Friday 11 July 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

1. Memukul wajah
Rasulullah SAW melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, "Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah".

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW, "Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah"

3. Memukul di dalam keadaan yang sangat marah
Dari Abu Mas'ud al-Badri dia berkata, "(suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendegar suara (teguran) dari belakangku, 'Ketahuilah wahai Abu Mas'ud! Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah dan Baginda berkata 'Ketahuilah wahai Abu Mas'ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadp budak ini,' maka aku pun berkata, 'Aku tidak akan memukul budak ini selamanya setelah (hari) ini.

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sikap lemah lembut yang di ajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan"

5. Memukul dengan benda keras hingga berbekas
Ini juga di larang oleh Rasulullah SAW. sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. menghukum dengan roti dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Wallahua'alam...




Ingin mendapatkan vitamin Shaklee?
Boleh hubungi saya, 012-4341649


Amalina, 
Pengedar Shaklee Anda




Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik