Bahan-bahan:
Bawang besar, bawang puti (potong dadu)
Daun sup
Ayam/daging (dicincang halus)
Serbuk kari (1 sudu)
Beberapa keping cheesdale
Macaroni (direbus)
cara-cara:
Panaskan kuali, tumis bawang merah, putih, ayam cincang, serbuk kari dan garam
(saya gunakan marjerin gantikan minyak)
Selepas itu, masukkan macaroni rebus tadi, daun sup. gaul hingga sebati. Dah sebati, tutup api. Kemudian tuangkan dalam loyang (saya gunakan pemanggang ajaib)
Pukul 5-6 biji telur, masukkan sedikit lada sulah, garam
Tuang atas macaroni dalam pemanggan ajaib tadi, agak-agak sampai tenggelam sikit macaroni tu. kalau rasa tak cukup boleh tambah lagi telur
Susun kepingan cheese atas macaroni tadi, bila bakar cheese tu akan cair. Masak dengan api perlahan selama lebih kurang 20 minit.
Siap!!
Cubalah, sangat senang nak buat. Confirm anak-anak pun akan suka =)
::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**
0 comments:
Post a Comment