Assalamualaikum.. rasanya dah tak sampai dua minggu lagi
kita akan meyambut bulan puasa kan? Bulan-bulan terakhir ni para wanita mesti
sibuk mengqada’ puasa kan. Jangan sampai tertinggal ya. Saya, alhamdulillah dah
settle awal-awal sambung terus masa puasa enam hari tu. Sebut nak masuk bulan
puasa ni, mesti ramai yang dah sibuk nak buat persiapan raya. Mesti ada yang
dah siap mencari-cari pakaian untuk dipakai raya nanti. Elok juga sebenarnya
shopping baju awal-awal macamni, bukan apa sesetengah orang malas nak keluar
bulan puasa nanti, takut mengganggu ibadah terawih di malam hari. Ada juga yang
tak mahu bersesak-sesak last minit, dengan orang ramai tambah-tambah macam saya
yang ada dua orang anak kecil ni, malas nak berjalan lama-lama. Jenis saya,
jumpa yang berkenan terus sambar, tak kuasa dah dah round survey-survey satu
mall tu. Tapi itu saya lah, lain orang
lain caranya kan.
Kalau tak shopping baju raya sekali pun, mesti dah rancang
kan nak pakai tema warna apa untuk raya tahun ni. Ye lah selalu raya mesti
pakaian sedondon kan, tambah-tambah yang dah berkahwin. Mesti sama jer warna
dari isteri, suami, anak-anak. Saya pun termasuk lah, plannya macam nak pakai
warna hijau jer, tapi baju memang tak cari lagi ni anak beranak. Rasanya last
minit jugak shopping nanti, lagi 3 hari nak raya kot baru balik Malaysia. Takkan
nak beli baju kat indon ni plak. Macam tak menarik jer..macam tak sesuai
jer..corak-corak jawa banyak la..tak mau lah! Hehe. So tunggu sampai Kl nanti
la baru cari. Sabar..sabar..
Ok, dah masing-masing mesti dah plan warna tema kan, apa
kata kita tengok maksud disebalik warna tu. Tapi pemilihan warna / kegemaran
warna biasanya melambangkan personaliti seseorang si pemakai tu. Mesti korang
perasan kan korang suka lebih warna apa. Tak pun cuba bukak almari/belek-belek
baju dalam almari tu, haa kadang-kadang tak perasaan kan yang sebenarnya kita
ada warna kesukaan.
Ok disebabkan saya suka warna kuning (lebih kurang
gold/kuning) jom kita mula dengan warna kuning terlebih dahulu
KUNING
Warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang
disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan,
penuh semangat dan riang. Sifatnya yang girang akan menyebabkan kita ceria. Warna
kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan
sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih
gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.
BIRU
Warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan, sejuk, damai, sejahtera dan pasif disamping melambangkan keikhlasan dan harapan. Menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif biru memberi implikasi kesedihan , pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.
MERAH.
Warna yang dikategorikan warna panas. Warna api dan darah
yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan
isyarat. Ia juga dikaitkan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian
dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang
popular dikalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan
negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah
gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan.
PINK
Warna pink adalah warna hasil campuran daripada warna merah
dan putih. Warna yang biasanya disukai oleh wanita. Warna pink memberi
ketenangan, damai, lembut, indah, dan warna kasih sayang. Warna yang tidak
digemari oleh kaum lelaki. (tapi rasanya sekarang lelaki pun dah suka warna
pink ni)
HIJAU
Warna yang biasa kita lihat di sekeliling seperti alam
semulajadi dan tumbuh-tumbuhan. Warna hijau adalah warna simbolik bagi umat
Islam. Warna hijau melambangkan keremajaan, sejuk, tenang, kehidupan,
kedamaian, dan kesejahteraan. Warna hijau sesuai bagi mereka yang sukakan
aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik. Si pemakai yang sukakan warna
hijau dikatakan mempunyai sifat ketengangan dan kelembutan.
HITAM
Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga
dikaitkan dengan warna menawan disamping memberi makna kejahatan, kengerian dan
penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen. Si pemakai
yang sukakan warna inisebenarnya seorang yang kurang berani tetapi ingin
menampakkan dirinya hebat.
PUTIH
Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan.
Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam
penggubahan fesyen kerana sifatnya yang natural dan sesuai dengan apa sahaja. Selain
itu warna putih ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan
keberaniannya.
UNGU
Warna ungu merupakan campuran antara warna merah dan biru. Warna
ungu melambangkan kegembiraan, kekuatan dan penuh semangat. Ia juga
melambangkan kewanitaan dan keibuan. Si pemakai yang sukakan warna ungu ini
merupakan seorang yang suka bertolak ansur, bijak dan berbudi bahasa.
Sebenarnya saya pun tak decide lagi nak tema warna apa raya tahun ni. Kena bincang dengan suami semula la. Kadang-kadang dah plan tapi bila cari baju yang warna tu takdak pulak yang sesuai dan berkenan, last-last pilih warna lain, yang mangsanya suami dan anak-anak la, kena ikut si isteri ni..hihi
So, apakah warna kegemaran korang semua?boleh komen dan
tinggalkan jejak ya.
Amalina,
Agen Shaklee Anda
Amalina,
Agen Shaklee Anda
Berminat??
Hubungi saya Lin 012-4341649 (sms/whatsapp)
atau emel ke mellyna35@yahoo.com Shaklee Independent Distributor
**Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment