Wednesday 24 September 2014

Mabuk, Loya dan Muntah Semasa Hamil


Apabila seseorang wanita disahkan hamil, sudah tentu perasaan gembira dan teruja terutamanya jika mengandungkan anak pertama. Tetapi perasaan gembira ini kadang-kadang terganggu dek kerana mengadapi mabuk, loya dan muntah-muntah yang teruk semasa awal kehamilan. Mabuk semasa hamil merupakan perkara biasa dialami oleh wanita semasa hamil, cuma tahap alahan dan mabuk hamil itu berbeza setiap wanita. Ada wanita yang hanya mengalami mual biasa seperti tidak boleh bau nasik masak, bau minyak ikan goreng, dan lain-lain lagi dan mabuk akan beransur-ansur hilang lama kelamaan. Tetapi ada juga wanita menghadapi mabuk hamil yang teruk terutamanya ketika waktu pagi.

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan kedua-dua anak saya tak manghadapi alahan yang teruk, sekadar mual-mual biasa, itu pun hanya di awal kehamilan sahaja. Ada juga kawan saya yang setiap kali mengandung mengalami mabuk dan alahan yang sangat teruk, sehingga fobia untuk mengandung lagi. Mabuk dengan muntah secara berlebihan semasa mengandung dipanggil hipemerisis gravidarum. Mabuk jenis ini biasanya terjadi sekiranya seseorang itu muntah dengan kerap dalam satu hari, tidak dapat dan makan kerana muntah, berat badan semakin menurun. Jika anda mengalami mabuk hamil yang sebegini, eloklah segera ke hospital untuk mengawal mabuk hamil dan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan nutrien melalui drip.

Untuk mengurangkan mabuk loya, antara petua yang boleh dicuba:

1. Pengambilan Supplemen dan Vitamin
Pada awal kehamilan sehingga minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut, ibu hamil dapat menghilangkan loya, mabuk dan alahan yang dialami. Seeloknya pil zat besi diambil bersama vitamin C kerana vitamin c membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih cepat.

2. Madu
Amalkan minum madu terutamanya ketika bangun dari tidur, ketika perut masih kosong. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein  yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang yangmemainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Jika hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan ini menyebabkan pening dan mabuk.


3. Minum Air 100 Plus
Petua ini saya tak pasti kebenarannya sebab tak pernah cuba. Tapi ramai kawan-kawan saya mengamalkan cara ini. Air 100 plus dibuka dan dibuang gasnya terlebih dahulu. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Bila ibu hamil rasa loya hendak muntah minum air ini. Air 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah

4. Buah Pala
Buah pala meruapakan penawar untuk menghilangkan loya, pening-pening dan rasa pitam. Buah pala juga sesuai dimakan jika anda mengalami mabuk perjalanan

5. Buah Kurma
Buah kurma sememangnya sudah diketahui banyak khasiat dan kelebihannya. Amalkan makan kurma dalam bilangan yang genap, 3 atau 7 biji sebelum sarapan


6. Halia
Halia diketuk, direndam dalam air suam atau air teh untuk diminum. InshaAllah boleh mengurangkan loya, mual-mual ketika mabuk

Bagi yang mengalami alahan dan mabuk ketika hamil, boleh mencuba petua-petua ini. Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba supplement Shaklee



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Norjarina said...

Kalau morning sickness mmg sesuai ambil vitamin shaklee
www.anakummicomel.blogspot.com

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik