Friday 31 August 2018

Pepermint Hilangkan Angin Dalam Badan



Malam kemarin tiba-tiba kepala saya rasa pening, perut rasa sebu, mual-mual macam nak muntah pun ada. Eh tapi ini bukan kisah morning sickness tau. Saya pasti bila sebut loya-loya perut berangin je mesti orang ingat ada isi.

Tapi yang saya alami semalam rasa nak muntah bukan sebab ada isi, angin kus-kus ada la..hehe. Baru saya tahu sebab apa perut saya rasa sebu, nak temuntah, mungkin sebab saya terlebih makan kot dinner malam tu. Sampai bertambah nasik. Konon nak diet tak nak makan dah tapi tak tahan daulat tengok mak masak sambal sotong..huhu.

Bila rasa perut berangin ni dalam fikiran nak minum air halia jela jalan penyelesaiaannya. Kan best kalau ada Peppermint Ginger Plus Shaklee, mesti masalah senang je selesai. Tapi takda stok pulak kat rumah. Maka alternatif lain terpaksa la bancuh air halia. Minum panas-panas tak sampai 5 minit terus blurppp..keluar angin..lega sikit rasanya.

Legakan Kembung Perut, Angin, dan Mual dengan peppermint Ginger plus dari Shaklee!

Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini yang menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai pengguna yang mengalami masalah berikut:

*Wanita hamil yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
*Mereka yang gemar mengembara dan sering mengalami mabuk laut/darat
*Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
Mereka yang sering mengalami kembung perut

Keistimewaan Shaklee:
Kombinasi 4 herba dari barat dan timur (halia, pudina, anise & Fennel) yang dihasilkan dalam satu tablet. Secara kilinikalnya ia sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Peppermint Ginger Plus ini dapat membantu dalam:
  • Melegakan senak perut
  • Membantu penghadaman
  • Mabuk laut/darat
  • Melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • Melegakan sakit period
  • Melegakan mual atau loya angin ketika hamil
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyamankan perut

Harga Rm 45
90 biji

www.wasap.my/+60124341649
COD sik jeniang



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday 29 August 2018

Makanan Yang Boleh Tingkatkan Nutrisi Ibu dan Bayi Ketika Hamil


Ibu hamil perlu tahu apa yang perlu dimakan untuk memastikan kesihatan dan kandungan sentiasa baik. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar dapat  menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.


Empat Superfood ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu Hamil dan Kandungan



  • Ikan


Ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan omega yang tinggi. Oleh yang demikian ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan otaknya.


  • Sayur-sayuran berdaun hijau


Ramai yang sedia maklum bahawa sayur sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Contohnya seperti sayur bayam kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik. Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang di dalam kandungan.
 

  • Brokoli

Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.

Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Anda secara tak langsung mengambil potassium. Potassoum dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi didalam kandungan.


  • Produk Tenusu

Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan anak dalam kandungan.

Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu setiap hari. Selain daripada itu, anda juga boleh menggantikannya dengan melebihkan pengambilan peoduk tenusu yang lain juga. Contohnya seperti keju dan yogurt.


Sumber: majalah pa&ma

Set Shaklee Ibu Hamil




  • Vita lea

Multivitamin seauai untuk ibu hamil sebagai pelengkap nutrisi. Sangat disyorkan jika anda mempunyai HB yang rendah semasa hamil.

Harga: RM 93.75 (120biji)


  • B complex

Membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Mengurangkan tekanan pada si ibu. Juga merupakan asid folik yang wajib diambil oleh ibu apabila hamil.

Harga: RM 58.74 (120biji)


  • Ostematrix

Merupakan pil kalsium untuk ibu dan bayi. Mengelakkan kekejangan dan kebas dan sakit pinggang ketika sarat mengandung.

Harga: RM 61.25 (120biji)



COD Sik Jeniang


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 27 August 2018

Fungsi Vitamin C untuk Kecantikan Kulit

Mempunyai kulit yang cantik dan sihat dambaan setiap orang terutamanya perempuan. Banyak produk kecantikan yang dijual diluar sana yang dijual untuk membantu meningkatkan kesihatan kulit.


Mengapa vitamin C penting untuk kulit?


Vitamin c mempunyai sifat antioksidan yang berperanan dalam pembentukan kolagen sehingga kehadiran vitamin c tidak dapat dipisahkan dari kulit yang sihat. Vitamin c dalam lapisan dermis dan epidermis akan menurun disebabkan penuaan. Selain disebabkan penuaan kandungan vitamin c dalam kulit juga akan menurun disebabkan paparan sinaran ultraungu dan polutan terhadap kulit.

Salah satu cara mendapatkan vitamin c secara semulajadi untuk kulit adalah melalui makanan. Makanan yang mengandungi vitamin c adalah buah-buahan seperti limau, strawberi, brokoli dan bayam.

Dengan mengonsumsi makanan yang mengandungi vitamin c dapat membantu meningkatkan kinerja tabir suria yang diaplikasikan pada kulit anda, menyebabkan kulit anda terlindung dari bahaya sinar ultra ungu dan mencegah kerosakan sel kulit.

Selain daripada itu anda juga boleh mendapatkannya melalui suplemen vitamin c.
Suplemen sustained release vitamin c shaklee adalah vitamin c semulajadi.

Sustained Release Vitamin C Plus


Merupakan vitamin c yang penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.

Tahukah anda? Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin c. Oleh itu anda perlu sentiasa mengambil vitamin c untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan vitamin c Shaklee


Sustained released vitamin c plus adalah produk semulajadi yang diperoleh daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin c dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin c dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkaya dengan 120 mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin c untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

cod Sik Jeniang


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday 22 August 2018

Darah Tinggi Ketika Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mengalami Sakit Jantung


Mommies, pernah mengalami darah tinggi semasa hamil? Kenapa penyakit darah tinggi merbahaya ketika hamil?


  1. Pengaliran darah ke placenta kurang
  2. Placenta abruption atau uri lekang
  3. Merencatkan pertumbuhan bayi
  4. Kerosakan organ organ lain seperti buah pinggang, otak, hati, jantung, paru paru.
  5. Kelahiran pramatang
  6. Risiko penyakit jantung di kemudian hari.
Apa itu Preeclampsia?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom simptom kerosakan organ yang lain. Boleh mengancam ibu dan bayi. Selain itu ia juga boleh menyebabkan sawan.

Antara tanda tanda preeclampsia:
  1. Protein dalam air kencing
  2. Sakit kepala yang teruk
  3. Penglihatan bermasalah
  4. Sakit perut sebelah atas (biasanya sakit dibawah tulang rusuk kanan)
  5. Loya atau muntah
  6. Kurang pletelet dalam darah
  7. Hati tidak berfungsi dengan baik
  8. Susah bernafas, temengah mengah

Supplemen yang boleh membantu  mengawal darah tinggi ketika hamil




  • Omega Guard
  • Menggalakkan peredran darah, memecahkan lemak dan kolesterol
  • ESP
  • Protein untuk pembinaan sel sel seperti salur darah, organ dan hormon
  • Ostematrix
  • Kalsium dan magnesium untuk stabilkan denyutan jantung dan tekanan darah.
  • Garlic




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 20 August 2018

Merokok Boleh Menyebabkan Bayi Meninggal Semasa Hamil

Golongan wanita merokok, agak janggal atau jarang jumpa tetapi masih ada lagi golongan ini terutamanya wanita bukan islam. Wanita yang merokok sepatutnya meninggalkan tabiat merokok ini sejak mula ingin mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.

Merokok merbahaya kepada anda, sama jugalah merbahaya pada bayi dalam kandungan. Tidak kira lah anda perokok tegar atau pasif kesannya tetap sama. Kenapa ia begitu bahaya?

Ini kerana merokok akan merencatkan oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.

 Merokok dapat meningkatkan risiko untuk:

  • Keguguran
  • Kehamilan luar rahim
  • Bayi meninggal tiba tiba dalam kandungan tau sejurus sahaja selepas dilahirkan
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan (biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit)
  • Masalah tumbesaran dalam rahim (bayi kecildan bermasalah)
  • Uri lekang (placental abruption)
  • Risiko kelahiran bayi pramatang (tak cukup bulan)
Seeloknya bagi wanita yang hamil, dinasihatkan untuk berhenti merokok. Tak payah la merokok lagi, kesihatan terjejas, duit pun habis.

Cara dan tips untuk berhenti merokok, boleh baca disini.



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday 18 August 2018

Tips Berhenti Merokok



Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana m
erokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.  Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
  • ·         Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • ·         Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • ·         Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • ·         Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • ·         Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • ·         Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • ·         Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • ·         Meningkatkan deria bau dan rasa
  • ·         Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • ·         Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • ·         Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • ·         Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • ·         Meningkatkan kesuburan.
  • ·         Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • ·         Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • ·         Yakin diri
  • ·         Buatkan nota peringatan
  • ·         Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • ·         Sentiasa berfikiran positif
  • ·         Dapatkan sokongan
  • ·         Gunakan terapi penganti nikotin
  • ·         Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M 
  •  Melengah-lengahkan. Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  • Menarik nafas panjang. Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  • Minum air terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  • Menyibukkan diri. Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  • Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
  • Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  • Mengunyah sesuatu. Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  • Membasuh tangan selalu
  • Mandi dengan kerap
Credit: infosihat 

Vivix Alternatif Berhenti Merokok


Vivix membuang nikotin yang ada pada DNA anda dan DNA anda pulih sepenuhnya menyebabkan anda tidak lagi ketagih untuk merokok. Selepas anda mengamalkan vivix 'feel' merokok itu tiada lagi, malah rokok rasa pahit!

Untuk pengetahuan anda, vivix ini tidak baiki setakat sel sahaja, malah sampai ke DNA. Asap rokok ini salah satu tergolong dengan radikal bebas. Radikal bebas itulah yanag menyebabkan tubuh kita pun akan mengalami kerosakan musnah sehinggan tahap  DNA setiap hari. Cuba bayangkan si perokok tegar, berapa banyak sel DNA yang telah musnah?

Isteri, ibu ayah yang ada ahli kelurganya merokok, apa kata cuba hadiahkan vivix ni buat mereka yang tersayang. Mahal? Daripada duit dihabiskan pada rokok, lebih baik membeli vivix sebagai ikhtiar untuk mereka berhenti merokok.


Testimoni Vivix Berhenti Merokok






COD: Sik Jeniang Kedah 

Klik untuk order 


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 17 August 2018

Cegah dan Ubati Kayap Sebelum Merebak!


Ada seorang customer saya ni telefon, katanya urgent nak vitamin untuk kayap. Ubat hospital dan cara kampung dah cuba tapi masih lagi sakit-sakit tak berkesan. Jadi dia mengambil keputusan untuk mencuba pula Set Kayap Shaklee. Mujurlah rumah saya dengan upline dekat jer, terus saya ambil stok dan COD terus ke customer ni.

Apa Itu Kayap?

Kayap atau juga dikenali herpes zoster merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Anda yang terkena kayap akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur.   

Mengikut cerita dari pengalaman orang yang pernah terkena jangkitan kayap ini, gatal kayap ni memang sakit dan pedih. Rasa sakit itu bukan macam bengkak bisul atau kurap yang biasa. Rasa sangat sakit terutamanya jika terkena geseran kain atau baju yang dipakai, lenguh-lenguh sehinggankan tudur pun tak lena.

Kayap ni pulak ada pelbagai jenis. Ada kayap air, kayap jagung, kayap api, kayap ular. Pernah dengar tak orang tua-tua cakap kayap ular, ia akan menjadi jalur dan jika jalur tersebut terhubung atau bersambung, boleh membawa maut! Nauzubillah.


Pantang Larang Jika Dijangkiti Kayap (lebih kepada tradisional)

1) Segera jumpa doktor untuk ubat dan rawatan. Boleh juga mencuba kaedah tradisional

2) Elakkan memakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan akibat geseran pakaian dengan bahagian kulit.

3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh pakaian yang baru diangkat dari jemuran terik matahari atau baru digosok.

4) Dilarang memakai pakaian serta baju yang basah.

5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ini akan gatal-gatal dan menyebabkan anda terasa nak garu. Minta ubat untuk mengurangkan gatal-gatal.

6) Bila mandi, biasakan menggosok perlahan-lahan bahagian kayap itu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap itu.

7) Jika boleh semasa dijangkiti kayap ini, elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan-rakan dikhuatiri mereka ini akan dijangkiti pula.

8) Jaga pemakanan dikhuatiti akan rasa bisa dan gatal-gatal. Elakkan makanan bergoreng seeloknya makanlah makanan yang direbus atau dibakar sahaja. Elakkan juga makanan yang berminyak.

9) Kurangkan makan buah-buahan tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur contohnya tembikai, timun, labu.

10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng dalam tempoh berpantang kayap.

11) Bila kayap dah betul-betul kering jangan dikupil parutnya. Biarkan ia tertanggal sendiri kerana bahagian kulit belum betul-betul kering, dikhuatiri merebak kembali.


Produk Shaklee untuk Masalah Kayap


1) Vivix
Minuman yang tinggi antioksidan yang memperbaiki sel DNA. Antioksidan ini akan melawan toksik daripada virus dan seterusnya melindungi sel dari diserang.

2) Nutriferon
Mengandungi bermacam bahan semulajadi yang berkualiti yang dimodenkan oleh sains. Nutriferon akan membantu menaikkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan kayap.

3) B Complex
Penahan sakit semulajadi yang melegakan saraf yang terlibat dengan kayap.

4) Garlic Complex 
Bawang putih yang bersifat anti viral dan anti bakteria. Bila anda mengamalkan Garlic, ia akan membantu tubuh untuk melawan virus kayap.

5) Alfalfa
Sejenis agen detoks yang sangat hebat. Ia juga bersifat anti fungus.


Testimoni kayap

VIVIX bantu atasi kayap

Nutriferon :Kayap kering dalam masa 7 hari


Kayap semakin kering dan tak pedih lagi


Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?

COD Sik Jeniang

www.wasap.my/+60124341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Tuesday 14 August 2018

Cara Turunkan Paras Kolesterol



Berapa kerap anda memeriksa paras kolesterol anda? Selain dari kencing manis yang selalu kita periksa dan kawal, kolesterol juga wajib kita ambil tahu dan pantau. Ini kerana Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu diserang penyakit terutama sakita yang berkaitan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, saluran darah tersumbat, dan seterusnya serangan jantung!

Dengar saja perkataan kolesterol, mungkin kita semua ingat bahawa kolesterol adalah yang harus dihindarkan. Tetapi sebenarnya tidak semua kolesterol didalam tubuh kita bersifat jahat, kerana tubuh juga memerlukan kolesterol baik untuk membantu melaksanakan fungsinya.

Terdapat kolesterol baik dan kolesterol jahat di dalam tubuh kita. Keduanya haruslah berada pada paras yang normal untuk menjadikan badan kita seimbang dan sihat. Terlalu tinggi kadar kolesterol jahat dalam darah atau terlalu rendah kadar kolesterol baik dalam darah akan menyebabkan tubuh badan kita berisiko untuk serangan jantung, atau stroke. 

Tahukah anda berapa bacaan kolesterol yang sihat? Kita boleh memeriksa kadar bacaan kolesterol dalam badan dengan mengambil sedikit darah, sama seperti kita memeriksa kadar kencing manis. Boleh diperiksa di farmasi, kalau tak silap saya RM 15 sahaja sekali periksa. Seeloknya pada awal pagi, sebelum kita makan apa-apa.


Secara ringkasnya paras kolesterol yang sihat boleh dirumuskan seperti berikut:

  • Bacaan jumlah kolesterol ialah bawah 5.2 (mg/dL)
  • Bacaan LDL (kolesterol jahat) ialah bawah 2.6 (mg/dL).
  • Bacaan HDL (kolesterol baik) ialah diatas 1.0 (mg/dL)
Jika anda mendapati anda mempunyai kolesterol yang tinggi, yang selalunya melebihi 5 mg/dL , anda sepatutnya bertindak segera untuk menurunkandan memantau sebelum ia menjadi punca penyakit kronik yang lain.

Makanan Yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol



1. Paling penting ialah mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat seperti kurangkan pengambilan lemak tidak tepu, bersenam sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, kawal obesiti dengan mengurangkan berat badan, tidak merokok dan minum alkohol yang boleh menyebabkan kolesterol 'jahat' berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

2. Biji Ketumbar
Bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah koelsterol dalam badan, malah dapat merawat kencing manis. Rendam dalam air panas atau rebus, kemudian bolehlah mengamalkan minum air ketumbar ini.

3. Bawang merah
Saintis di Hong Kong mendapatibawwang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkat kolesterol baik. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet harian anda.

4. Cuka Epal
Mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.
Campurkan satu sudu cuka epal dalam segelas air, minum 2 3 kali sehari. Boleh juga campurkan sedikit manis untuk rasa yang lebih enak.

5.  Jus Oren
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Amalkan minum 2 hari sekali.

6. Oat
mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol 'jahat'. Bancuh oat bersama susu atau boleh juga tambah buah atau kekacang untuk menyedapkan lagi hidangan.

7. Minyak Ikan
Minyak ikan mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung. Boleh juga mengambil suplemen Shaklee iaitu Omega Guard. Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000 mg asid lemak termasuk DHA dan EPA.



Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalalui pemakanan.

Testimoni Oemga Guard Turunkan Paras Kolesterol






www.wasap.my/+60124341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday 13 August 2018

Cara Menjadi Ahli Shaklee Secara Percuma



Umumnya, selalu yang kita tahu mesti kena bayar yuran keahlian tertentu untuk kita menjadi ahli kan. Sama jugak dengan Shaklee, yuran sebanyak RM 75 wajib dibayar untuk membolehkan anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Tetapi sebenarnya, Shaklee juga ada menawarkan Keahlian Secara Percuma/Free Membership. Bagaimana? Jom saya terangkan.

Anda akan dapat keahlian secara percuma dalam Shaklee jika anda membeli barang/membuat pembelian dengan 200 uv lebih kurang RM 700. Bukan itu sahaja, dengan belian 200 uv dan keatas anda juga layak menerima bonus 5% yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dan terus layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli.


Contohnya jika ingin membeli 2 botol vivix, secara automatik anda dapat daftar ahli secara percuma. Bukan vivix je tau. Boleh juga beli barang-barang lain contohnya Set-set lain yang ada dalam Shaklee asalkan uv terkumpul sekurang-kurangnya 200uv



Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee


- Penjimatan harga yang lebih murah
- Bonus setiap bulan
- Diskaun 15-20%
- Car bonus (terma dan syarat)
- International trip (terma dan syarat)

Hubungi saya

www.wasap.my/+60124341649

COD : Pengedar Shaklee Sik Jeniang


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Cara Untuk Mendaftar Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum
 cara jadi ahli shaklee

Bagi pengguna tegar Shaklee, rasanya sangat lah rugi jika anda sebagai pengguna tapi belum menjadi ahli. Ini kerana kelebihan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sangat lah banyak. Selain mendapat penjimatan harga sehingga 25%, anda juga layak untuk nikmati kelebihan dan keistimewaan yang ada di dalam Shaklee.

Kebanyakkan yang join untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee rata-ratanya adalah pengguna Shaklee. Ya, jika anda pernah menggunakan produk Shaklee, sudah tentu anda akan rasakan keberkesanannya dan juga perbezaan dengan produk lain. Sebab itu lah pengguna Shaklee mesti akan repeat order dan seterusnya menjadi ahli Shaklee.

Disini saya akan jelaskan bagaimana langkah-langkah jika anda ingin mendaftar dan menjadi ahli Shaklee.

1) Daftar Ahli Secara Online

 cara daftar shaklee


Cara yang pertama ini paling mudah dan paling banyak yang orang pilih. Maklumlah dengan zaman sekarang yang semua teknologi di hujung jari. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian RM 75 dan berikan maklumat peribadi anda ( Nama penuh, No tel, Emel) kepada saya, dan saya akan daftarkan secara online. Selepas itu anda akan dapat pengesahan melalui sms mengatakan pendaftaran anda telah berjaya.

Anda akan diberi no Id Shaklee dan password sementara untuk memudahkan anda log in ke portal Shaklee di www.shaklee2u.my


2) Daftar Ahli Secara Walk In (offline)

daftar shaklee


Cara kedua adalah mendaftar secara walk in di mana-mana branch Shaklee di seluruh Malaysia. Mungkin kebetulan anda berada berhampiran dengan branch Shaklee dan ingin membeli vitamin Shaklee, anda boleh terus mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan disana.

Di bahagian bawah borang tersebut nanti diperlukan Nama Sponsor/Maklumat Penaja. Jadi anda boleh gunakan nama saya dan secara rasminya anda akan berada dibawah team saya bagi memudahkan mendapat info atau hal-hal yang berkaitan dengan Shaklee

Amalina Binti Ahmad
SID 0165850
012-4341649

3) Daftar Ahli Secara Percuma



Selain dua cara diatas, anda juga boleh mendaftar sebagai Ahli Shaklee Secara Percuma (Free Membership)

Caranya ialah dengan anda membuat pembelian sebanyak 200 uv, iaitu lebih kurang RM600, anda layak mendapat keahlian secara percuma, bonus 5% dan juga dapat membeli harga dengan harga keahlian Shaklee.

Sebenarnya lebih menguntungkan jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee jika anda ingin membeli produk Shaklee. Kebanyakkan yang join ahli bukan sahaja untuk buat bisnes, tetapi disebabkan kadar penjimatan yang banyak jika membeli sebagai ahli Shaklee. Tetapi jika anda sudah menjadi ahli Shaklee, tidak salah rasanya jika anda terus membuat bisnes Shaklee kerana keistimewaanya sangat banyak. Saya kan ceritakan dalam entry seterusnya.


Hubungi saya

www.wasap.my/+60124341649



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Makanan Yang Boleh Tingkatkan Hemoglobin Rendah Ketika Hamil


Hemoglobin rendah dikalangan wanita hamil memang tidak dapat dipisahkan. Kebanyakkan wanita hamil memang mempunyai masalah hb rendah ini. Alhamdulillah sepanjang saya hamil dua anak saya, bacaan hb saya sentiasa 'cantik' hinggalah selepas bersalin.

Wanita hamil yang mempunyai masalah hemoglobin rendah ini juga dikenali sebagai anemia.  Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi. Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian. Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti


*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.

Semasa saya hamil, saya ambil supplemen shaklee sebagai vitamin tambahan saya iaitu Vita-lea. Alhamdulillah sepanjang hamil 9 blan HB saya sentiasa tinggi dan tiada masalah. Vita-lea iron formula merupakan Multi vitamin dan Multi mineral yang dihasilkan dengan sains terbaik Shaklee . Vita-lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Kebaikan Vita-lea Untuk Ibu Hamil




  • Merupakan multivitamin  pertama didunia yang dihasilkan pada tahun 1915
  • Merupakan tablet lengkap dengan 12 vitamin  dan 7  mineral penting membantu mengisi lompang nutrient untuk ibu-ibu memandangkan diawal  kehamilan tidak semua makanan mampu ditelan 
  • Terbukti tablet yang paling pantas larut didalam air dan tubuh manusia
  • Mudah diserap oleh usus kecil
  • Penambah tenaga segera - mengurangkan keletihan,  menambah kecergasan tubuh dan kekuatan mental ibu-ibu
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran bayi
  • Penting untuk pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormon dan menjaga kesihatan tiroid.
  • Membantu pembentukan darah,  penting untuk ibu dan bayi




Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/PengedarShakleeSikJeniang


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday 5 August 2018

Bagaimana Vivix Bertindak

Apakah Itu VIVIX?



Vivix adalah sirap pekat berwarna merah yang dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi, iaitu anggur muscadine, purple carrot, european elderberry dan polygonum cuspidatum. Empat bahan aktif yang kaya dengan polifenol. Vivix mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi dan sel anti penuaan semulajadi.

Antioksidan Tinggi Terbaik Untuk Penyakit Kronik

Menghalang Penyakit Kronik
Digenerative Disease ialah penyakit kronik yang disebabkan oleh radikal bebas yang terdedah pada badan

Resveratrol dan Flavonoid
Dapat menghalang dan mengurangkan badan menjadi rosak dan menyebabkan datangnya pelbagai jenis penyakit serius seperti jantung, diabetis, strok, darah tinggi, dan kanser.

Antioksidan yang Tinggi
Vivix mengandungi anggur muscadine yang mengandungi antioksidan yang tinggi yang membantu lindungi organ badan dari rosak akibat terdedah pada radikal bebas.

4 bahan Utama Vivix


1) Polygonum Cuspidatum
Tumbuhan ini adalah sumber utama kepada bahan Reveratrol yangjuga terdapat dari ekstrak kulit dan biji anggur merah.

Resveratrol mengandungi bahan polifenol dan antioksidan yang dapat membantu untuk melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, meredakan tekanan darah, meningkat tenaga berterusan, dan juga dapat membantu mengawal berat badan.

Kajian makmal telah membuktikan Resveratrol melawan penuaan di peringkat selular, mengaktikan tindakan genetik (DNA) untuk mengawal atur tindakbalas dalam badan yang normal.

2) Muscadine Grape
Muscadine grape ialah satu spesis anggur yang sangat unik kerana ia mengandungi lebih satu kromosan dari tumbuhan biasa. Kelebihan ini menjadikan ia spesis anggur yang paling kaya dengan Polifenol, iaitu satu bahan yang sangat penting yang sangat baik untuk kesihatan terutamnya untuk pencegahan sel-sel kanser.

Uniknya buah anggur ini, ialah saiznya yang sebesar saiz BOLA GOLF!

3) Purple Carrot
Purple carrot merupakan sumber terbaik untuk vitamin A. Merupakan sumber Antioksida yang mujarab . Ini menyebabkan warnanya merah menyala, ungu atau biru pada buah.

Ia juga sangat baik untuk kesihatan salur darah, platelet, dan lipoprotein dimana ia sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

4) Eoropean Elderberry
Elderberry kaya dengan kandungan antocianin yang membantu untuk antioksidan, antiradang. Mengandungi unsure Flavonoids, salah satu sumber antioksida yang sangat baik untuk mengukuhkan sistem imunisasi untuk melawan jangkitan bakteria dan virus.

Eldeberry juga sangat baik untuk mengurangkan stress, penglihatan dan juga penghadaman.

Bagaimanakah Vivix bertindak?

Vivix membaiki DNA yang rosak dan mengurangkan inflamasi. Resveratrol yang ada didalam vivix merupakan antioksidan yang melambatkan kitaran sel, kematian sel dan juga melambatkan proses penuaan.

Ia juga bantu mengurangkan inflamasi dan menigkatkan ketahananantioksidan untuk kulit yang lebih sihat.



Berminat dengan vivix? boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut

www.wasap.my/+60124341649




::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Friday 3 August 2018

Vivix Atasi Penyakit Kronik



Dalam Shaklee, ada satu produk yang berjya mencetuskan satu revolusi terbaru iaitu anti penuaan pada tahap selular iaitu VIVIX. Vivix merupakan supplemen anti penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, iaitu syarikat supplemen no 1 di Amerika Syarikat. Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada taha selular iaitu

1) Kerosakan DNA
2) Pengawalan Genetik
3) Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
4) Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products)

Kelebihan Vivix
  • Menggalakkan penuaan yang sihat- awet muda dn anti penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser - merencat sel kanser dari menjadi serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetis/kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi-melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit alzheimer/nyanyuk
  • Membantu dalam proses penurunan berat badan
  • menyokong kesihatan mata
  • Meningkatkan kesihatan imun badan
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Vivix terbukti menyelesaikan masalah-masalah penyakit serius antaranya:
  • Diabetis
  • Kolesterol tinggi
  • Penyakit Kardiovaskular (jantung)
  • Tekanan darah tinggi
  • Alsheimer/nyanyuk
  • Arthritis, osteoporosis, masalah sendi dan tulang
  • Gout
  • Letih
  • Metabolisme badan rendah (antara sebab sukar turun berat badan)
  • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
  • kanser dan tumor
  • Katarak dan masalah mata
  • Masalah saraf
  • Lemah imun tahan daya badan
  • SLE

Credit


Jom kita tengok testimoni-testimoni yang sudah berjaya setelah pengambilan Vivix

1) Bebas dari kanser

2) Bacaan kencing manis turun dari 15-6.6



3) Kencing manis turun dari 17-7


4) Tiada lagi tiroid


Harga Rm 475 150ml. Mahal? Jika dibandingkan dengan harga ubat-ubatan yang akan anda laburkan jika anda sakit nanti, rasanya lebih mahal kot. Kesihatan dengan wang ringgit, semestinya lah kesihatan lebih mahal kan

VIVIX MERAWAT DIABETIS





www.wasap.my/+60124341649


Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
 Facebook : Amalina Ahmad
 SMS | WhatssApp : 012-4341649
 Emel : mellyna35@yahoo.com
 FB Page : https://www.facebook.com/PengedarShakleeSikJeniang


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Iklan Pilihan

Jom la klik