![]() |
food.detik.com |
Makan Kurma
Kurma memang terkenal dengan pembekal tenaga segera. Kurma elok dimakan terutamanya apabila sakit kontaksi supaya dapat memberi tenaga kepada ibu sewaktu meneran nanti
Minum Air Kelapa
Saya juga mengamalkan minum air kelapa apabila kandungan sudah mencecah 36 minggu. Mujurlah di kampung saya mudah untuk dapatkan air kelapa muda yang fresh. Ia bertujuan agar bayi mudah dilahirkan, dan kulit bayi nanti akan bersih
Makan Kacang Bendi
Bendi elok dimakan semasa hamil kerana mempunyai lendir pada kacang bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim semasa proses kelahiran nanti. Nasib baik saya jenis suka makan kacang bendi, buat asam pedas, kari atau pun sebagai ulam rebus sahaja
Telur Ayam Kampung
Ibu-ibu hamil disarankan makan telur ayam mentah setiap pagi supaya mudah bersalin. Telur ayam kampung ni pun memang saya cuba makan jugak walaupun tak lalu. Nak mudah bersalin punya pasal, sanggup je telan. Tapi saya amalkan seminggu 3 kali sahaja, campur dengan madu.
Minyak Kelapa
Untuk memudahkan proses kelahiran, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan mencecah sembilan bulan. Minyak kelapa ini nenek saya yang buatkan beserta doa. Saya amalkan makan satu sudu setiap hari. Minum minyak kelapa juga dikatakan boleh mengelakkan rahim kita koyak banyak, tanpa digunting.
Inilah antara petua yang saya amalkan sebelum bersalin anak kedua saya. Alhamdulillah masuk 38 minggu saya sudah selamat bersalin. Sakit yang sangat singkat dan proses bersalin yang sangat mudah. Bagi ibu-ibu yang hamil di luar sana, boleh lah mencuba petua mudah bersalin ini selain mengamalkan zikir supaya proses kelahiran menjadi mudah, inshaAllah =)
SET HAMIL SHAKLEE
SET BERPANTANG SHAKLEE
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment