Thursday 17 July 2014

Cara Mengatasi Morning sickness/Alahan semasa Hamil

Apa itu morning sickness?


Morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (timester pertama kehamilan). Morning sickness terjadi kerana adanya peningkatan hormoon ketika kehamilan. Selama kehamilan, prodiksi hormon estrogen dan progesteron meningkat hinggan mempengaruhi fungsi neuron serta fungsi alat tubuh lainnya.

Setiap wanita hamil akan memiliki tahap alahan/morning sickness yang berbeza, ada yang yang langsung tidak mengalami alhan sepanjang kehamilan, tapi ada juga sesetengah wanita hamil mengalami alahan, mual dan muntah-muntah setiap masa sehingga memerlukan rawatan dan di masukkan ke hospital. Ada yang mengalami morning sickness dipagi hari sahaja, dana ada pula yang mengalaminya di malam hari sehinnga mempengaruhi waktu tidurnya. Walau bagaimanapun, kebiasaanya wanita hamil mengalami pada awl kehamilan iaitu bermula dari minggu keenam dan berakhir pada minggu ke lapan atau sembilan kehamilan. Ini kerana setiap wanita hamil sangat istimewa dan memiliki pengalaman yang berbeza, termasuklah saya dan anda!

Adakah Morning sickness merbahaya?

Morning sickness terjadi kerana perubahan hormon kehamilan yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, di mana sahaja dan dalam keadaan apa pun sehingga kadang-kadang anda akan terasa mengganggu aktiviti seharian anda, selama kehamilan di trimester pertama. Walau bagaimanapun, bagi anda yang mengalami morning sickness yang normal/biasa-biasa sahaja dan mampu mengatasinya, tidak lah merbahaya. Tetapi jika mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk, mungkin bukan sahaja disebabkan hormon kehamilan tetapi ia juga dipengaruhi sindrom hiperemesis gravidarium. Bagi anda yang mengalami morning sickness yang abnormal biasanya tidak akan dapat menerima makanan dan merasa mual ketika minum air sehingga menyebabkan dehidrasi, haruslah segera merujuk dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan penyelesaian.

Cara Mengatasi morning sickness

Walaupun morning sickness merupakan perkara biasa dan normal yang biasa dialami wanita hamil, namun bukanlah beerti anda harus membiarkan sahaja. Mual dan muntah yang anda alami dengan teruk akan mempengaruhi kesihatan anda dan perkembangan janin. Beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengurangkan morning sickness ini :

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap. Jangan makan dalam jumlah atau hidangan yang besar kerana ia hanya akan membuat anda bertambah mual. Cubalah untuk makan walaupun hanya dalam jumlah yang sangat sedikit.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayurandan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, biskut, kentang, dan lain-lain.
  • Sewaktu bangun tidur di pagi hari, jangan terburu-buru untuk bangun, cubalah duduk dahulu dan bangun berdiri perlahan-lahan. Jika anda merasa mual sewaktu bangun tidur, sediakanlah snek atau biskut dekat dengan tempat tidur anda, dan anda boleh memakannya dahulu sebelum cuba untuk bangun berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, pedas, dan berminyak, yang akan menyebabkan mual anda bertambah teruk
  • Minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi akibat muntah. Minumlah air kosong atau pun jus. Elakkan kafein dan karbonat.
  • Rawatan tradisional : Biasanya orang menggunakan halia dalam mengurangkan rasa mual. Kajian di Australia mengatakan bahawa halia boleh digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi rasa mual dan selamat untuk ibu dan bayi. Wanita hamil boleh mencuba dengan minum air dari halia segar atau gula-gula halia.
  • Beristirehat dan rilek lah kerana apabila anda stress akan memburukkan lagi keadaan mual anda. Ambillah masa anda untuk bersantai, mendengar muzik, membaca buku bayi atau pun membaca majalah kesayangan anda dan sentiasa berfikiran positif.


Percayalah jika anda sentiasa membayangkan bayi yang bakal lahir nanti, sudah pasti anda akan dapat mengatasi morning sickness, ditambah pula dengan bantuan dan sokongan dari keluarga, terutamanya suami. Selain itu, anda juga boleh mencuba vitamin untuk mengurangkan alahan dari Shaklee. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649







Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Morning sickness ini harus dirawat dengan betul kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik