Setiap ibu yang menyusukan anak sudah pasti akan merasakan kebimbangan di hati tatkala Ramadhan menjelang tiba. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Apa yang paling di bimbangkan adalah pengeluaran susu semakin berkurang dan ibu tidak dapat mnyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah yang seringkali kita dengar dari kebanyakan orang.
Dalam Islam, setiap ibu yang
menyusukan atau hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan
yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa mengapa diberikan pilihan untuk
berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang di
tinggalkan. Iaitu perihal qada’ dan fidyah.
Namun, kajian yang dilakukan,
berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak.
Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan berkurangnya penghasilan susu dan
kesannya terhadap bayi asalkan mereka sentiasa istiqamah dan menjaga pemakanan
yang seimbang dan sihat sepanjang bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kerisauan
tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya memberi banyak manfaat
kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes-kes
terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.
Pelbagai persoalan yang timbul di
fikiran ibu-ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Kadangkala, bukan
ibu yang menyusukan bayi yang bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat
sekeliling atau pun keluarga yang mempengaruhi minda ibu-ibu ini bahawa
berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui.
Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan
pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu
diminimakan.
Banyak kajian menyatakan bahawa
berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya
dehidrasi yang teruk kepada ibu yang akan menyebabkan bekalan susu ibu
berkurangan. Berpuasa hanya melibantkan penahanan
dari makan dan minum dalam tempoh tertentu sahaja dan hanya memakan masa yang
sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi sekiranya kita mengamalkan
pemakanan yang sihat dan minum banyak air kosong ketika berbuka. Ada sesetengah
individu yang mengambil air yang kurang sewaktu tempoh berbuka puasa dan
kesannya dehidrasi akan berlaku kepada badan pada keesokan harinya dan
menyebabkan keletihan. Sebab itulah disarankan kepada ibu yang menyusu tidak
kiralah walaupun bukan di bulan Ramadhan supaya mendapat bekalan air yang
mencukupi untuk badan segar, bertenaga dan tidak mudah letih.
Ada juga sesetengah pendapat yang
mengatakan bahawa jika ibu-ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin
dalam badan dan akhirnya juga akan terdapat di dalam susu ibu yang akan memberi
kesan terhadap bayi. Tanggapan seperti
ini juga adalah tidak releven kerana seperti yang kita tahu, bayi yang menyusu
susu badan mempunyai system imun yang kuat yang dapat menahan diri mereka dari
serangan penyakit. Ingatlah bahawa Allah mensyariatkan puasa kepada kita dengan
banyak faedah dan manfaatnya.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga
membuktikan bahawa tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu
sekiranya berpuasa. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa
penesuaian metabolic semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu
tidak terganggu. Sungguh hebat ciptaan Allah swt. Penyusuan susu ibu digalakkan
di dalam Islam, dan pada masa yang sama disyariatkan berpuasa pada bulan
Ramadhan. Tetapi ada rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa istimewa untuk
golongan tersebut sekiranya berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga.
Ingin kekal sihat dan bertenaga di bulan puasa walaupun menyusu? Boleh cuba gabungan supplement ini. InshaAllah :)
*Performance Drink - Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penghidratan
*ESP - Minuman berprotein tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dari 500 gram kalsium bagi setiap hidangan. Glisemik rendah membantu kekalkan paras gula dalam darah.
*Meal Shakes - Makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah glisemik dengan 19 vitamin dan mineral. Sumber terbaik serat dan protein.
Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649
Bagi yang ada kad KREDIT atau kad DEBIT, anda boleh beli terus melalui link ini ----->>
supplement berpuasa
Berminat?? Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment