Monday 29 September 2014

Senaman Kegel Penting untuk Wanita


Senaman kegel.. Anda pernah mendengar perkataan kegel ini? Bunyinya agak pelik kan? Tapi sebenarnya senaman ni banyak kelebihan terutamanya untuk wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Kegel atau kemutan sebenarnya telah lama diamalkan oleh orang melayu, tapi jarang diperkatakan keranan ia melibatkan alat sulit. Saya pun pertama kali dengar dan tahu mengenai senaman kegel ini selepas melahirkan anak sulung saya, itu pun diberitahu oleh misi yang datang cek selepas bersalin. Dia juga ajar bagaimana untuk melakukan senaman kegel/kemutan ini.

Senaman kegel elok dilakukan terutamanya jika anda mempunyai masalah lemah otot pelvis seperti terkencing ketika batuk atau bersin. Pernah tak anda mengalaminya? Saya pernah mengalaminya, kadang-kadang nak kencing sampai tak tertahan lagi dah, dan memang akan terkucil sedikit. Ini menunjukkan bahawa otot pelvis saya sudah lemah. Ada yang menganggap senaman kegel ini untuk merapatkan alat sulit bagi yang sudah berkahwin, tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Ini kerana otot pelvis seseorang wanita akan menjadi lemah dan kendur apabila telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, dan kemungkinan juga faktor keturunan dan juga proses penuaan.

Untuk mengenal pasti sama ada ada mempunyai masalah otot lemah atau tidak, cuba anda lihat sewaktu anda buang air kecil, cuba tahan kencing seketika dengan kaedah kemutan dan bernafas seperti biasa, jika masih ada air keluar beberapa titik, ini bermakna otot pelvis anda lemah. Oleh itu sangat digalakkan untuk membuat senman kegel ini. Dan jika dilakukan secara konsisten, perubahan akan terkesan dalam tempoh tidak samapi tiga bulan


Cara untuk melakukan senaman kegel
  • Pertama sekali, kenal pasti otot pelvis yang dimaksudkan. Kemudian kemutkan otot tersebut seperti anda mahu menahan kencing. Tapi jangan lakukan sewaktu anda mahu kencing sebaliknya lakukan sewaktu pundi kencing anda telah kosong.
  • Kemudian tahan kemutan selama lapan hingga sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulang langkah ini sehingga empat lima kali. Seeloknya lakukan dengan kerap sebanyak tiga kali sehari. Pastikan anda bernafas seperti biasa semasa melakukan kemutan ini. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring mengikut keselesaan anda
  • Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang buat kerja di pejabat, sedang melakukan kerja rumah. Begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak membuatnya. Jangan menahan nafas ketika membuatnya
Senaman ini juga boleh dilakukan sewaktu hamil kerana ia boleh menguatkan lagi otot pelvis dan mengelakkan penyakit terkencing atau 'incontinence'. Senaman ini juga elok untuk meningkatkan lagi hubungan intim suami isteri.

Sumber



::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

0 comments:

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik