Saturday 19 July 2014

Bahaya Penyakit Resdung jika diabaikan

Apakah RESDUNG?

Resdung/sinusitis biasanya disebabkan jangkitan bakteria.Selalunya resdung yang disebabkan bakteria ini akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selsema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

set resdung shaklee


Apakah yang menyebabkan sinusitis dan gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selsema dan selalunya dikaitkan dengan deman alergi atau alahan, asma, atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.Kita tidak boleh ambil mudah kerana ia akan memudaratkan dan bahaya jika diabaikan.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehujauan dan berbau busuk.Sakit kepala akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung. Kita boleh mengenal pasti sama ada kita mempunyai penyakit resdung ini dengan gejala/tanda-tanda resdung yang timbul pada diri kita.

Kemudaratan Resdung

  • jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • jangkitan otak
  • sakit tekak yang kronik
  • jangkitan tulang muka
  • menerukkan keadaan lelah
  • berdengkur secara kronik
  • menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • alahan hidung
  • selsema biasa yang melarat

Jenis-jenis resdung

1) AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Cairan dalam rongga sinus tidak dapat dikeluarkan, sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna. Sehubungan itu, jangkitan akan berlaku berterusan tetapi tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
  • hidung berair, tersumbat, dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang
  • rasa sakit apabila seseorang itu tunduk dan sujud

2)KRONIK

serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • jerawat yang banyak, namun ada juga individu yang tidak berjerawat
  • kerap bersin pada waktu pagi
  • hidung tersumbat
  • tanpa demam, tetapi hingus bertambah
  • sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
*Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

KOMPLIKASI 

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta, kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata amat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu, nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

*Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. bahagian sinus maxilla meruapakan kawasan yang sering dijangkiti resdung tetapi komplikasinya amat jarang berlaku. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumapama ini, kadar kematian meningkat kepada 40 peratus.

Jadi, untuk mengurangkan dan merawat resdung, boleh mencuba SET RESDUNG SHAKLEE. InshaAllah, jika diambil secara konsisten, penyakit resdung dapat dikurangkan. Tiada lagi alahan pada debu dan habuk, tak perlu lagi elakkan makanan seafood.!


Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


 

Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik