambillah masa anda untuk bersantai, mendengar muzik, membaca buku bayi atau pun membaca majalah kesayangan anda dan sentiasa berfikiran positif.


Percayalah jika anda sentiasa membayangkan bayi yang bakal lahir nanti, sudah pasti anda akan dapat mengatasi morning sickness, ditambah pula dengan bantuan dan sokongan dari keluarga, terutamanya suami. Selain itu, anda juga boleh mencuba vitamin untuk mengurangkan alahan dari Shaklee. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649







Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Atasi Morning sickness/Alahan semasa Hamil dengan vitamin Shaklee

Tiada pengalaman yang paling manis dan gembira bagi seorang wanita ialah apabila saat disahkan hamil. Namun, ramai juga yang serik mengandung disebabkan alakan/morning sickness yang teruk pada kehamilan yang lepas. Ada yang setiap kali mengandung pasti akan mengalami alahan yang sangat teruk sehinggakan terpaksa di tahan di hospital dan dimasukkan air. Alhamdulillah saya tidak mengalami morning sickness/alahan sepanjang hamilkan kedua-dua anak saya, syukur.

hamil


Morning sickness/alahan ini sebenarnya adalah normal dan biasa terjadi pada awal kehamilan (trimester pertama) dan ianya akan beransur-ansur hilang pada minggu kelapan dan sembilan. Sebelum ini saya ada kongsikan tips untuk mengatasi morning sickness, jadi kali ini saya ingin mencadangkan vitamin dari Shaklee yang dapat mengurangkan dan membantu mengatasi alahan ini iaitu B Complex, Ostematrix, dan Peppermint Ginger Plus.




B Complex


Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).


Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
Diperlukan untuk kesihatan mata, kuku, kulit dan rambut
Mencegah stress
Menguatkan antobodi tubuh
Amat penting untuk aktiviti sel genetik
Diperlukan dalam pembentukan asid amino
Keprluan untuk memproses dan memperbaiki sel darah merah
Mencegah anemia

kalsium

Ostematrix

Gabungan kalsium, magnesium lengkap dengan vitamin D. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Gejala paling ringan ialah kekejangan otot, atau pun cramp yang sering terjadi ketika hamil.
Bantu tidur lena sepanjang malam
Badan terasa bertenaga dan mudah bangun pagi terutama apabila digabungkan dengan pengambilan B Complex
Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa badan
Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutamanya ibu hamil
Melawaskan sistem penghadaman (mudah untuk 'membuang')

peppermint shaklee



Peppermint Ginger Plus

Peppermint ini tidak akan mengganggu bayi kerana ia dibuat daripada bahan yang semulajadi. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan sakit perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dan menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya dan mual ketika hamil.
Megakan senak perut
Membantu proses penghadaman
Menyamankan perut
Mengurangkan rasa mual dan loya
Membuang angin dalam badan
Mengurangkan sakit gastrik
Mengurangkan kesan mabuk dalam perjalanan (kereta, bot, kapal terbang, etc)

Jika anda mengalami dehidrasi yang teruk disebabkan alahan ini, boleh juga menambah dengan Performance Drink. Atau boleh juga mengambil ESP atau Meal Shakes untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang kehamilan.

Jadikan pengalaman kehamilan anda sebagai pengalaman yang paling manis!



Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik