Alhamdulillah hari ni dah masuk
10 Ramadhan kita berpuasa. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk kita menahan
nafsu, lapar dan dahaga serta menjaga nafsu dari perkara-perkara yang tidak
baik hingga ke saat ini.
Pada bulan Ramadhan, kita
disunatkan untuk bangun bersahur. Kenapa kita disunatkan bagun bersahur? Kalau ikutkan
tak bangun untuk makan sahur pun takpa kan, tahan je puasa keesokan hari. Tapi percayalah,
walaupun kita hanya bangun bersahurkan seteguk air kosong sahaja pun besar
pahalanya.
Kenapa kita perlu bersahur?
Sebenarnya amalan bangun sahur
ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani
(ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami
dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Sahur adalah satu rahmat dan
berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat
dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:
“Makanlah sahur, sekalipun dengan
seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Hadis tadi menunjukkan
kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum
dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.
Dalam hadis lain, kelebihan ke
atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan
malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan
keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat
At-Tabrani).
Galakan untuk melewatkan waktu
sahur
Selain disunatkan bersahur kita
juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur kerana amalan itu dilakukan
oleh utusan Allah dan sahabat.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sentiasa umatku dalam kebaikan
selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Melewatkan sahur bermaksud
bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin
Thabit pernah berkata:
“Kami pernah bersahur bersama
nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya :
“Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat
Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat
Bukhari)
Penekanan Nabi agar sahur
dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia
menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling
utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003
melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang
berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Justeru, secara umumnya, mereka
yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada
puasa mereka berdasarkan kajian itu. kalau hari-hari lain pun kita ambil
sarapan pagi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. begitu juga
dengan sahur yang diibaratkan seperti sarapan pagi untuk kita berpuasa, yang
mana dapat membekalkan tenaga untuk kita menahan lapar dan dahaga sehingga ke
petang. Lebih daripada itu, bersahur
adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi
keberkatan.
“Katakanlah, Mahukah aku
khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka
yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri
yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan
hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami
telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa
neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
:: Surah Ali Imran, ayat 15 - 17
::
sumber:iluvislam
::Ingin dapatkan SET SAHUR SHAKLEE dari saya, anda boleh menggunakan Kad Kredit atau Debit dan membeli terus dengan kilk di link ini --->> Saya nak Set Sahur
Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649
Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment