Tuesday 30 September 2014

Perlukah Makan Untuk Dua Orang Ketika Hamil


makan untuk 2 orang?
Pernah tak anda dengar konsep makan berdua ketika sedang hamil? rasanya perkataan ini seringkali kita dengar sepanjang kehamilan, ramai yang bergurau apabila keinginan nafsu makan kita ketika hamil meningkat. "Ala tak pe lah makan banyak, kan makan untuk dua orang tu". Apakah ibu hamil harus makan double untuk dua orang? Makan untuk dua orang bukan bererti anda harus makan untuk dua hidangan. Satu untuk ibu, satu lagi untuk bayi dalam kandungan, itu TIDAK BENAR sama sekali. Makan secara berlebihan tidak akan meningkatkan hasrat anda untuk mendapatkan bayi yang sihat, malah akan menyebabkan risiko dan boleh menyebabkan komplikasi kepada anda dan bayi.

Makan untuk dua orang bererti anda makan dengan makanan dan menu yang sihat dan seimbang iaitu dengan pengambilan semua zat besi yang diperlukan oleh tubuh seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak, dan pelbagai jenis mineral dan air. Wanita hamil hanya perlukan penambahan 300 kalori sahaja. Dengan penambahan hidangan 300 kalori sehari, dari 2000 kalori (untuk wanita dewasa), menjadi 2300 kalori. Penambahan kalori tersebut sangat penting terutamanya pada trimester kedua kehamilan, kerana ketika ini bayi mula tumbuh dan berkembang pesat. Ya, anda perlu makan lebih banyak untuk perkembangan bayi dalam kandungan, tetapi BUKAN bererti anda harus makan dua kali ganda (double) daripada hidangan biasa.

Cuba bayangkan jika sehari jumlah kalori yang normal diperlukan adalah sebanyak 2000 kalori, jika double, jadi 4000 kalori, padahal ibu hamil sepatutnya hanya perlu 2300 kalori sahaja setiap hari. Sudah tentu berat anda akan naik secara mendadak dan jika berat anda berlebihan (overweight), boleh menyebabkan risiko kepada ibu dan bayi yang dikandung. Saya ingat lagi jika tidak silap, berat yang dibenarkan ialah 500 gram sahaja seminggu. Pernah masa hamil anak saya dahulu, berat naik berlebihan, jadi tiap-tiap hari lah kena ke klinik kesihatan untuk cek tekanan darah. Masa tu terover makan, maklumlah berada di kampung =)

Antara risiko jika ibu mengalami berat berlebihan semasa hamil :

Risiko pada ibu : Ibu berkemungkinan mendapat diabetis semasa hamil, hipertansi (tekanan darah tinggi), dan juga komplikasi semasa hamil yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Ibu juga berisiko mengalami tumpah darah semasa bersalin, dan risiko bersalin awal

Risiko pada bayi : Lebihan berat badan semasa hamil, akan menyukarkan untuk mengukur saiz dan berat bayi. Selain itu bayi berisiko mengalami kelainan tulang belakang (spina bifida) dan syndrom bayi besar.

wanita hamil hanya perlu penambahan 300 kalori sahaja

 SUMBER


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

ummu hanan said...

Perkongsian yang sangat bagus.. Kini kita perlu membuka minda bahawa fasa kehamilan bukan menjadi tiket untuk kita mengambil apa jua makanan dalam kuantiti yang banyak atas alasan makan untk 2 orang. Namun, ambillah makanan mengikut keperluan dan kalori yang telah dicadangkan bagi ibu hamil..^_^

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik