Esp Shaklee sememangnya sudah
terkenal terutamanya di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak. ESP mengandungi
protein dan kalsium yang sangat penting, yang diperlukan semasa dalam proses
penyusuan.
Apa kelebihan ESP bagi ibu
menyusu?
ESP membantu susu ibu supaya
menjadi lebih pekat dan ini dapat memberi kekenyangan yang lama pada bayi anda.
Jadi bayi tidak akan berjaga dengan kerap untuk menyusu terutamanya malam.
ESP adalah dicadangkan
pengambilannya seawal penghamilan lagi terutamnya bagi ibu-ibu yang baru lagi
dalam penyusuan anak kerana mungkin agak sukar pada mulanya atau kekadang susu
tidak keluar pada hari pertama selepas melahirkan. Jadi dicadangkan untuk minum
ESP semasa hamil lagi supaya rangsangan pada payudara cepat terhasil dan terus
menyusukan anak anda sejurus selepas melahirkan.
ESP juga dikenali sebagai energy
booster. Ini kerana ibu-ibu yang menyusu badan mengalami proses berjaga malam
yang kerap untuk menyusukan bayi. Dengan mengamalkan ESP, anda akan kekal
bertenaga sepanjang hari walaupun tidak cukup tidur. Ini penting kerana apabila
badan kita bertenaga dan tidak lesu, proses pengepaman susu akan berjalan lancar.
Ibu-ibu yang menyusukan anak juga
akan sentiasa cepat lapar, jadi agak susah untuk menurunkan berat badan. Perlu diingatkan,
tiada istilah diet bagi ibu-ibu yang menyusu kerana bayi sangat memerlukan
makanan yang berkhasiat daripada apa yang ibu makan. Pengambilan ESP akan
membantu memberi rasa kenyang yang lama dan yang paling penting, ibu hendaklah
minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi menggalakkan
penghasilan susu.
Ingatlah, menyusukan bayi memang
saat yang paling indah bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Ia juga sebagai
tanda pengerat hubungan antara ibu dan anak. Sebab itulah bagi anak yang
menyusu badan, sangat manja dan asyik nak melekap sahaja dengan ibunya. Betapa pentingnya
penyusuan susu ibu sehinggakan Allah swt ada menyebut di dalam Al-Quran
Allah berfirman “Para ibu hendaklah
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan itu” Surah Al Baqarah, ayat 233
Allah berfirman, “Apabila
keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan
kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa bagi keduanya” Surah Al Baqarah ayat 233.
Allah berfirman, “Dan kami
perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan
menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” Surah Luqman ayat 14
Perlu juga diingatkan ya, apa
yang penting ialah konsep DEMAND and SUPPLY, iaitu semakin banyak kita
menyusukan bayi/mengepam, semakin banyak susu yang akan terhasil. InshaAllah.
1 canister ESP tahan 2-3 bulan tau..sangat berbaloi!
Ingin membeli secara terus dari saya, boleh klik di link ini --->> Saya Nak ESP
Amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-434649
0 comments:
Post a Comment