Friday 18 July 2014

Tips untuk 10 malam terakhir (Ramadhan)

Bismillah.. sebelum itu, saya mengucapkan takziah atas berita pagi tadi yang betul-betul mengejutkan kita semua. Tentang nahas pesawat MH17. Al-fatihah untuk semua yang beragama Islam. Saya dapat tahu pun melalui dalam laman sosial facebook. Pagi tadi dalam berita Topik siang ada juga berita mengenai nahas ini. Ini kerana ada juga warga Indonesia yang terlibat dalam nahas pesawat  MH17ini. Berita ini juga membuatkan saya terfikir, Allah nak uji dalam pelbagai cara, tak kira di  mana dan bagaimana berakhirnya hayat seseorang itu. Peristiwa ini telah 'membangkitkan' kita tentang bagaimana kematian nanti. Cukupkah bekalan kita untuk dipersembahkan di hadapan Allah? Banyaknya kekurangan diri ini.

Jadi jom lah sama-sama kita gandakan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadhan kali ini. Diharapkan kita semua tidak meninggalkan solat terawih di akhir-akhir malam Ramadhan tahun ini kerana banyak fadilatnya. Antara tips 10 malam terakhir Ramadhan yang boleh kita lakukan :

1) Jangan biarkan prestasi kita dalam Ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pada 10 malam terakhir. Keampunan Allah boleh datang pada bila-bila sahaja, perlu positif dan ikhlas

2) Baca tafsir Quran alQadr untuk faham apa sebenarnya berlaku pada malam alqadr, merasai kehebatannya & lebih lagi

3) Jangan tunggu sehingga malam ke 27 baru nak bersungguh-sungguh. Target kesemua 10 malam dan berjaga pada malam semuanya. jangan terlepas lailatul qadar hanya sebab 'kebetulan'

4) Ikut sunnah. Bukan budaya atau amalan yang tak selari dengan sunnah. Hadis- barangsiapa yang berjaga malam dan bersolat/doa pada malam qadr disebabkan keimanan dan berharap balasan pahala, dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan

5) Hafal doa dan selalu berdoa Allahumma innaka 'afuwwun..

6) Sediakan senarai doa - apa yang betul-betul kita nak dalam dunia ini, dalam agama kita, keluarga dan akhirat. Jangan lupa masukkan ikhwah/akhwat kita yang sedang menderita di seluruh dunia.

7) Tidur sekejap-sekejap waktu siang. Jangan makan kenyang sangat dan harus tidur terus lepas isya'. Lepas tidur sekejap terus bangun dan bersiap untuk beribadah

8) Jangan abaikan isteri dan anak-anak. Anak-anak mampu untuk berqiam sekejap-sekejap, walaupun mungkin tak sepanjang malam. Jika anak-anak boleh berjaga malam untuk menonton tv atau bermain game, takkan mereka tidak boleh qiam. Sediakan mereka, buat mereka teruja untuk bangun malam

9) Pakai pakaian terbaik untuk bangun qiam pada malam-malam ini. Pakai wangi-wangian dan rasai tenaga yang lahir dari keadaan minda/psikologi yang bersedia ini

10) Pilih satu tempat di masjid/di rumah yang boleh bersendiri dan rasa tenang. Sediakan Quran, sejadah, air disisi agar tak perlu ke sana kemari waktu beribadah nanti

11) Jika mengantuk, selang seli dengan qiam, doa, baca quran. Hanya dengar ceramah/tazkirah jika betul-betul mengantuk. Jika tidak, elakkan

12) Tutup sementara semua komputer, whatsapp dan lain-lain. Putuskan hubungan dengan dunia, hebatkan hubungan dengan Allah

13) Kunci yang paling utama ialah KESABARAN. 10 malam terakhir ini mungkin akan meletihkan kerana masih bekerja/bersekolah. Tapi inilah masanya untuk bersabar dengan segala kepayahan ini. Fikirkan bagaiman Allah telah merahmati kita dengan malam lailatul qadr ini yang mungkin takkan datang lagi dalam hidup kita. Jika kita tahu Ramadhan tak akan datang lagi bagi kita, jika kita tahu jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mahukannya, tentu kita akan pecut kepadanya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun

14) Yang paling penting, husnu dzaan pada Allah. Jika kita harap yang terbaik, Dia akan beri pada kita yang terbaik. Jangan teragak-agak. Curahkan hati dan perasaan kita padaNya.

Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin





Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649



Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik