Tuesday 2 September 2014

Set Kurus Shaklee

Pernah tak anda semua mencuba produk atau barang untuk menguruskan badan? Secara jujurnya, saya merupakan salah seorang yang sangat addicted untuk menguruskan berat badan. Yelah selepas bersalinkan anak kedua, berat badan saya naik bagai di pam-pam. Nak turun bukan main susah lagi. saya mengaku, sudah banyak jenama dan produk yang ada di pasaran yang saya telah cuba. Dari sapu-sapu losyen, scrub, minuman, dengan pemakaian korset lagi, semua telah saya cuba. Bukannya tak berkesan, ada juga yang nampak kesannya tapi hanya sedikit dan bagi saya ianya cuma sementara kerana saya seolah-olah 'terpaksa' melakukannya. Dan apabila hasilnya tidak seberapa, ia sangatlah mengecewakan saya, malah kadang-kadang berat lagi naik. Memang stress kan.

Tapi sejak saya kenal Shaklee, saya hanya bermula dengan ESP sahaja pada mulanya. Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta kan. Perlahan-lahan saya mencuba satu vitamin ke satu vitamin lain, dan saya suka! Saya rasa antara banyak-banyak produk yang saya cuba, saya hanya setia dengan shaklee sahaja! Bukan produk kurus sahaja, dari set hamil, set berpantang, semua saya dah cuba :)



Set Slimming/Kurus dari Shaklee membuatkan badan kita mengalami tiga peringkat untuk kurus iaitu bakar, buang, bina

1) BAKAR (Lecithin/Omega guard)
Fungsi : Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolesterol

2) BUANG (Alfalfa/Herb lax)
Fungsi : Membuang lemak, toksin dalam badan

3) BINA (Cinch/Soy Protein ESP)
Fungsi : Bina otot, elak kulit menggelebeh


Perlu diingatkan juga ya, dengan mengambil set kurus shaklee ini, berat takda lah akan turun serta merta kan. Perlu jaga makan, bersenam, dan yang paling penting WAJIB minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.(bukan air manis ya). Setiap 25kg berat bersamaan 1 liter air, jadi jika berat anda 100kg, anda haruslah minum air 4 liter sehari! jangan risau jika pada permulaannya anda akan bersahabat baik dengan tandas, kerana toksin akan dikeluarkan melalui air kencing.

Sejak mengambil set kurus shaklee ni, saya perasan, nafsu makan saya tidaklah membuak-buak seperti dulu. Makan pun dah boleh kontrol, makan dalam kuantiti yang sedikit. Dan yang paling penting, saya dah suka minum air kosong! :)



amalina,
Pengedar Shaklee Anda
012-4341649


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

3 comments:

Unknown said...

Good info..thanks
http://znzabadistore.blogspot.com/2014/09/kesan-buruk-kurang-tidur.html

Unknown said...

Jom kurus..
Jom Singgah blog saya www.annur-shoppe.blogspot.com

R-Rayyan Shah Alam said...

Turunkan berat badan dengan selamat ;)

http://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/

Post a Comment

Iklan Pilihan

Jom la klik