Sunday 21 September 2014

Atasi Sembelit ketika Berpantang dengan Ostematrix


Saya  percaya bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak mesti pernah mengalami sembelit ketika berpantang. Termasuk juga saya. Sembelit atau kesukaran membuang air besar biasa terjadi terutamanya selepas bersalin/ketika dalam pantang. Ini kerana selepas bersalin, kita pasti merasa seriau/bimbang untuk membuang, trauma dengan jahitan luka selepas bersalin. Selain daripada itu, sembelit terjadi kerana kurangnya minum air. Tahu jelah jika mengikut kata orang tua-tua dahulu, orang selepas bersalin tidak dibolehkan untuk meminum banyak air dikhuathiri perut akan menjadi buncit dan saluran faraj si ibu akan berair.

Saya masih ingat ketika selepas melahirkan anak pertama tiga tahun dahulu, saya juga mengalami sembelit yang agak teruk. Hampir semninggu saya tidak buang air besar. Bila misi yang datang cek tanya, saya beritahu yang saya sudah membuang, padahal tidak pun,hehe. Memang trauma habis nak membuang pada waktu itu, mengerikan jika di ingat balik. Masa tu tak kenal Shaklee lagi.

Berbeza dengan selepas kelahiran anak kedua, saya langsung tidak mengalami sembelit. Selain banyakkan minum air (minum kerap dalam kuantiti sedikit), saya juga mengamalkan makan sayur sawi. Selain daripada itu saya juga mengamalkan supplemen Shaklee iaitu ostematrix. Ostematrix adalah kalsium yang sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar.Bagaimana ostematrix membantu dalam masalah sembelit?


Ini kerana ostematrix mengandungi magnesium, selain dari kalsium, vitamin D, boron, manganese, copper, zinc. Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak di dalam usus. Peristalsis juga akan menolak makanan ke dalam perut. Sebab itulah kita digalakkan untuk minum banyak air.

Kepada mereka yang mengalami sembelit, adalah sangat digalakkan untuk mencuba ostematrix ini. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk mendapatkan ostematrix supaya tidak berlakunya sembelit yang teruk ketika berpantang nanti


Amalina
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

1 comments:

Unknown said...

Oste mmg terbaekk...tiada lagi mimpi ngeri sembelit.

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik